Giroud & Hazard Berganding Bahu ‘Meracun’ Nabil Fekir Supaya Sertai Chelsea,

Penyerang antarabangsa Perancis, Olivier Giroud menggesa rakan senegaranya, Nabil Fekir supaya menyertai Chelsea dan beliau juga mendedahkan Eden Hazard terlibat sama dalam usaha memujuk Fekir supaya datang ke Stamford Bridge.

Giroud dan Hazard cuba memujuk Nabil Ahmad menyertai Chelsea

Fekir yang bermain untuk Olympique Lyon hampir menyertai Liverpool sebelum bermulanya Piala Dunia 2018 tempoh hari, tetapi perbincangan di antara kedua belah pihak gagal menemui kata sepakat pada saat terakhir.

Lyon pada mulanya bersetuju dengan tawaran berjumlah £60 juta daripada Liverpool dan pemain terbabit sudah pon melakukan pemeriksaan perubatan bersama Liverpool. Walau bagaimanapun, Lyon mengumumkan perpindahan ini tidak akan diteruskan atas sebab-sebab yang tidak didedahkan.

Tetapi menurut beberapa sumber dari Perancis, Liverpool membatalkan niat mereka untuk mendapatkan Fekir kerana risau dengan rekod kecederaan pemain tersebut. Tidak lama kemudian, Fekir dikaitkan pula dengan Real Madrid tetapi presiden Lyon, Jean-Michel Aulas mendakwa Fekir mungkin akan kekal di Ligue 1 selama satu musim lagi.

Giroud yakin gandingan Nabil-Jirud bakal menjadi gandingan yang merencik hawau. Anda setuju ?

Selepas mengetuai Lyon menduduki tempat ke-3 dalam saingan Ligue 1 musim lepas, penyerang berusia 25 tahun ini telah menarik perhatian beberapa kelab ternama di sekitar Eropah seperti Liverpool, Real Madrid dan Chelsea. Fekir berjaya menjaringkan 18 gol secara keseluruhan, satu pencapaian yang cemerlang bagi seorang pemain yang beraksi sebagai attacking midfielder.

Rakan sepasukan Fekir di peringkat antarabangsa, Giroud yakin beliau dan Fekir mampu membentuk gandingan maut di Stamford Bridge.

“Saya bercakap dengan Fekir ketika kami berada dalam pasukan kebangsaan Perancis. Pada masa yang sama, perpindahan beliau ke Liverpool terbatal.”

“Selepas itu, Chelsea mula menunjukkan minat terhadap Fekir. Sampaikan Eden Hazard juga ada bercakap dengan Fekir bagi memujuknya menyertai Chelsea.”

“Kami akan mengalu-ngalukan Fekir ke dalam pasukan ini, beliau seorang pemain yang hebat. Saya tidak tahu sama ada ia hanya satu berita tetapi pintu jendela perpindahan akan ditutup pada hari Khamis ini.”

Chelsea hanya membuat satu perpindahan penting dalam jendela perpindahan musim panas ini, membawa masuk pemain tengah Itali, Jorginho dari Napoli. Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri mengakui beliau berharap Chelsea akan membawa masuk seorang lagi pemain tengah sebelum pintu ditutup esok.

Sekiranya perpindahan Fekir ke Chelsea gagal menjadi kenyataan, Chelsea masih mempunyai satu pelan backup iaitu Mateo Kovacic dari Real Madrid. Kovacic sudah menyatakan niatnya kepada Real Madrid yang beliau ingin berhijrah kerana mahu mencari waktu permainan yang lebih kerap.

Liverpool gusar dengan rekod kecederaan Fekir, lantas membatalkan perjanjian pada saat akhir

Real Madrid mungkin menggunakan Kovacic sebagai ‘penyedap’ kepada Chelsea supaya melepaskan Thibout Courtois ke Santiago Bernabeu. Hati Courtois tidak lagi berada di London dengan laporan melaporkan beliau gagal melaporkan diri ke padang latihan Chelsea untuk dua hari berturut-turut.

Anak buah Sarri akan memulakan kempen Liga Perdana Inggeris musim ini dengan membuat kunjungan ke Huddersfield Town sebelum melayan seteru setempat, Arsenal pada minggu yang seterusnya.

BACA:  Chelsea Yakin Dapatkan Haaland