Gary Neville pernah sekali mencuba untuk meyakinkan legenda Liverpool, Steven Gerrard untuk menyertai Manchester United ketika mereka sedang bersama-sama menjalani tugasan antarabangsa bersama skuad kebangsaan England.
Walau bagaimanapun, Neville mendedahkan yang perbualan antara beliau bersama Steven Gerrard itu tersangatlah pendek.
Dalam satu episod berkait perpindahan pemain di siaran Monday Night Football, bekas bintang setan merah, Gary Neville yang pernah membuat lebih 600 penampilan untuk United bercakap tentang kisah antara beliau bersama Gerrard.
"Imagine that, imagine Gary Neville robbing your mate!" 😢
Steven Gerrard sounds a bit jealous of @Carra23 and @GNev2 🤣💔 pic.twitter.com/A4ZOuUGUh4
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) January 22, 2022
Bersama Jamie Carragher, Neville mendedahkan yang beliau pernah cuba memujuk Steven Gerrard agar menyertai Manchester United.
Video di bawah merupakan klip rakaman bagaimana Gary Neville mendedahkan kisah tersebut di acara Monday Night Football.
This story about the time @GNev2 tried to convince Steven Gerrard to sign for Man Utd is absolute gold 😂
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) January 25, 2022
Pada tahun 2004 yang lalu ketika sedang beraksi dalam saingan Euro, Neville telah mencuba memujuk Steven Gerrard agar menyertai Manchester United.
Dalam autobiography beliau, Neville menulis:
“Steven Gerrard tidak diragukan lagi sememangnya pemain berkelas dunia dan saya berharap saya akan dapat bermain bersamanya untuk Man Utd. Saya ada misi khas ketika Euro 2004 ketika saya tahu Chelsea sedang mencuba mengambil kesempatan terhadap situasi Liverpool yang sedang bergolak.”
“Marilah beraksi bersama Man United,’ saya pernah katakan itu kepada Steven Gerrard ketika kami masih berada di hotel. ‘peminat akan menerima kamu dalam jangka masa yang singkat.’ dia cuma ketawa dan kata, ‘Saya akan lakukan itu kalau kamu pergi ke Anfield.”
Gerrard sendiri pernah mengesahkan tentang dakwaan tersebut dalam buku autobiography miliknya pada 2015 yang lalu dengan menulis:
Think we can all roughly guess what Stevie would have said 😂 #LFC https://t.co/Vmcf9YRIEw
— Empire of the Kop (@empireofthekop) January 25, 2022
“Ejen saya, Struan Marshall, beritahu saya hal itu, di bawah Fergie, United ada beberapa kali mencuba untuk menandatangani saya.”
Jelas Gerrard.
“Gary Neville sendiri berusaha memujuk saya ketika kami bersama skuad kebangsaan England. Dia datang berbual dengan saya dan beritahu saya bagaimana United benar-benar mahukan saya untuk bermain bersama mereka. Gary beritahu saya yang Fergie yang hantar dia.”
Hal itu sudah sedia maklum yang Sir Alex Ferguson sebenarnya telah berusaha melakukan segala yang beliau mampu untuk mendapatkan khidmat Steven Gerrard ke bumi Old Trafford.
Beliau sememangnya berminat untuk mendapatkan khidmat Gerrard sebagai pengganti kepada Roy Keane pada awal tahun 2000 yang lalu.
Bahkan, beliau turut menawarkan kontrak selama tiga tahun bersama United kepada Steven Gerrard, namun The Athletic melaporkan yang pemain kelahiran Merseyside itu menolak segala tawaran dari United.
Steven Gerrard 🤝 Sir Alex Ferguson
The most unlikely of friendships. pic.twitter.com/6es3KNZeOk
— ESPN FC (@ESPNFC) May 12, 2021
Ferguson juga pernah mencetuskan kontroversi dengan beliau mengeluarkan dakwaan bahawa Steven Gerrard sebenarnya bukanlah pemain terbaik dalam buku autobiography miliknya, dan hal itu sangat mengejutkan bekas bintang Liverpool.
“Pada tahun 2004, Ferguson pernah memanggil saya sebagai pemain paling berpengaruh di England, jauh mengatasi yang lain, dan dia juga pernah mengatakan yang sesiapa sahaja sangat teruja andai memiliki Gerrard dalam pasukan mereka.”
“Jadi saya sedikit kecewa dan terkejut kerana 13 tahun selepas itu, Ferguson dalam buku autobiography miliknya beliau menegaskan yang saya bukanlah pemain terbaik.”
“Tidor saya langsung tidak terganggu tapi saya cuma terkenang sahaja semua pujian dari dia sebelum ini.”
Gary Neville says Steven Gerrard was 'not that loyal' during Man Utd transfer talkshttps://t.co/HQfSp0r1Az pic.twitter.com/O54KmeoMmw
— Daily Star Sport (@DailyStar_Sport) January 25, 2022
Sejak dari quotes itu tersebar, kedua-dua Gerrard dan Ferguson menjadi sahabat baik. Bahkan Gerrard baru-baru ini mengakui yang bekas pengurus Man Utd itu banyak membantu beliau ketika kariernya sebagai pengurus Rangers.
“Saya akan beritahu kamu sedikit rahsia, saya ada beberapa perbualan bersama dia.”
Jelas Gerrard selepas memenangi anugerah khas sebagai pengurus terbaik tahunan Scotland pada tahun lalu.
“Sejak saya bersara, kami telah mengetepikan perseteruan kami dan dia ada berkomunikasi dengan saya menerusi panggilan telefon untuk bantu saya dalam beberapa hal berkait pengurusan di sini bersama Rangers.”
Gary Neville gushes over 'absolutely outstanding' Aston Villa boss Steven Gerrard. #AVFC https://t.co/z1W9BHn1Ys
— Aston Villa News (@AVFC_News) January 24, 2022
“Dia memang menakjubkan dalam perbualan itu. Ada satu titik saya sangat berharap untuk dapat peluang duduk bersama dengan dia minum kopi. Dia bersetuju untuk itu kerana pada sudut pandangan dia, dia sebelum ini tak perlu peduli tentang saya kerana perseteruan kami.”
Sumber: SPORTbible