Persatuan Bola Sepak England dilaporkan telah meminta agar tiada perlawanan yang akan menemukan dua pasukan ‘Big Six’ seminggu sebelum bermulanya aksi Piala Dunia 2022.
Saingan Piala Dunia Qatar akan bermula pada 21 November nanti dan ia merupakan kali pertama pertandingan tersebut di anjurkan pada musim sejuk.
Dek kerana ia dilangsungkan pada waktu yang berbeza dari kebiasaannya, maka ia jelas sekali akan memberikan masalah besar kepada saingan liga-liga domestik di Eropah.
📰 The England FA have asked the EPL Board that no games between Liverpool, Manchester City, Chelsea, Manchester United, Arsenal and Tottenham take place on the weekend of November 12 and 13, which is the league's final set of games before the World Cup starts. pic.twitter.com/Mi9pLMV9GO
— TOFFIC 👑 (@TofficKagawa) June 9, 2022
Untuk memastikan pertandingan tersebut berlangsung dengan tiada masalah, Premier League akan mengadakan rehat pertengahan musim selama tempoh lebih dari enam minggu.
Perlawanan terakhir dalam saingan Premier League sebelum rehat pertengahan musim akan dilangsungkan pada 12 dan 13 November.
Selepas tamat aksi terakhir tersebut, Premier League akan berehat dan lapan hari selepas itu, England akan turun beraksi bertemu Iran dalam perlawanan pembukaan peringkat kumpulan mereka di pentas Piala Dunia.
Pengurus skuad kebangsaan England, Gareth Southgate dilaporkan sangat risau tentang tahap kecergasan dan keselamatan anak-anak buahnya menjelang bermulanya pertandingan tersebut.
England FA reportedly request for no 'big six' Premier League games before World Cup
The English Football Association is hoping to reduce the stress put on players in the final match weekend before the World Cup. https://t.co/QjcY8dhXBA
— Rolling Insights (@RI_YYC) June 8, 2022
Menurut sumber laporan dari ESPN, pihak FA telah meminta agar tiada perlawanan antara Liverpool, Manchester City, Chelsea, Arsenal, Tottenham Hotspur dan Manchester United yang dilangsungkan seminggu sebelum sepak mula aksi Piala Dunia.
Jadual perlawanan Premier League sebenarnya disediakan secara rawak dengan menggunakan sistem yang dikendalikan oleh Atos, syarikat digital yang menguruskan jadual liga sejak 1992 lagi.
Walau bagaimanapun, ia termasuk juga dengan ‘golden rules’ yang mana ia termasuk peraturan tiada pasukan yang akan dibenarkan bermain lebih dari dua perlawanan berturut-turut di halaman sendiri atau lawan.
Dua kelab yang datang dari bandar sama juga tidak akan dijadualkan untuk bertemu pada hari sama di halaman sama atas tujuan untuk mengelakkan kesesakan.
Menurut laporan sama, pihak FA percaya akan ada peraturan baru yang boleh ditambah khas untuk menghadapi Piala Dunia ini sahaja dan akan kembali seperti biasa selepas ini.
#Soccer #ManchesterCity #ManchesterUnited #TottenhamHotspur England FA reportedly requests no 'big six' Premier League games before World Cup https://t.co/oHRAoyEnFC
— MyNextSeat (@MyNextSeat1) June 8, 2022
Memandangkan Piala Dunia pada kali ini dilangsungkan pada waktu yang berbeza daripada kebiasaannya, maka kerana itulah pihak FA mahu peraturan tersebut diubah untuk tempoh seketika sahaja.
Kembali pada Mac lalu, Gareth Southgate mendedahkan tentang kesukaran yang beliau hadapi apabila ada nya perlawanan berprofil tinggi yang dilangsungkan sebelum bermulanya Piala Dunia.
England merupakan pasukan kegemaran untuk menjuarai saingan Piala Dunia tahun ini dengan mereka jelas sekali mahu menyediakan skuad terbaik untuk ke Qatar.
Gareth Southgate jelas sekali memiliki barisan pemain terbaik yang boleh beliau harapkan untuk membantu England untuk membawa pulang Piala yang sangat mereka impi-impikan itu.
Tidak dinafikan juga ada pasukan lain yang turut perlu diberi perhatian seperti Perancis, Jerman, Brazil, Argentina dan beberapa lagi pasukan lain.
Dalam erti kata lain, kesemua pasukan yang bertanding di kejohanan kali ini merupakan pasukan yang hebat dan sangat berpotensi untuk menjadi juara.
Dan kerana England dianggap sebagai calon kegemaran, maka Gareth Southgate jelas sekali mahu memastikan skuadnya bersedia dan boleh menepati ramalan untuk bergelar juara.
FA asks the Premier League to make sure Big Six clubs, including Liverpool, Manchester United and Chelsea, do not play on the weekend before the World Cup begins in Qatar to give England …
via https://t.co/tRYG0AuBDk https://t.co/Zsx3c9a4Ic— 𝔸𝕝-𝕙𝕒𝕛𝕚 𝕀𝕤𝕞𝕒𝕚𝕝 (@Alfaenshe) June 9, 2022
Sama ada mampu atau tidak, semuanya bergantung kepada percaturan dan cara Southgate memilih pemain.
Walaupun beliau dihentam teruk sejak dua perlawanan terakhir England baru-baru ini, namun harus diakui yang agak mustahil untuk melihat skuad The Three Liones itu menukar pengurus mereka sebelum bermulanya kejohanan pada penghujung tahun ini.
Sumber: SPORTbible