Gabriel Jesus Menangis, Mengadu Kat Emak Sebab Guardiola Turunkan Zinchenko Jadi Striker Lawan PSG

Gabriel Jesus akhirnya mendedahkan sebab utama dia memutuskan untuk meninggalkan Manchester City.

Ianya berlaku apabila Pep Guardiola memilih bek sisi Oleksandr Zinchenko sebagai false 9 pada aksi UCL menentang PSG.

Jesus berterus terang menyatakan dia menangis dan mengadu kepada emaknya tentang perkara itu. Dia benar benar kecewa. Dia terus menelefon ibunya di Brazil.

Gabriel Jesus berkerja di bawah Guardiola selama 5 musim di Etihad. Sebelum memutuskan untuk menyertai Arsenal musim lalu. Perpindahan yang dia anggap sebagai banyak membebaskan kecelaruan di kepalanya.

Bercakap pada podcast “Denilson show”, Jesus kemudian menegaskan bahawa dia kecil hati tahap maksimum ketika aksi menentang PSG pada November 2021.

Ketika itu namanya tiada dalam kesebelasan utama. Sedangkan dia cergas dan tersedia untuk menjadi penyerang utama.

“Ianya perlawanan UCL menentang PSG di tempat kami sendiri, di mana Pep meletakkan [Oleksandr] Zinchenko sebagai false 9. Gila betul benda dia buat.”

“Hari sebelum tu, dia tak guna langsung Zinchenko di pusat latihan. Dia arahkan saya berlatih sebagai penyerang utama untuk latihan menjelang aksi menentang PSG.”

“Zinchenko malah bersimpati dengan saya, ‘aku kesian dengan kau bro’ katan Zinchenko kepada saya.”

“2 jam sebelum perlawanan, ada sesi taklimat pasukan, di mana pasukan kami ada makan makan, rehat 30 minit sebelum sepak mula. Dia memberitahu kami pasukan yang akan bermain. Saya tak lalu nak makan apabila mendapat tahu nama saya tiada dalam kesebelasan utama.”

“Saya terus berlari ke dalam bilik, menangis, dan menghubungi ibu saya untuk bercakap. Saya beritahu: ‘Mak saya nak angkat kaki dari sini’.”

“Saya masa tu terasa nak balik ke rumah saya kerana Pep letakkan Zinchenko sebagai penyerang dan bukannya saya. Dia menurunkan seorang bek kiri di posisi serangan itu. Saya naik gila dibuatnya.”

Jesus dibawa masuk menggantikan Zinchenko pada separuh masa kedua dan mencipta assist untuk penyamaan sebelum dia menjaringkan gol kemenangan lewat untuk memberikan Man City kemenangan 2-1.

“Saya tidak melakukan warming up masa tu. Saya berasa sangat teruk sekali. 5 minit selepas Kylian Mbappe menjaringkan gol pertama PSG, Guardiola mengarahkan saya masuk. Dan saya mencipta assist dan menjaringkan gol kemenangan. Kami bangkit dan menang 2-1.”

“Aksi seterusnya, menentanng Leipzig kami menang 2-1. Pada masa itu saya ingat saya akan bermain. Malangnya tidak!”

“Ada banyak perkara rumit dengan Guardiola. Ianya bukan mudah. Namun setiap pemain akan berevolusi. Saya dalam keadaan sukar. Kemudian saya memutuskan, saya tak nak terus kekal di City dan saya memutuskan untuk angkat kaki.”

Gabriel Jesus menyertai Man City pada Januari 2017 daripada Palmeiras dan memenangi 11 trofi bersama kelab Manchester itu.

Pada musim debutnya dengan Arsenal, dia mencetak 11 gol dan 7 assist dalam 26 aksi. Menamatkan saingan di tangga kedua di belakang Man City yang kemudian menjuarai EPL dan menamatkan musim sebagai juara treble.

Artikel asal: Axello.net

BACA:  Man City Tawarkan Dua Bintang Dan Duit Untuk Dapatkan Kane