EURO 2020: Jerman 2-2 Hungary

Share on facebook
Share on twitter

Kumpulan F yang dilabel sebagai kumpulan maut terus menepati gelaran yang diberikan di mana penentuan pasukan mana yang mara ke pusingan 16 terbaik ditentukan hingga minit akhir perlawanan.

Jerman yang tewas pada perlawanan pertama kepada Perancis bangkit pada perlawanan kedua menewaskan Portugal 4-2 walaupun Portugal yang menjaringkan empat gol.

Perlawanan terakhir Jerman untuk penentuan mara ke pusingan seterusnya berlangsung di hadapan penyokong sendiri di Fussball Arena Munich.

Menentang Hungary yang dilabel pula sebagai pasukan pelengkap jadual memberi tentangan sengit kepada gergasi Eropah dan menambahkan debaran perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Hungary dikatakan bersemangat waja kerana bermain di hadapan penyokong sendiri dengan kapatasi stadium penuh membuktikan sebaliknya di Fussball Arena Munich.

Adam Szalai telah membuka tirai jaringan pad minit ke-11 melalui satu tandukan terbang menyenggeng menyempurnakan hantaran Roland Sallai.

Salai hantar kepada Salai dan Salai score.

Jerman menguasai 74 peratus penguasaan bola pada 45 minit pertama dengan 10 percubaan dan hanya mendaftarkan dua percubaan tepat namun gagal menjaringkan gol.

Dengan permainan bertahan, Hungary masih berjaya melakukan 6 percubaan dengan dua percubaan tepat serta satu gol membuktikan betapa efketifnya serangan balas mereka.

Mats Hummels hampir menjaringkan gol penyamaan namun tandukannya dari sepakan penjuru telah terkena tiang.

Akhirnya Kai Havertz berjaya menjaringkan gol penyamaan selepas penjaga gol Hungary, Peter Gulacsi membuat salah bacaan dan perkiraan.

Peter Gulacsi keluar untuk mendapatkan bola namun tersasar, tandukan Mats ke tengah kotak penalti menemui Kai Havertz yang terus menanduk masuk.

Sejurus jaringan penyamaan itu, Kai Havertz terus dikeluarkan dan digantikan dengan Timo Werner.

Andras Schafer terus meletakkan Hungary kembali di depan selepas kurang 10 sentuhan dilakukan dari sepak mula.

Andras Schafer menanduk bola kepada Adam Szalai yang melambungkan bola kembali di laluan larian Andras Schafer yang menanduk terus bola ke gawang melihat Manuel Neuer sudah keluar.

Jerman melancarkan serangan bertali arus dan tidak putus-putus bagi mencari gol penyamaan dan Hungary pula mapan bertahan.

Pada minit ke-84, Leon Goretzka akhirnya berjaya menyamakan kedudukan dalam situasi kalut di depan kotak penalti dengan satu rembatan kencang.

Kedudukan terikat 2-2 kekal hingga wisel penamat dan mara selaku naib juara kumpulan F bertemu England di pusingan 16 terbaik.

Germany (3-4-3): Manuel Neuer (captain); Antonio Rudiger, Mats Hummels, Matthias Ginter; Robin Gosens, Toni Kroos, Ilkay Gundogan, Joshua Kimmich; Kai Havertz, Serge Gnabry, Leroy Sane,

Subs: Halstenberg, Volland, Werner, Leno, Musiala, Sule, Neuhaus, Goretzka, Trapp, Can, Koch, Müller.

Hungary (3-5-2): Peter Gulacsi; Endre Botka, Willi Orban, Attila Szalai; Loic Nego, Laszlo Kleinheisler, Adam Nagy, Andras Schafer, Attila Fiola; Roland Sallai, Adam Szalai (captain).

Subs: Lang, Kecskes, Holender, Dibusz, Lovrencsics, Roland Varga, Siger, Kevin Varga, Bogdan, Nikolic, Schon, Bolla.

Referee: Sergei Karasev (Russia)

Portugal 2-4 Jerman

Perlawanan diatas kertas antara yang tersedap di kumpulan F akhirnya tiba masa sepak mulanya dan perlawanan ini nyata tidak mengecewakan lagi menghiburkan.

Enam gol terhasil dengan dua gol sendiri dijaringkan dalam perlawanan menyaksikan Jerman mempamerkan kebangkitan sensasi.

Cristiano Ronaldo membuka tirai jaringan melalui satu serangan balas pantas yang berpunca dari sepakan penjuru Toni Kroos yang berjaya dipotong.

Ronaldo telah berjaya mendapatkan bola daripada sepakan penjuru Tony Kroos dan terus menghantar kepada Bernardo Silva sebelum terus membuat larian.

Diogo Jota turut menyusul disebelah kiri dengan larian pantas untuk menyokong serangan pantas itu, larian Ronaldo berjaya menarik dua pemain Jerman.

Ini membuatkan Jota bebas tidak dikawal, Bernardo Silva dapat melihat situasi itu dan terus menghantar bola kepada Jota.

Jota terus membawa bola rapat kepada penjaga gol sebelum menghantar kepada Ronaldo untuk satu tolakan mudah. Gol ke-12 Ronaldo pada minit ke-15.

Selepas jaringan tersebut Ronaldo telah menghasilkan satu hantaran no look pass dengan penuh bergaya lagi menganjing.

Dua pilih minit kemudian, Jerman menyamakan kedudukan melalui gol sendiri Ruben Dias melalui satu hantaran silang Jerman.

Empat minit berselang Raphael Guerreiro pula menjaringkan gol sendiri juga berpunca dari hantaran silang dan terus meletakkan Jerman di depan.

Kebangkitan Jerman dilakukan melalui dengan cara yang sangat jahat melalui dua gol sendiri Portugal dengan kejuruteraan Jerman yang kembali berfungsi.

Separuh masa kedua menyaksikan Jerman terus mengganas apabila dua gol tidak cukup selamat buat mereka.

Pada minit ke-51 Kai Havertz terus menjarakkan kedudukan dengan gol ketiga selepas mudah menolak masuk umpanan Robin Gosens. Tiada lagi gol sendiri.

Lima minit kemudian Robin Gosens pula mencetak nama sebagai penjaring gol selepas menyelesaikan hantaran Joshua Kimmich.

Jerman yang ketumpulan penyudah serangan ketika menentang Perancis telah menyelesaikan masalah itu ketika bertemu penyandang juara.

Portugal tidak berputus asa dan melancarkan serangan bertali arus, namun Jerman bijak memadatkan bahagian tengah.

Keadaan ini memaksa Portugal masuk dan bermain lebih banyak di bahagian sisi padang.

Diogo Jota berjaya menjaringkan gol kedua selepas berjaya menolak masuka hantaran Ronaldo melalui satu sundulan.

Reanto Sanchez membuat rembatan jarak jauh yang deras amat dan terkena tiang lalu bola melantun kembali ke tengah padang.

Kedudukan 4-2 ini kekal hingga tamat perlawanan dan keputusan ini sangat kena dengan kumpulan F yang dilabel sebagai kumpulan maut.

Perancis hampir terkena dengan Hungary namun berjaya menjaringkan gol penyamaan melalui Antoine Griezmann untuk memperoleh satu mata.

Tekanan kembali ke bahu Portugal yang akan menentang Perancis pada perlawanan terakhir dan Jerman pula menentang Hungary.

Portugal: Rui Patrício, Nélson Semedo, Pepe, Rúben Dias, Guerreiro, Ronaldo (C), Bernardo Silva, Bruno Fernandes, Danilo, William Carvalho, Diogo Jota.

Germany: Neuer (C), Rüdiger, Ginter, Hummels, Kimmich, Havertz, Kroos, Gnabry, Gosens, Gündoğan, Müller.

Referee: Anthony Taylor (England)

Perancis 1-0 Jerman

Perlawanan paling besar dalam saingan Euro 2020 diperingkat kumpulan menemukan Perancis sang juara dunia dan Jerman yang merupakan gergasi bola sepak dunia.

Berada dalam kumpulan F yang dilabel kumpulan maut bersama penyandang juara Euro 2016, Portugal setiap perlawanan dalam kumpulan ini pasti menjadi tumpuan.

Portugal terlebih dahulu membuka tirai perlawanan kumpulan F dengan membelasah Hungary 3-0 dengan ketiga-tiga gol terhasil pada lewat permainan dan pelbagai sejarah tercipta.

Sebelum perlawanan bermula seorang aktivis alam sekitar telah terjun ke padang dengan payung terjun membawa mesej menjaga alam sekitar.

Kem pasukan Perancis panas apabila Kylian Mbappe tidak berpuas hati dengan mulut celupar Olivier Giroud yang menuduh rakan-rakan tidak menghantar bola kepada beliau.

Namun itu semua cerita luar padang dan permainan antara Jerman dan Perancis ini berlangsung dengan sangat menarik setaraf dengan status mereka.

Bermain laman sendiri, Allianz Arena, Jerman mempamerkan sifat sebagai tuan rumah apabila menguasai permain untuk tempoh lima minit pertama.

Perancis pula masih tenang mencari rentak mereka dengan melayan sahaja penguasaan Jerman dan selepas itu mula melawan.

Skuad bimbingan Didier Deschamp mula menyerang dan mendapat beberapa peluang namun gagal diterjemahkan sebagai gol.

Tandukan Paul Pogba dari sepakan penjuru Antoine Griezman telah melewati palang dan rembatan kencang Kylian Mbappe pula ditepis keluar Manuel Neuer.

Pada minit ke-20 hantaran genius Paul Pogba yang nampak mengarut rupanya mencari Lucas Hernandez yang entah datang dari mana.

Lantunan bola Pogba itu terus dirembat ke arah Kylian Mbappe di depan gawang, Mats Hummels cuba menghalang dan telah menjaring gol sendiri.

Kerana kelajuan bola rembatan Hernandes itu, Hummels tidak sempat melaraskan kakinya untuk mengeluarkan bola dan tertolak ke gawang sendiri.

Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan memihak kepada Perancis dengan satu gol.

Adrien Rabiot telah mensia-siakan hantaran lolos yang membunuh Kylian Mbappe apabila memilih untuk mencuba secara solo ketika Antoine Griezmann keseorangan tidak dikawal.

Adrien Rabiot telah melakukan satu rembatan yang menerjah sisi gawang, bengan Griezmann dengan tindakan Rabiot itu.

Kejadian yang tidak diingini ini terjadi pada penghujung separuh masa pertama ketika Jerman masih lagi ketinggalan kepada Perancis hasil jaringan sendiri Mats Hummels.

Serge Gnabry melakukan satu voli cantik yang menggelembung namun sedikit tinggi ke atas palang. Cantik hantaran Robin Gosens.

Jerman mula menekan Perancis dengan melancarkan serangan demi serangan demi sebiji gol penyamaan.

Perancis tenang menyerap asakan dan menunggu detik terbaik untuk melancarkan serangan balas pantas.

Perancis akhirnya berjaya menggandakan kedudukan melalui Kylian Mbappe pada minit ke-65 dengan satu gelecekan cantik.

Pertahanan Jerman akhirnya terpaku dengan gelekan Mbappe dan satu rembatan lencong dilepaskan dan bola menerjah gawang selepas terkena tiang.

Ketika Mbappe hendak meraikan jaringan itu pengadil membatalkan jaringan kerana offside, serius muka penjaga garisan mengangkat bendera.

Jerman menguasai permainan dengan 57 peratus berbanding Perancis 43 peratus.

Lima belas minit permainan berbaik, Joachim Loew telah memasukkan penyerang bahaya tapi tidak berbisa Timo Werner dan Leroy Sane mengeluarkan Kai Havertz dan Serge Ganbry.

Kylian Mbappe datang lagi dan nampak seperti dijatuhkan oleh pertahanan Jerman namun tiada sepakan penalti dari pengadil kerana itu satu tackle bersih.

Pada minit ke-85 Karim Benzema menjaringkan gol kedua yang boleh terus membunuh perlawanan selepas Paul Pogba melorongkan cantik bola kepada Mbappe.

Dari kanan Mbappe telah melihat Karim Benzema kosong berhadapan dengan Manuel Neuer dan membuat hantaran.

Tiada masalah buat Benzema yang mempunyai penyudah tajam menjaringkan gol namun gol itu sekali dibatalkan kerana offside.

Penelitian daripada Video Assistang Referee (VAR) mengesahkan Mbappe offside.

Jerman berterusan merencanakan serangan demi serangan namun tiada gol kunjung tiba dan masa kecederaan 6 minit diberikan pengadil memberi Jerman sedikit harapan.

Perancis bertahan dengan mapan dan penuh yakin mempertahankan kelebihan satu gol sambil menunggu ruang dan peluang untuk menyerang.

Pengadil mengheret masa kecederaan sehingga lapan minit dua minit lebih dari sepatutnya dan Jerman gagal mencari satu gol sekurang-kurangnya.

Gandingan Pogba Paul dan N’Golo Kante nyata berbisa apabila mendominasi dan menakluk bahagian tengah padang ketika menyerang dan bertahan.

Lantaran kecemerlangannya, Paul Pogba telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan, Star of The Match (SOTM).

Dominasi Pogba tidak boleh baca bincang dan menjadi pemain paling banyak menyentuh bola, menang diudara, merampas kembali bola, menang perebutan bola bawah dan paling banyak gelecekan berjaya.

France (4-4-2) Lloris; Pavard, Varane, Kimpembe, Hernandez; Kante; Pogba, Rabiot; Griezmann; Benzema, Mbappe.

Substitutes: Mandanda, Maignan, Lenglet, Lemar, Giroud, Dembele, Tolisso, Zouma, Digne, Coman, Ben Yedder, Kounde.

Germany (3-4-3) Neuer; Rudiger, Hummels, Ginter; Kimmich, Gundogan, Kroos, Gosens; Havertz, Gnabry, Muller.

Substitutes: Leno, Trapp, Halstenberg, Volland, Werner, Sule, Klostermann, Neuhaus, San, Emre Can, Koch, Gunter.

Referee Carlos del Cerro Grande (Spain).

Hungary 0-3 Portugal

Pertembungan Hungary menentang Portugal merupakan perlawanan pembukaan kumpulan maut iaitu kumpulan F di mana aksi perlawanan kumpulan ini ditunggu ramai peminat bola sepak.

Kumpulan ini turut dihuni oleh juara Piala Dunia 2018, Perancis dan juga juara Piala Konfederasi 2017, Jerman. Untuk makluman, Portugal merupakan penyandang juara Euro.

Hungary bermain di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri di Puskas Arena, Budapest memberi semangat tambahan kepada Hungary.

Dengan kapasiti 67,000 penonton, Puskas Arena merupakan satu-satunya veneu perlawanan Euro 2020 yang mempunyai kapasiti penuh penonton.

Hungary menampilkan permainan bertahan penuh berdisiplin dari awal permainan dengan permainan berpasukan memadatkan pemain dikawasan sendiri ketika Portugal datang.

Cristiano Ronaldo mendapat peluang terbaik melalui satu hantaran yang panjang tetapi lemah tolakan dilakukan dan penjaga garisan mengangkat bendera tanda offside.

Pada minit ke-40 Diogo Jota melepaskan rembatan kencang dengan satu sentuhan disusuli putaran dengan rembatan selepas menerima hantaran Nelson Semedo.

Penjaga gol Hungary, Peter Gulacsi telah bersedia dengan melakukan satu hadangan.

Cristiano Ronaldo melepaskan peluang keemasan apabila voli beliau meliar ke langit. Bagaimana Ronaldo boleh terlepas peluang sebegitu dan Ronaldo sendiri tampak tidak percaya.

Tamat separuh masa pertama kedudukan terikat seri tanpa jaringan dengan Portugal menguasai 64 peratus perlawanan hanya mampu menghadirkan 2 sahaja percubaan tepat daripada 6 percubaan.

Ternyata permainan bertahan duduk lebih kebawah dengan penuh semangat Hungary membuatkan Portugal mati kutu.

Hungary akhirnya berjaya memberi kegembiraan buat penyokong 60,000 mereka dengan jaringan pendahuluan tapi sayang gol itu dibatalkan kerana offside.

Pada minit ke-84 Rafa Silva telah melakukan hantaran silang yang terbias kaki pemain Hungary dan bola sampai kepada Raphael Guerreiro.

Raphael Guerreiro terus melepaskan satu rembatan dan sekali lagi terbias menyebabkan Peter Gulacsi akhirnya tertewas jua. Portugal akhirnya di depan.

Cara permainan bertahan Hungary mula memakan diri apabila mereka kelihatan penat dan mula koyak serta tidak mampu menampilkan permainan berdisiplin seperti 80 minit pertama.

Dua minit kemudian Willi Orban telah menjatuhkan Rafa Silva dalam kotak penalti dan Cristiano Ronaldo tampil membuat sepakan bukan Bruno Fernandes.

Tiada masalah untuk Ronaldo menyempurnakan sepakan itu untuk memberi Portugal gol kedua perlawanan.

Sejarah tercipta apabila Cristiano Ronaldo menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman Euro memecahkan rekod 37 tahun Michel Platini.

Cristiano Ronaldo meledakkan gol ketiga pada minit ke-92 dengan hantaran pendek di dalam kotak yang dimulakan oleh Rafa Silva.

Gerakan itu telah menyebabkan Ronaldo berada dalam situasi satu lawan satu dengan Peter Gulacsi dan mudah menolak masuk untuk gol ketiga.

Ronaldo terus melebarkan rekod penjaringkan sepanjang zaman Euro dengan 11 gol dalam 22 perlawanan dan ketika ini hanya Antoine Griezmann yang mampu mengejar.

Setakat ini Griezmann sudah menjaringkan 6 gol dan merupakan pemain yang masih aktif bermain terdekat untuk mencabar.

Ini merupakan gol ke-106 gol antarabangsa Ronaldo dan hanya tiga lagi untuk menyamai rekod penjaring gol terbanyak antarbangsa milik Ali Daie dengan 109 gol.

Hungary: Gulácsi, Fiola, Orbán, Attila Szalai, Lovrencsics, Kleinheisler, Nagy, Schäfer, Botka, Sallai, Adam Szalai

Subs: Dibusz, Bogdan, Lang, Kecskés, Cseri, R. Varga, Siger, K Varga, Nikolic, Schon, Bolla

Portugal: Rui Patrício, Semedo, Rúben Dias, Pepe, Guerreiro, Danilo, William, Bruno Fernandes, Bernardo Silva, Cristiano Ronaldo, Diogo Jota

Subs: Lopes, Rui Silva, Fonte, Joao Moutinho, Andre Silva, Rafa Silva, Renato Sanches, Neves, Goncalves, Joao Felix, Oliveira, Mendes

BACA:  Tawaran Manchester United Sebanyak €100 Juta (RM468 Juta) Sesuatu Yang Gila - Thomas Muller
Share on facebook
Share on twitter