Kebangkitan Epik Jerman Selepas ‘Berada di tangga Tercorot Selama 72 Minit’

Ia tidak setanding dengan kemenangan epik Manchester City meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2011/12 malah tidak saperti malam ajaib di Istanbul ketika Liverpool dinobatkan sebagai juara eropah.

Namun perlawanan Jerman lawan Hungary tetap menjadi sejarah kecil kebangkitan Jerman lolos ke pusingan ke-2 ketika masa permainan berbaki 6 minit. Jika ia tidak berlaku maka Jerman bakal disumpah -menjadi pasukan tunggal dari big 5 tersingkir di peringkat kumpulan.

Bermulanya cerita

Carta kedudukan bermula dengan Perancis mendahuluan kumpulan F diikuti Jerman, Portugal dan Hungary. Selepas tamat perlawanan kedudukan itu kekal sedemikian kerana kesemua pasukan menjaringkan 2 gol. Cuma kisah 90 minit menjadi debaran kepada semua pasukan khususnya Jerman dan Hungary.

Bagaimana ia berlaku?

Jerman jatuh ke tangga tercorot selepas Hungary menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-11. Setup cantik yang dilakukan oleh Roland Salai disebelah kanan padang disudahi dengan tandukan terbang menarik dari Adam Salai untuk memalukan Jerman dihadapan penyokongnya sendiri.

Jaringan Cristiano Ronaldo di Ferenc Puskas, Portugal tidak memberi apa-apa kesan di Alianz Arena. Hungary hanya mula meraih keuntungan ketika Perancis mendahului Portugal pada minit ke-47.

Hungary naik ke tangga ke-2 mengatasi Portugal dan ia cuma bertahan selama 13 minit sebelum Portugal menyamakan kedudukan melalui jaringan penalti. Ia merupakan penalti ke-3 perlawanan di Ferenc Puskas.

Sejak minit ke-11 Jerman kekal berada di tangga tercorot selama 55 minit. Kai Havertz memberi nafas lega kepada Joechim Low apabila menjaringkan gol penyamaan untuk Jerman.

Gol itu berpunca dari satu sepakan percuma jarak jauh yang diambil oleh Joshua Kimmich disambut oleh Matt Hummels sebelum Havertz menanduk masuk ke dalam gawang Hungary.

Jaringan itu melonjakkan Jerman ke tangga ke-2 tetapi hanya bertahan selama 91 saat.

Kombinasi permainan antara Szalai dan Andras Scafer menghumban semula Jerman di tangga tercorot. Scafer bermain 1-2 dengan Szalai sebelum pemain itu meluru menanduk bola sebelum Manuel Neuer sempat menyambar.

Goretzka ditakdirkan menjadi wira Jerman

Mamasuki 10 minit terakhir permainan, Hungary dilihat bakal melakukan kejutan dalam kumpulan maut. Jerman bakal ditujukkan jalan keluar.

Namun positioning pemain tengah Bayern Munich, Leon Goretzka kekal berada di kawasan tengah dalam kotak penalti merupakan takdir bahawa Jerman akan melangkah ke pusingan seterusnya, bukan Hungary.

Bola lantunan dari pergelutan dalam kotak penalti singgah tepat ke kaki Goretzska dan dia tidak melepaskan peluang melakukan rembatan kencang menembusi gawang Hungary. Hungary terlepas peluang mencipta kejutan ketika perlawanan berbaki 6 minit.

Sepanjang 90 minit perlawanan Jerman berada di tangga ke-4 selama 72 minit dan Hungary hanya 18 minit namun nasib memihak kepada Jerman. Adrenalin penyokong Jerman berada di tahap maksima dan Alianz Arena bergema dengan kebangkitan dramatik.

Bagi Goretzka, dia sedang berada dalam proses mengembalikan kecergasan. Goretzka pernah berkata dia sanggup menunggu lebih lama bagi memastikan kecergasannya betul-betul berada di tahap terbaik sebelum diturunkan dalam kesebelasan utama.

Low memberi 17 minit permainan kepada Goretzka ketika Jerman membelasah Portugal 4-2 dan dia dimasukkan lebih awal selepas ketinggalan ketika menentang Hungary. Goretzka masuk menggantikan Ilkay Gundogan pada minit ke-58 dan dia akhirnya menjadi wira Jerman.

BACA:  WAGS dan 'Suasana Percutian' Antara Faktor Kegagalan Piala Dunia Jerman