Evra Seru Peminat Man United Tunjukkan Buku Sejarah Kepada Peminat City

Patrice Evra meminta peminat Man United jangan gelabah, walaupun sekarang mereka di belakang Man City dari segi kejayaan dan prestasi dalam beberapa musim ini.

Kali terakhir Man United menang Liga Perdana Inggeris adalah pada musim terakhir Alex Ferguson menjadi pengurus. Begitu juga dengan Liga Juara Juara Eropah.

Evra meminta peminat United berpegang kepada kata kata keramat, sila buka buku sejarah, dan tengok kelab mana paling banyak Piala.

Evra bermain di Old Traffrod selama 8 musim dan menuai banyak kejayaan bersama Red Devils.

Sejak Pep Guardiola tiba di Man City, skuad biru itu tak pernah gagal menamatkan saingan liga di atas Man United.

Namun Evra tetap menganggap Man United sebagai pasukan lebih hebat dan nombor 1 di bandar Manchester.

“Tiada peluang langsung [City no.1 di bandar Manchester]. Aku ada lima kejuaraan Liga Inggeris, jumlahnya sama dengan yang dimiliki City dalam sejarah kelab mereka. Itu baru piala saya seorang tu.”

“Liga Juara Juara Eropah kamu [Man City] di mana?”

“Ya, masa ni mereka lagi bagus daripada United. Tapi itu tak penting. Kerana sejarah tak akan pernah mati. Jika mereka mulai memenangi UCL barulah sejarah itu mulai berubah.”

“Itupun mereka kena sampai ke tahap Chelsea dulu (2 UCL). Tapi mereka masih jauh daripada nak sampai situ.”

“Hanya bebudak yang lahir selepas Playstation 5 (2020) yang akan kata, City kelab terbesar di dunia. Yang lain? Tak akan la.”

BACA:  Ronaldo Tipu Evra Kononnya Akan Kembali Bersama Sir Alex Di Man Utd