UEFA Buka Siasatan Perlawanan Jerman Menentang Hungary

Perlawanan terakhir kumpulan F pada hari Rabu yang lalu antara pasukan Jerman dan Hungary yang berkesudahan kedua-dua pasukan terikat 2-2, kini berada dalam siasatan UEFA.

Gol di lewat permainan daripada Leon Goretzka menyelamatkan pasukan juara dunia 2014 tersebut daripada tersingkir awal, dan mengesahkan kelayakan ke pusingan 16-pasukan untuk menentang England, sekaligus menyebabkan Hungary terpaksa berputih mata, walaupun cemerlang memberi tentangan sengit kepada pasukan Jerman di mana mereka berjaya mendahului lawan sebanyak dua kali.

Perlawanan ini bukan setakat mendapat perhatian dunia berkenaan kerancakannya, tetapi juga mendapat perhatian UEFA yang mendakwa terdapat salah laku diskriminasi daripada penyokong Hungary yang mempamerkan sepanduk mengandungi unsur kebencian kepada golongan bendera pelangi.

UEFA telah mengeluarkan kenyataan hari ini yang berbunyi: “Mengikut Artikel 31(4) daripada Peraturan Disiplin UEFA, seorang Penyiasat Etika dan Disiplin UEFA telah dilantik untuk menjalankan siasatan berhubung kemungkinan berlakunya insiden berdiskriminasi di Football Arena Munich, ketika perlawanan peringkat kumpulan UEFA EURO 2020 antara pasukan kebangsaan Jerman dan Hungary (202) yang dimainkan pada 23 Jun 2021.

“Maklumat berkenaan perkara ini akan disediakan secepat mungkin.”

Pada masa yang sama, UEFA juga akan menyiasat ketiga-tiga perlawanan pasukan Hungary di peringkat kumpulan, berhubung insiden yang sama dalam perlawanan yang melibatkan pasukan Hungary menentang Portugal dan Perancis – kedua-duanya dimainkan di Puskas Arena di Budapest.

Dalam perlawanan pembukaan menentang Portugal, terdapat beberapa keping gambar di media sosial yang menunjukkan penyokong Hungary menaikkan sepanduk yang membawa mesej menentang keberadaan manusia LGBT di dalam Puskas Arena.

Juga di dalam perlawanan yang sama, jurukamera sempat merakam sekumpulan lelaki berbaju hitam di tempat duduk penyokong yang mengangkat sepanduk yang bertulis ‘Anti-LMBTQ’ – abbreviasi kepada penentangan kepada golongan gay, lesbian, biseksual, transgender dan golongan pelik di kalangan rakyat Hungary.

Mesej tersebut juga jelas bermaksud golongan-golongan yang disebut di atas tidak dijemput ke dalam bola sepak.

Dalam perlawanan menentang Jerman pula, kamera perlawanan sempat merakam sekumpulan lelaki berbaju hitam di stadium

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama kekecohan berlaku melibatkan golongan bendera pelangi dengan perlawanan melibatkan pasukan Hungary.

Pada hari Isnin, datuk bandar Munich, Dieter Reiter, telah menghantar permohonan kepada UEFA untuk membenarkan Allianz Arena memasang lampu pelangi untuk perlawanan Jerman menentang Hungary – sebagai satu tanda menyokong komuniti LBGT.

UEFA bagaimanapun menolak hasrat tersebut kerana mendakwa tindakan tersebut mempunyai konteks politik, dan menawarkan tarikh yang lain untuk berbuat demikian.

Hal ini kerana permohonan tersebut dibuat selepas pihak penggubal undang-undang di parlimen Hungary telah bersetuju untuk melarang penyebaran bahan yang mempromosikan homoseksual dan pengubahan jantina di sekolah-sekolah di negara Eropah timur tersebut.

Bukan itu sahaja, undang-undang yang diluluskan juga turut melarang kehadiran orang LGBT di mana-mana rancangan televisyen yang disasarkan kepada golongan yang berusia bawah 18 tahun.

Undang-undang ini ditambah untuk menguatkan lagi peraturan berkaitan penderaan kanak-kanak, dan bagi pihak berhaluan kanan di barat, tindakan ini ada satu kekeliruan antara homoseksualiti dan juga pedofilia.

Keputusan UEFA itu mendapat kritikan hebat, dan para penyokong di Allianz Arena telah mengibarkan  bendera pelangi di dalam stadium. Kira-kira 11,000 penyokong dikatakan telah diberikan bendera tersebut di sekitar stadium.

Ketika lagu kebangsaan Hungary dimainkan sebelum sepak mula, seorang penyokong bendera pelangi telah menceroboh padang dan tindakan ini mendapat tepukan gemuruh daripada mereka di bahagian penyokong Jerman.

Berita dipetik dari : The Athletic

BACA:  Reaksi Jerman Selepas Mengetahui Mereka Mungkin Bertemu England Di Pusingan 16 Terbaik