Kisah ahli politik bertelagah dan berperang mulut di sidang parlimen adalah sesuatu yang biasa malahan ada yang tidak berpuas hati telah menyerang lawan masing-masing dan bertumbuk di dewan.
Di Brazil, dua ahli politik ini sangat ‘gentleman’ apabila tidak mahu bertumbuk di dewan persidangan lalu memilih jalan yang agak diluar kotak fikiran orang politik.
Dua ahli politik Brazil iaitu Datuk Bandar dan bekas anggota Majlis Bandaraya Kota Borba, yang bertelagah mengenai projek pelancongan di kota tersebut yang melibatkan pembinaan taman tema air.
Akibat bosan bertikam lidah dan sindir menyindir di media sosial, maka kedua duanya memutuskan bertarung tiga pusingan mengikut format seperti pertarungan MMA digelanggang oktagon (tapi macam petak je).
Satu kaedah yang boleh dianggap penyelesaian cara jantan sebenar berbanding dengan ahli politik lain yang hanya tahu menyerang antara satu sama lain melalui pendapat dan kata-kata fitnah.
Pertarungan MMA (sukan tempur campuran) di antara Simão Peixoto, Datuk Bandar Borba yang berusia 39 tahun dengan Lawannya ialah Erineu Alves Da Silva, seorang lelaki berusia 45 tahun yang aktif dalam majlis pentadbiran tempatan telah berlangsung hujung minggu lalu.
Difahamkan bahawa media telah menyerang antara satu sama lain selama berbulan-bulan. Ianya berkenaan dengan skim pembiayaan projek pelancongan air di bandar kecil itu.
Perang pendapat pada mulanya muncul dalam liputan akhbar, dan masing masing terus mempersendakan antara satu sama lain melalui media sosial, dan memuncak dengan undangan untuk bertumbuk antara satu sama lain.
Idea untuk mereka bertarung dalam disiplin dan peraturan seni pertahanan diri campuran itu mulai muncul daripada penyokong mereka yang menganggap ini satu jalan terbaik.
Idea itu dikatakan pertama kali muncul pada September 2021, apabila Silva sedia untuk berdepan dengan sesiapa sahaja yang tak puas hati dengannya termasuk bertumbuk – seperti yang dilaporkan oleh Guardian.
Silva telah menggelar Datuk Bandar sebagai “tokoh penyangak”, kerana gagal menyediakan bajet untuk projek pelancongan air di salah satu sungai terbesar yang mengalir melalui Bandar Borba.
Dia mempersoalkan di mana peruntukan kerajaan selama ini? Namun Peixoto menjelaskan bahawa dia tidak menyimpan wang itu kerana dana untuk projek memang tidak ada.
Silva berterusan mengejek Datuk Bandar tersebut/ Peixoto, yang tidak tahan dengan ejekan berterusan Silva, akhirnya menerima cabaran agar mereka bertumbuk.
Tetapi dia memberikan syarat standard untuk pergaduhan mereka diadakan di gelanggang dan diawasi oleh pengadil profesional. Sebabnya, “Saya Datuk Bandar, bukan samseng jalanan,” kata Peixoto.
Pergaduhan antara kedua-duanya akhirnya diadakan pada awal pagi Ahad, 12 Disember lalu. Acara pertarungan bebas itu berlangsung di salah satu dewan sekolah menengah, malah disiarkan melalui strim langsung di akaun Facebook rasmi Datuk Bandar.
Kedua-dua ahli politik itu memasuki gelanggang pada pukul 02.30 pagi, disambut dengan sorakan ribuan penduduk yang datang menyaksikan ahli politik sebenar bergaduh.
Ya mirip kepada cerita Labu Labi di mana kedua duanya bertinju pada lewat malam.
Dalam rakaman video pergaduhan mereka yang tersebar di Internet, Datuk Bandar Peixoto boleh dilihat menghampiri Silva di gelanggang, sambil membuat isyarat mahu mengelar leher lawannya itu.
Sepanjang pusingan awal, Silva secara konsisten menyerang Datuk Bandar dengan tendangan kaki.
Peixoto berjaya menyekat tendangan, dan sempat melepaskan tumbukan tangan kanan yang keras, lalu lawannya telah ditumbangkan.
Prefeito leva briga política para luta de MMA e apanha de ex-vereador
Políticos do AM subiram no ringue na madrugada deste domingo (12/12). O prefeito de Borba, Simão Peixoto, apanhou, mas foi apontado vencedor
Leia: https://t.co/o3aVNtPCuc pic.twitter.com/VsgCbn6pdm
— Metrópoles (@Metropoles) December 13, 2021
Datuk Bandar itu secara agresif cuba menewaskan lawannya yang terbaring di atas tikar gelanggang. Tanpa diduga, Silva mendapat momentum untuk menyerang balik, dan berjaya menumbuk muka Datuk Bandar.
Jelas sekali kedua duanya sudah memasuki kelas MMA sebelum bertarung di sini. Namun kedua duanya berdepan dengan masalah stamina dan keletihan pada pusingan kedua.
Di mana masing masing hanya mampu menumbuk dan menendang dengan longlai.
Menurut penonton yang menyaksikannya, Silva lebih unggul dalam dua pusingan terakhir. Bagaimanapun, dari kiraan juri, ternyata Datuk Bandar Peixoto telah diisytiharkan sebagai pemenang.
Penonton serta media massa tempatan terkejut dengan keputusan ini.
Mereka menuduh pengadil telah makan suap ataupun memihak kepada Datuk Bandar yang masih ada kuasa berbanding dengan ahli majlis perbandaran yang memperjuangkan pembangunan bandar tersebut.
“Datuk bandar sebenarnya telah dipukul dengan teruk,” tulis Fato Amazônico, sebuah laman berita tempatan.
Penulis artikel itu tidak dapat memahami mengapa Silva boleh dianggap “kalah dalam kiraan mata”.
Walaupun keputusan akhir pertarungan itu dianggap kontroversi, kedua-dua ahli politik itu nampaknya telah berdamai.
Peixoto dan Silva berpelukan antara satu sama lain dan berjabat tangan selepas perlawanan.
Silva menerima keputusan pengadil dan nampaknya mereka tidak lagi akan menyerang antara satu sama lain kerana projek itu tergendala itu.
Kerana menurut Silva, jantan sebenar akan menerima kekalahan dan dia menunaikan janjinya untuk tidak mempertikaikan lagi projek itu.
Sumber: Axello.net