Pengurus PSG, Christophe Galtier tanpa berselindung telah melabel Kylian Mbappe seperti seorang ‘Anak Yatim‘, terpinggir di padang tanpa kehadiran dua ayam tambatan PSG, Lionel Messi dan Neymar.
Kenyataan pedas dan sangat berani Christophe Galtier ini hadir selepas PSG sekadar seri tanpa jaringan ketika bertemu Reims dan buat pertama kalinya PSG gagal menjaringkan sebarang gol musim ini.
Pemain pertahanan PSG Sergio Ramos dilayangkan kad merah pada lewat separuh masa pertama berikutan pertengkaran dengan pengadil Pierre Gaillouste, satu tindakan yang langsung tidak membantu pasukan.
Kylian Mbappe memulakan permainan di kesebelasan utama seperti biasa tanpa Lionel Messi dan Neymar di bahagian sayap.
Pemain berusia 23 tahun itu sebaliknya bermain bersama Carlos Soler dan Pablo Sarabia, yang gagal memberi impak sebagaimana Lionel Messi dan Neymar.
Paris Saint-Germain coach Christopher Galtier says Kylian Mbappe was like an "orphan" without Lionel Messi and Neymar on the pitch against Stade de Reims.
Read more ➡️ https://t.co/oLOOYvYQlY pic.twitter.com/yGEHWoki62
— Kick Off (@KickOffMagazine) October 9, 2022
Percaturan Galtier tidak berjaya ketika menentang Reims dan Galtier merujuk Mbappe sebagai ‘anak yatim’ dalam serangan, berseorangan dan tidak bertaring tanpa Messi dan Neymar.
“Apabila Messi atau Neymar tidak bermula dengan jelas ia akan mengubah cara kami bermain dan boleh menyebabkan kami mungkin kehilangan bola yang membawa kepada beberapa kesukaran dan memberikan keyakinan kepada pihak lawan,” kata pengendali berusia 56 tahun itu kepada laman web rasmi Ligue 1.”
“Kylian Mbappe kelihatan seperti anak yatim piatu tanpa Leo dan Ney, seperti yang saya duga. Saya fikir ia mungkin berubah apabila permainan berlangsung.”
Paris Saint-Germain (PSG) head coach Christophe Galtier has slammed Kylian Mbappe for his underwhelming performance against Stade de Reims in the absence of Lionel Messi and Neymar. https://t.co/u2DI50fgTK
— Sportskeeda Football (@skworldfootball) October 9, 2022
Situasi tanpa Messi dan Neymar ini sebenarnya sudah dijangka oleh Galtier namun tidak mahu menyakiti hati pemilik bersama PSG itu jika dinyatakan hakikat sebenar sebelum perlawanan.
Christope Galtier menjelaskan Neymar tidak bermula dari kesebelasan utama kerana mahu memberikannya rehat selepas terlibat dalam banyak aksi.
“Ney tidak memulakan perlawanan kerana dia banyak bermain baru-baru ini. Jelas sekali, apabila dia muncul, kami melihat betapa baiknya hubungan mereka dan itulah sebabnya persembahan separuh masa kedua kami lebih baik walaupun kami berkurangan kepada 10 pemain.”
Christophe Galtier tanpa berselindung telah memuji kehebatan Neymar walaupun masuk untuk baki 30 minit permainan dengan 10 orang pemain yang nyata memberi impak.
“Malangnya, Ney sedikit tersasar dalam situasi satu lawan satu. Kylian menentang penjaga gol yang melakukan penyelamatan yang padu. Itulah sebabnya, walaupun kita tidak boleh berpuas hati dengannya.”
🗣️Christophe Galtier after yesterday’s game :
“Mbappé was a bit alone and lost due to the absence of Leo and Ney from the start. I noticed and had to bring on Ney during the match”#PSG🔴🔵 pic.twitter.com/POB9L68q2e
— PSG Chief (@psg_chief) October 9, 2022
“Kad merah (dari Ramos pada minit ke-41) menghukum tetapi ia bukan yang menyebabkan separuh masa pertama kami lemah. Kami memerlukan lebih banyak variasi dalam permainan kami.”
“Saya mendapati pasukan saya lebih baik. Kami bermain lebih baik, lebih banyak pergerakan, lebih lancar. Kami mencipta peluang pada separuh masa pertama dan pada separuh masa kedua.”
“Kami melakukan lebih banyak gerakan tetapi penghujung perlawanan adalah sangat sukar untuk semua orang dan kami boleh menyesalinya kerana kami perlu menjadi lebih baik daripada itu.”
Major controversy in France tonight over Kylian Mbappé’s now deleted Instagram story with the hashtag “pivot gang” following PSG’s 0-0 draw with Reims.
Mbappé recently explained his preference for playing alongside a target man, like Giroud, rather than being the centre forward. pic.twitter.com/ivqk4uwiwt
— Get French Football News (@GFFN) October 9, 2022
Keputusan seri itu nyata mengecewakan Mbappe dan memilih media sosial untuk meluahkan perasaan di Instagram melalui fungsi story.
Mbappe menyiarkan gambar dirinya dengan hashtag ‘geng pivot’. Menurut Get French Football News, itu merujuk kepada pemain antarabangsa Perancis itu tidak mahu bermain di depan secara bersendirian.
Mungkin kenyataan dari Galtier ini telah membuatkan Mbappe terasa hati lalu menggunakan laman Instagramnya untuk menyindir tetapi telah memadam story itu.
Sikap meninggi diri Mbappe semakin menjadi-jadi dan menimbulkan kerisauan ramai kerana sifat sebegitu boleh membawa kejatuhan kepada mana-mana pemain bola sepak.