Evra Dedah Setiap Kelab Sebenarnya Akan Ada Dua Pemain ‘Kunyit’

Patrice Evra percaya yang setiap kelab bola sepak sudah tentu akan ada setidak-tidaknya dua orang pemain yang suka sejenis.

Beliau turut mendedahkan yang ada bekas rakan sepasukannya yang takut untuk tampil dek kerana memiliki sikap sejenis dalam bilik persalinan.

Bekas pemain pertahanan Manchester United, Evra yang juga pernah beraksi bersama Monaco, Juventus, Marseille dan West Ham itu mendakwa yang beliau menghadapi masalah berkait sikap mengejutkan tentang budaya suka sejenis ketika kariernya.

Dalam satu temu bual bersama akhbar Perancis, Le Parisien selepas pelancaran autobiography beliau, Evra menyatakan bahawa:

“Ketika saya di England, mereka bawa seseorang untuk bercakap kepada pasukan tentang budaya suka sejenis (kunyit).”

“Segelintir rakan sepasukan saya kata ia bercanggah dengan agama saya, jika ada sesiapa yang kunyit dalam bilik persalinan ini, biarkan mereka pergi meninggalkan kelab, dan orang lain juga turut beri komen.”

“Pada ketika itu, saya kata, ‘Diam’. Saya pernah bermain dengan pemain yang kunyit. Mereka bersemuka dengan saya untuk cerita hal ini kerana mereka takut untuk bercakap.”

“Memang akan ada setidak-tidaknya dua pemain kunyit dalam setiap kelab bola sepak. Tapi dalam dunia bola sepak, jika kamu kata kamu kunyit, maka ia berakhir.”

Tidak ada yang akan terbuka mendedahkan mereka kunyit dalam saingan Premier League, tapi ada usaha yang mahu menjadikan bola sepak Inggeris semakin inclusive melalui kempen pelangi.

Legenda Manchester United itu sejak kebelakangan ini memang sering mengeluarkan kenyataan aneh-aneh.

Beliau sering mengeluarkan kenyataan tentang bekas kelabnya dan Evra sendiri pernah mempersoalkan tentang keputusan kelab melantik Ralf Rangnick sebagai pengurus interim.

Evra tanya Siapa Rangnick?

Patrice Evra mengeluarkan beberapa kenyataan merapu berkait keputusan Manchester United melantik Ralf Rangnick sebagai pengurus interim kelab.

Tidak keterlaluan juga untuk menganggap yang Evra sebenarnya langsung tidak yakin dengan pelantikan pengurus dari Jerman itu untuk memimpin Manchester United.

Bekas bintang Perancis itu bercakap selepas tamat aksi kemenangan 3-2 Man Utd menewaskan Arsenal di Old Trafford awal bulan lalu.

Beliau kemudiannya telah mengeluarkan beberapa pendapat yang agak merapu dan seolah-olah mempertikaikan kemampuan Ralf Rangnick.

“Saya tak setuju. United ada DNA sendiri dan cara permainan yang tersendiri.”

“Kita sudah ada DNA. Sekarang kita akan beralih kepada corak permainan Ralf Rangnick?”

Jelas beliau kepada Amazon Prime.

“Manchester United sudah bertahun-tahun bermain dengan cara tertentu, dan sekarang lelaki ini bertugas untuk tentukan corak permainan United. Saya sudah mula rasa sedikit kecewa.”

“Siapa Rangnick? Adakah dia menang banyak Piala sebagai pengurus? Saya rasa dia patut jadi football director dan pergi ke akademi, ajar budak-budak.”

“Bahkan kalau tukang masak berada di belakang Man Utd, saya akan berada di belakang dia, tapi saya rasa kamu sepatutnya menghormati sejarah Manchester United.”

Ralf Rangnick sememangnya membawa budaya dan philosophy beliau ke Old Trafford dan sepertinya ia masih belum membuahkan hasil.

Keadaan di bilik persalinan juga agak huru-hara pada ketika ini selepas 17 pemain dilaporkan tidak gembira bersama kelab pada ketika ini.

Evra juga sebelum ini pernah dihentam oleh para peminat kerana tidak mempunyai pendirian yang tetap berkait pemilihan calon pemenang anugerah Ballon D’or.

Beliau awalnya mahukan Edouard Mendy, Kante atau Jorginho yang memenangi anugerah tersebut.

Namun begitu, selepas Lionel Messi diumumkan sebagai pemenang, beliau dengan tiba-tiba menjadi pejuang kebenaran untuk Robert Lewandowski.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Evra Beri Amaran Keras Kepada Para Pemain Man Utd Selepas Solskjaer Dipecat