Philippe Coutinho berkemungkinan akan kembali bekerjasama dengan bekas rakan sepasukannya, Steven Gerrard yang kini sedang mengendalikan Aston Villa.
Menurut sumber laporan dari media Brazil, COPE yang melaporkan bahawa rundingan untuk mendapatkan Coutinho sebagai pemain pinjaman sedang berlaku antara Barcelona dan Aston Villa pada ketika ini.
Aston Villa berminat untuk membawa Coutinho kembali ke saingan Premier League sehingga penghujung musim nanti.
Negotiations are reportedly ongoing between Barcelona and Aston Villa over a loan deal for Philippe Coutinho #AVFC https://t.co/RcyXfhnuf9
— talkSPORT (@talkSPORT) January 5, 2022
Coutinho merupakan pemain ketiga termahal dalam sejarah dunia bola sepak, dengan Barcelona membayar £142 juta kepada Liverpool pada tahun 2018 lalu untuk mendapatkan khidmatnya.
Pemain kebangsaan Brazil itu walau bagaimanapun sukar untuk mendapatkan rentak persembahan terbaiknya sejak dari awal beliau ditandatangani oleh gergasi Catalan itu.
Beliau sama sekali tidak mampu mempamerkan aksi persembahan sehebat yang beliau persembahkan ketika masih beraksi bersama Liverpool sebelum itu.
Sejak dua musim kebelakangan ini, Coutinho hanya mampu membuat 30 penampilan sahaja untuk Barcelona, dengan pihak kelab kini sudah benar-benar bersedia untuk melepaskan beliau.
Aston Villa boss Steven Gerrard is a huge admirer of the Barcelona midfielder.#avfc #bbcfootball
— BBC Sport (@BBCSport) January 5, 2022
Coutinho berjaya memenangi gelaran treble ketika beliau beraksi sebagai pemain pinjaman bersama Bayern Munich pada tahun 2020 yang lalu.
Walau bagaimanapun, Bayern Munich memilih untuk memulangkan semula Coutinho kepada Barcelona, kerana mereka tidak percaya sepenuhnya kepada bintang yang menerima gaji tertinggi di Nou Camp itu.
Pemain berusia 29 tahun itu juga sebelum ini hangat dikaitkan dengan bakal membuat kemunculan semula dalam saingan Premier League.
Arsenal, Newcastle dan Tottenham Hotspur merupakan antara pasukan yang benar-benar berminat untuk mendapatkan khidmatnya, namun Aston Villa lebih berpotensi untuk menamatkan rundingan.
Penyampai talkSPORT, Tony Cascarino turut menyokong Coutinho untuk sertai Aston Villa, dan bermain di bawah kendalian bekas rakan sepasukannya, Steven Gerrard.
Steven Gerrard on Coutinho’s departure at the time. #LFC pic.twitter.com/JXR2fGMgQq
— The Anfield Talk (@TheAnfieldTalk) January 5, 2022
Coutinho telah ditandatangani oleh Liverpool dengan yuran perpindahan bernilai £8.5 juta dari Inter Milan pada tahun 2013 yang lalu.
Beliau berjaya merekodkan 41 gol dan turut mencatatkan 35 assists dari 152 penampilan dalam saingan Premier League sepanjang kariernya di Anfield.
Pemain midfield versatile itu berjaya menempatkan dirinya dalam kesebelasan utama Liverpool ketika era kendalian Brendan Rodgers pada musim 2013/14.
Beliau berjaya membantu Liverpool untuk hampir sahaja memenangi gelaran Premier League pada ketika itu.
Dan beliau pada ketika itu cemerlang mencipta gandingan super mantap bersama pengurus Aston Villa, Steven Gerrard yang ketika itu merupakan ketua pasukan Liverpool.
Gerrard querendo menino Coutinho pra jogar ao lado de Douglas Luiz!
É muito fan service junto! Tá louco! kkkk#YNWA https://t.co/YKYrcwrUvB
— Andy Allah (@allah_andy) January 5, 2022
“Agak mustahil untuk bertahan ketika berdepan dengan dia.”
Jelas Gerrard pada tahun 2017 yang lalu.
“Ketika saya berdepan dengan dia dalam sesi latihan, saya betul-betul benci hal itu. Ketika saya bermain dengan pasukan lawan dalam perlawanan 5 vs 5, saya tidak akan menghampiri dia.”
“Kadang kala, saya pernah kata pada dia, ‘jauhkan diri dari saya,’ kerana dia ada kemampuan untuk malukan kamu.”
“Jika dia bangunkan kamu, dia sebenarnya boleh pergi ke dua-dua arah, dia ada pusat graviti yang rendah, dia sangat tajam, dia boleh lakukan segalanya dengan pantas, dan dia akan ada dua ke tiga langkah mengatasi pertahanan lawan, dia sangat bijak.
Gerrard turut memuji bintang Brazil itu ketika beliau melengkapkan perpindahan menyertai Barcelona.
Gerrard e Coutinho juntos de novo? Seria bem interessante para o jogador e para o Aston Villa… pic.twitter.com/bnnWmDVN18
— Fernando Campos (@FCamposoficial) January 5, 2022
Yang mana Gerrard pada ketika itu mengakui yang beliau kecewa dan sangat sakit melihat Coutinho pergi, dan turut mengucapkan terima kasih kepada bintang Brazil itu atas segala sumbangannya di Anfield.
“Ia sangat menyakitkan kerana kamu sudah kehilangan seorang pemain yang sangat istimewa.”
Tulis Gerrard di laman instagram miliknya pada ketika itu.
“Saya harap kamu dan keluarga kamu terus maju jaya dalam karier kamu di Barcelona selepas ini.”
Pujian itu telah membuatkan Coutinho beremosi dan turut mengucapkan terima kasih kepada Gerrard kerana banyak membantu beliau ketika kariernya di Anfield sebelum itu.
“Steve, terima kasih banyak-banyak atas kata-kata indah dari kamu.”
Tulis Coutinho sebagai jawapan balas atas muat naik Gerrard.
“Ia merupakan satu kebanggaan untuk saya dapat bermain bersama seorang legenda seperti kamu.”
“Banyak saya belajar dari kamu baik dalam padang, luar padang, kehidupan peribadi saya dan kehidupan keluarga saya.”
“Terima kasih untuk segala sokongan dan bimbingan yang kamu ajarkan sepanjang karier saya bersama Liverpool.”
Steven Gerrard makes 'personal call' to Philippe Coutinho as Aston Villa chase transferhttps://t.co/wjMsyy9cZa pic.twitter.com/M8ousSRYZA
— Mirror Football (@MirrorFootball) January 5, 2022
Gerrard kini tampil mendedahkan yang beliau sangat berminat untuk mendapatkan Coutinho dan beliau sendiri sudah mula melakukan rundingan dengan Barcelona.
Sumber: talkSPORT