Terdapat gesaan dari FIFPro ke atas FIFA supaya membenarkan pemain asing yang bermain di Rusia untuk membatalkan kontrak mereka secara percuma.
Desaan tersebut dibuat dalam usaha mereka untuk memboikot Rusia dan tanda solidariti kepada Ukraine yang dianggap sebagai satu-satunya negara dalam dunia ini yang diserang.
Ya, FIFA dan UEFA sepertinya hanya melihat Ukraine sebagai satu-satunya negara yang diserang dalam dunia hari ini, dan kerana itulah mereka bersungguh-sungguh mempertahankan jiran Rusia itu.
⚽🚨 FIFA and UEFA have today decided together that all Russian teams, whether national representative teams or club teams, shall be suspended from participation in both FIFA and UEFA competitions until further notice. #Rusia #FIFA #UEFA #Football #Ukraine pic.twitter.com/h3gtsZYHWr
— Jhan Doriel ∴ (@JhanSDoriel) February 28, 2022
Ramai pemain asing yang berada di kedua-dua negara, Ukraine dan Rusia pada ketika ini berada dalam ketakutan dan pening memikirkan masa depan mereka.
FIFA dan UEFA awalnya membenarkan Rusia untuk turut serta dalam pertandingan anjuran mereka, namun dengan syarat tidak dibenarkan membawa nama, logo atau bendera Rusia sendiri.
Walau bagaimanapun, hari ini badan induk bola sepak dunia dan Eropah itu telah mengumumkan yang mereka mengharamkan sepenuhnya Rusia dari menyertai apa-apa pertandingan di bawa mereka.
Namun begitu, sehingga kini masih belum ada apa-apa berita tentang nasib pemain-pemain asing yang sedang beraksi di Rusia pada ketika ini.
FIFPro yang bertugas sebagai kesatuan pemain bola sepak seluruh dunia mendesak FIFA supaya mengubah polisi mereka berkait kontrak para pemain.
Menurut sumber laporan dari media Belanda, V1, FIFPro percaya yang adalah sangat adil untuk membenarkan para pemain yang bermain di Rusia untuk membatalkan kontrak mereka secara percuma.
FIFPro menganggap ia wajar kerana memikirkan tindakan yang dilakukan oleh Vladimir Putin ke atas Ukraine pada ketika ini.
PERNYATAAN
FIFPro, organisasi pesepakbola profesional seluruh dunia baru saja memberi pernyataan dukungan terhadap FIFA untuk menangguhkan keanggotaan Rusia.
Tak hanya itu, FIFPro jg mendukung para pemain dan federasi yg menolak bermain menghadapi Rusia. #MC pic.twitter.com/Y6vAwMDw41
— MedioClubID (@medioclubID) February 28, 2022
“Kita mendesak FIFA untuk lakukan itu. Hal ini perlu diselesaikan dengan secepat yang mungkin.”
Jelas ahli jawatankuasa tertinggi FIFPro, Louis Everard.
“Konflik yang semakin memuncak nampaknya menjadi sebab utama untuk pemain tamatkan kontrak tanpa bayar apa-apa kepada kelab. Kami sekarang sedang berunding tentang hal tersebut.”
“Memandangkan situasi kini sangat membimbangkan, kami percaya yang para pemain sepatutnya diberikan kebebasan untuk meninggalkan negara secepat mungkin. Kami mahu dapatkan jawapan segera.”
LEAVE RPL FOR FREE 🇷🇺❌
FIFPro, the international players union, wants to help foreigners terminate their contracts with their Russian Premier League clubs.
Grzegorz Krychowiak, Maciej Rybus, Sebastian Szymanski and Rafal Augustyniak could all leave their clubs for free.#RPL pic.twitter.com/JbyjKbnjpK
— PSN Futbol (@PSN_Futbol) March 1, 2022
FIFPro's request to FIFA that foreign players in Russia be allowed to leave their contracts without penalty could open the door for Kento Hashimoto, who currently plays for FC Rostov, to seek greener pastures. https://t.co/FDMs4MF2Qf
— Dan Orlowitz (@aishiterutokyo) March 1, 2022
Mengikut data dari FIFPro, terdapat seramai 133 pemain asing yang sedang beraksi dalam saingan Russian Premier League pada ketika ini.
Bekas bintang Liverpool, Dejan Lovren, bekas bintang Ajax, Quincy Promes dan Malcom merupakan antara bintang asing yang bermain di Rusia pada ketika ini.
Kesemua pemain tersebut bakal dibenarkan untuk segera meninggalkan Rusia seandainya permohonan FIFPro diluluskan oleh FIFA.
FIFPro sebelum ini turut mencadangkan kepada FIFA supaya membenarkan Rusia untuk beraksi di pentas Piala Dunia dengan syarat tidak membawa nama, bendera, logo serta jersi asal mereka.
Cadangan mereka awalnya diterima oleh FIFA sebelum badan induk bola sepak dunia itu mengesahkan yang Rusia sepenuhnya diharamkan dari menyertai apa-apa pertandingan di bawah naungan mereka.
Nampaknya UEFA dan FIFA semakin bersungguh-sungguh menunjukkan solidarity kepada Ukraine, dan agak malang sekali kerana sokongan sama tidak diberikan kepada negara lain yang ditindas.
❗️ FIFPRO condena la invasión de Rusia a Ucrania, considera que el régimen de Vladimir Putin ha "atacado brutalmente a un país soberano" y agradece a "todos los jugadores que han mostrado su solidaridad en las últimas horas"https://t.co/DsT9RrlNle
— Mundo Deportivo (@mundodeportivo) February 25, 2022
Ia sudah jelas menunjukkan sikap pilih kasih UEFA dan FIFA dengan mereka juga turut mendenda Celtic sebelum ini kerana penyokong kelab dari Scotland itu menunjukkan solidarity kepada Palestin.
Kononnya bola sepak tidak boleh dicampur dengan politik.
Tapi sekarang? Apa yang sedang mereka promosikan? Adakah tindakan mereka ke atas Rusia bukan kerana politik? Sembang.
Sehingga kini, selepas melihat bagaimana kuatnya sokongan yang ditunjukkan oleh FIFA dan UEFA kepada Ukraine, masih belum ada nama besar yang mempersoalkan kepada badan induk bola sepak dunia itu tentang mengapa layanan mereka terhadap Palestin tidak seperti ini.
Sumber: SPORTbible