EURO 2020: AET Croatia 3-5 Sepanyol

Croatia dan Sepanyol bertemu di pusingan 16 terbaik saingan Euro 2020 selepas kedua-dua pasukan berjaya melayakan diri ke pusingan kalah mati.

Sepanyol dianggap pasukan pilihan untuk memenangi aksi perlawanan yang dilangsungkan di Parken Stadium, Copenhagen ini.

Croatia berjaya melayakan diri ke pusingan kalah mati selepas muncul sebagai Naib Juara kumpulan D, dengan mengumpul empat mata.

Sepanyol pula mara ke pusingan kalah mati juga sebagai Naib Juara selepas kejayaan mereka membelasah Slovakia 5-0 dalam aksi perlawanan terakhir peringkat kumpulan E.

Pemenang untuk perlawanan ini akan mara ke peringkat suku akhir dan akan berdepan dengan pemenang pertemuan antara Perancis bertemu Switzerland.

10 minit pertama perlawanan dilihat agak seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun Sepanyol jelas sedikit lebih mendominasi.

Croatia cuba mengatur gerak dari sudut sebelah kiri dan kanan untuk memecah tembok pertahanan Sepanyol namun usaha mereka gagal.

Sepanyol lebih teratur dalam merencana serangan namun masih belum ada sebarang percubaan bahaya yang berjaya dihasilkan.

Pada minit ke-20 permainan, Pedri cuba untuk build up serangan dari bawah dengan menghantar bola kembali ke penjaga gol, Unai Simon.

Bola hantaran Pedri yang kemas dan tidak terlalu laju itu, entah bagaimana gagal untuk ditahan oleh Unai lalu bola tersebut terus bergolek masuk ke gawang gol Sepanyol.

Apa yang lebih mengejutkan lagi, Unai ketika itu sama sekali tidak diasak atau dicabar oleh mana-mana pemain Croatia dan beliau hanya bersendirian sahaja di hadapan gawang golnya.

Namun entah kenapa beliau menjadi buta kayu melepaskan bola itu dan tidak menunjukkan usaha untuk cuba menyelamatkannya dari masuk ke gawang beliau.

Beliau hanya menundukkan kepala tanda pasrah bola itu masuk ke gawang golnya, dengan para pemain Croatia sendiri terkejut melihat mereka dapat gol percuma yang begitu aneh.

Gol tersebut dianggap sebagai gol sendiri paling dungu dalam sejarah dunia bola sepak, dan Azpilicueta dilihat cuba menenangkan Unai supaya tidak terus menjadi buta kayu di atas padang.

Croatia seperti mendapat tonik baru dengan mereka terus melancarkan beberapa siri serangan dari arah Kovacic namun gagal untuk menambah gol jaringan mereka.

Pada minit ke-38, Sepanyol berjaya menyamakan kedudukan menerusi Sarabia yang merembat padu bola muntah dari dalam kotak penalti menerjah jaring gawang gol Croatia.

Tamat aksi babak pertama perlawanan kedua-dua pasukan terikat 1-1 dengan Sepanyol dilihat lebih bernafsu untuk melancarkan serangan ke kubu Croatia.

Masuk babak kedua, Sepanyol masih meletakkan sepenuh kepercayaan pada Unai Simon untuk menghabiskan perlawanan ini dan mengharap beliau tidak terbawa-bawa dengan kesilapan beliau pada awal permainan.

Kedua-dua pasukan seperti biasa saling mengatur gerak untuk melancarkan serangan dan perlawanan dilihat agak seimbang.

Pada minit ke-57, hasil hantaran lintang yang cukup cantik dan kemas oleh Ferran Torres berjaya disempurnakan dengan satu sundulan tajam dari Cesar Azpilicueta menerjah jaring gawang gol Croatia.

Pada minit ke-77 Sepanyol menambah lagi jaringan mereka menerusi Ferran Torres yang menerima bola dari centre-half Sepanyol dan membawanya masuk ke kotak penalti Croatia lalu disudahkan dengan cantik untuk menewaskan Livakovic.

Pada minit ke-85 permainan, Luka Modric berjaya membawa bola masuk ke kawasan enam ela Sepanyol lalu melorongkan bola ke kawasan tengah untuk mencari rakan sepasukannya.

Keaadan di hadapan gawang gol Sepanyol huru hara dengan ramai pemain yang melibatkan diri dikawasan tersebut, bola rembatan Orsic telah masuk melepasi garisan namun sempat dikeluarkan semula oleh Cesar Azpilicueta.

Namun pengadil perlawanan membunyikan wisel mengesahkan yang bola tersebut sudah melepasi garisan dan memberikan gol tersebut kepada Croatia.

Berbaki lima minit permainan, Croatia berusaha sehabis daya mereka untuk mencari satu lagi gol dalam usaha mereka untuk setidak-tidaknya membawa Sepanyol ke masa tambahan.

Ketika perlawanan sudah masuk ke masa kecederaan, pemain gantian Croatia, Mario Pasalic berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi satu sundulan sebelum tamat perlawanan.

Tamat masa sebenar, kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 3-3 dan akan meneruskan permainan ke masa tambahan.

Pada minit ke-100, hasil umpanan cantik dari Olmo berjaya disudahkan dengan rembatan padu oleh Morata untuk meletakkan Sepanyol kembali di depan.

Morata akhirnya membalas kepercayaan pengurus pasukan, Luis Enrique dengan menjaringkan gol dan membuktikan beliau layak untuk dianggap sebagai penyerang terbaik yang dimiliki oleh Sepanyol pada ketika ini.

Tiga minit selepas itu, Dani Olmo sekali lagi berjaya melakukan hantaran yang cantik dan kemas ke dalam kotak penalti dan kali ini bola hantaran beliau disambut dengan tenang oleh Oyarzabal yang kemudiannya melepaskan rembatan padu untuk gol kelima Sepanyol.

Tiada gol tambahan yang berjaya dihasilkan sehingga tamat masa tambahan permainan dengan Sepanyol berjaya menewaskan Croatia 5-3 untuk mara ke pusingan seterusnya.

Skuad kendalian Luis Enrique itu bakal berdepan dengan Switzerland di peringkat suku akhir selepas skuad kendalian Vladimir Petkovic itu berjaya mengejutkan Juara dunia, Perancis di pusingan 16 terbaik.

Croatia (4-3-3): Livakovic 5; Juranovic 6, Vida 5.5, Caleta-Car 5.5, Gvardiol 5; Modric 7.5 (Ivanusec 113), Brozovic 7, Kovacic 7 (Budimir 79, 6); Vlasic 6.5 (Pasalic 79, 7), Petkovic 6 (Kramaric 46, 6.5), Rebic 6 (Orsic 67, 8)

Pemain simpanan: Vrsaljko, Brekalo, Kalinic, Skoric, Badelj, Sluga, Bradaric

Penjaring: Pedri 20 (OG), Orsic 85, Pasalic 90+2

Kad Kuning: Brozovic, Caleta-Car

Pengurus: Zlatko Dalic 7

Sepanyol (4-3-3): Simon 8; Azpilicueta 7.5, Garcia 5.5 (Torres 72, 5.5), Laporte 5.5, Gaya 5.5 (Alba 78); Koke 6 (Ruiz 78, 6), Busquets 7 (Rodri 102), Pedri 7.5; Torres 8 (Oyarzabal 88), Morata 8.5, Sarabia 7 (Olmo 72, 8)

Pemain simpanan: de Gea, D. Llorente, Torres, M. Llorente, Moreno, Alcantara, Sanchez

Penjaring: Sarabia 38, Azpilicueta 57, Torres 77, Morata 100, Oyarzabal 103

Pengurus: Luis Enrique 7

Pemain terbaik perlawanan: Morata

BACA:  EURO 2020: Belgium 3-0 Rusia