FA England Berdepan 4 Pertuduhan Dari UEFA Atas Kelakuan Tidak Bijak Penyokongnya

Persatuan bola sepak England bakal berdepan dengan empat pertuduhan dari UEFA ekoran dari kekecohan yang berlaku ketika aksi perlawanan akhir saingan Euro 2020 di Wembley hujung minggu lalu.

Perlawanan akhir pertama England sejak 55 tahun lalu telah dicemari sepenuhnya oleh insiden ngeri, kejam dan tindakan dungu para penyokong Three Lions di luar Stadium.

Menjelang sepak mula perlawanan, penyokong yang tidak mempunyai tiket telah merempuh masuk ke stadium dan turut merobohkan beberapa pintu masuk di Wembley.

Penyokong-penyokong dungu itu juga telah menimbulkan kekecohan yang melampau dan turut mencetuskan pergaduhan sesama mereka.

Kebanyakan penonton mengeluh kerana tempat mereka telah diambil oleh si dungu yang merempuh masuk stadium tanpa tiket itu.

Kenyataan dari pihak FA

Perbalahan di luar stadium di bawa ke dalam stadium dengan mereka bergaduh berebut tempat duduk antara penyokong ada tiket dengan si dungu yang tiada tiket.

Lebih teruk lagi, anak lelaki kepada pengurus Itali, Roberto Mancini terpaksa menonton aksi babak pertama perlawanan dari tangga stadium sahaja selepas tempat duduknya diambil oleh orang lain.

Pihak FA telah didenda dengan denda bernilai £25,630 kerana mereka gagal untuk mengawal masalah berkait para penyokong tak bertiket itu.

Ia juga termasuk kesalahan para penyokong yang menyuluh laser ke muka Kasper Schmeichel ketika aksi kemenangan England menewaskan Denmark di peringkat separuh akhir sebelum ini.

Kenyataan dari pihak FA

Kini mereka berdepan dengan empat lagi pertuduhan termasuk kesalahan penceroboh padang, kesalahan melontar objek dari tempat duduk penyokong ke arah Leonardo Bonucci, buat kecoh semasa Itali menyanyikan lagu kebangsaan dan pembakaran bom suar di dalam stadium.

UEFA turut mengesahkan yang badan disiplin mereka sedang menyiasat beberapa lagi kesalahan berkait keganasan yang dilakukan oleh para penyokong England.

Satu kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh UEFA yang menyatakan bahawa:

“Kertas siasatan telah dibuka berkait insiden yang berlaku ketika aksi perlawanan akhir saingan Euro 2020.”

“Pertuduhan yang dikenakan ke atas Persatuan Bola Sepak England:

– Pencerobohan masuk ke dalam padang permainan oleh penyokong – Artikel 16(2) (a) mengikut peraturan disiplin UEFA (DR)

– Melontar objek oleh para penyokong – Artikel 16(2) (b) DR

– Kekacauan yang dicetuskan oleh penyokong ketika nyanyian lagu kebangsaan – Artikel 16(2) (g) DR

– Menyalakan bom suar/ bunga api oleh para penyokong – Artikel 16(2) (c) DR

“Urusan ini akan diuruskan oleh unit kawalan, Etika dan badan disiplin UEFA (CEDB) dalam tempoh tertentu.”

“Berkecuali dan bersesuaian dengan Artikel 31(4) DR, unit etika UEFA dan pegawai tatatertib telah dilantik untuk mengambil tindakan dan menyiasat tentang kesalahan yang berlaku ketika insiden yang berlaku di dalam dan di sekitar stadium.”

“Segala maklumat terperinci tentang hal ini akan diumumkan pada waktu yang ditetapkan nanti.”

Walaupun telah berlaku kekecohan di Wembley, pihak FA England tetap menegaskan yang kawalan keselamatan mereka sediakan mengikuti tahap yang telah ditetapkan.

“Kami akan keluarkan laporan terperinci berkait penyiasatan atas situasi yang berlaku pada hari tersebut di Wembley Stadium dan ketika aksi perlawanan akhir.”

Kenyataan dari pihak FA.

“Hal ini akan diselesaikan dengan kerjasama bersama pihak polis, pihak berkuasa tempatan di London, penasihat keselamatan dan petugas yang bertugas dalam menjayakan pertandingan tersebut.”

“Pengawal dan steward yang disediakan sepanjang kejohanan mengikuti jumlah yang ditetapkan untuk sesebuah perlawanan dan lebih ramai dari mana-mana acara lain yang pernah dianjurkan di Wembley Stadium.”

“Walau bagaimanapun, tingkah laku orang-orang yang merempuh masuk ke dalam stadium adalah tindakan yang tak boleh diterima, merbahaya dan menunjukkan mereka tidak menghiraukan protokol kawalan dan keselamatan yang ditetapkan ditempat tersebut.”

“Tidak ada steward atau pengawal bertugas yang boleh disalahkan atas tingkah laku tersebut, dan kami berterima kasih pada mereka atas sokongan yang mereka tunjukkan pada malam tersebut.”

“Kami juga meminta maaf kepada sesiapa yang melalui pengalaman ngeri atau terjejas dengan insiden tidak diingini itu.”

“Kami akan terus berkerjasama dengan pihak berwajib untuk mengenal pasti pesalah dan mengambil tindakan terhadap mereka semua.”

Laporan Andy Lines yang menjadi saksi kejadian

Hampir ribuan penyokong cuba untuk masuk ke stadium dengan cara yang sangat kecoh menjelang sepak mula perlawanan akhir saingan Euro 2020 kemarin, dan ia hanya permulaan untuk kisah yang mengerikan itu.

Wakil The Mirror, Andy Lines yang berada di Wembley pada hari kejadian, telah mendedahkan kisah yang berlaku di depan matanya dan ia sangat tragis untuk diceritakan kepada peminat.

Beliau mendakwa ada steward yang diancam dengan pisau, penyokong wanita yang teruk diganggu dengan gangguan seksual dan melihat seorang kanak-kanak yang menangis trauma dengan kejadian itu.

Steward tersebut turut menceritakan kepadanya yang ada penyokong yang mengacu pisau supaya beliau dibenarkan untuk masuk ke stadium tanpa dihalang.

Steward yang bertugas hanya dibayar £8.90 sejam dan beliau ketika menceritakan kisah itu kepada Andy, telah menyatakan bahawa:

“Apa yang harus saya lakukan? Saya hanya dapat £8.90 sejam, saya tak akan sanggup ditikam untuk nilai tersebut.”

Salah seorang penyokong wanita dikatakan telah menjadi mangsa gangguan seksual ketika para penyokong bersesak untuk masuk ke dalam stadium.

Sementara Andy turut melaporkan yang ada seorang kanak-kanak yang merayu kepada bapanya supaya membawanya pulang, ia kerana beliau terlalu takut untuk melihat situasi yang sedang berlaku ketika itu.

Ramai yang cuba memujuk kanak-kanak yang menangis itu sambil cuba memahamkan beliau yang bukan semua penyokong England bersikap seperti itu.

Menjelang petang, makin banyak video yang tular di sosial media dan ada video yang memperlihatkan bagaimana penyokong England turut cuba menyerang penyokong Itali.

Bar, pub, kedai mamak, warung kopi dan segala macam tempat lepak di sekitar Wembley terpaksa ditutup selepas tamat perlawanan kerana untuk menenangkan keadaan yang semakin kecoh.

Fil Sollof merupakan salah seorang ahli ‘England Fans Travel Club’ dan beliau telah menjadi penyokong The Three Lions di serata dunia selama hampir 20 tahun.

Beliau percaya situasi yang berlaku pada hujung minggu lalu itu tidak akan memberi impak pada jangka masa pendek ini sahaja, ia akan memberi impak yang besar pada jangka masa panjang juga.

Penyokong yang kini berusia 56 tahun itu telah mendedahkan bahawa:

“Saya sudah merantau ke seluruh dunia untuk menonton dan menyokong England dan saya tak pernah lihat situasi seperti hujung minggu lalu.”

“Ia sesuatu yang sangat memalukan dan membuatkan saya rasa malu untuk mengaku yang saya penyokong England.”

“Malam itu sepenuhnya tidak terkawal dan pihak steward juga tak mampu nak urus. Segala harapan untuk kita urus Piala Dunia 2030 patut berakhir.”

Andy Lines bertugas ketika perlawanan tersebut dan beliau turut didatangi oleh peminat yang berfikir bahawa beliau merupakan salah seorang petugas di Wembley.

Ramai orang yang meminta bantuan padanya dan meminta beliau lakukan sesuatu untuk mengawal situasi tersebut.

“kenapa kau tak cuba untuk lakukan sesuatu?”

“Seseorang akan mati dekat situ, buatlah sesuatu.”

Antara jeritan-jeritan yang beliau dengar dari penyokong yang mahu mendapatkan bantuan.

Sumber: SPORTbible

The Mirror

BACA:  Bintang Middlesbrough Didakwa Oleh FA Kerana Muat Naik Ketika Zaman Kanak-kanaknya