Gol Ajaib Bekas Pemain Liverpool Dari Sudut Sukar

Bekas pemain kelab paling hebat di muka bumi, Liverpool, Iago Aspas telah menjaringkan gol ajaib yang sangat menakjubkan lantaran jaringan itu terhasil daripada satu sudut yang sukar untuk menjaringkan gol.

Bekas pemain Liverpool itu kini beraksi bersama kelab La Liga, Celta Vigo dan jaringan penuh keajaiban itu telah dilakukan dalam perlawanan menentang Real Valladolid.

Iago Aspas membuka tirai jaringan perlawanan selepas berjaya melepasi perangkap offside dengan satu larian solo dengan satu pecutan yang laju meninggalkan pemain lawan.

Sedikit sentuhan daripada pemain pertahanan Real Valadolid, Bruno Gonzalez dan terkaman penjaga gol, Roberto menyebabkan larian Iago Aspas terganggu.

Iago Aspas berjaya lepas dari terkaman Roberto dengan licinya namun menyebabkan beliau berhampiran garisan gol di tepi gawang di mana sudut untuk melakukan jaringan sangat sempit dan sukar.

Ketika bola sekaki sahaja dari garisan gol, Iago Aspas membuat satu percubaan yang menyebabkan bola berpusing dan melencong ke dalam gawang.

Namun jaringan ajaib Iago Aspas itu gagal untuk memberi kemenangan kepada Celto Vigo apabila Sergi Guardiola menjaringkan gol penyamaan melalui sepakan penalti memaksa kedua-dua pasukan berkongsi mata.

Tetapi jaringan tersebut nyata membuatkan jurulatih Real Valladolid, Sergio González Soriano tekesima dan terkaku di tepi padang saat kamera merakam reaksi jurulatih itu di bangku simpanan.

Penajga gol Real Valladolid juga seakan tidak percaya dengan jaringan tersebut kerana telah berjaya memaksa Iago Aspas ke sudut yang hampir mustahil untuk gol dijaringkan.

Iago Aspas Juncal merupakan produk telah memulakan kariernya bersama Celta Vigo sejak dari kecil lagi dan mula bermain bersama skuad utama pada musim 2007/08 yang ketika itu bermain di Segunda Divisyen.

Pada musim 2012/13 Iago Aspas telah berjaya membantu Celta Vigo naik ke La Liga dan beliau membuat debut di La Liga pada 18 Ogos 2012 dan sejak musim itu Celta Vigo masih kekal di La Liga hingga kini.

Aksi Iago Aspas menarik minat Brendan Rodgers dan melamar pemain penyerang itu untuk bersama Liverpool dengan yuran perpindahan antara £7–9 juta dengan memakai jersi nombor 9.

Iago Aspas menjadi pilihan kedua dibelakang Philippe Coutinho, Raheem Sterling, Daniel Sturridge dan Luis Suarez. Kemasukan Aspas membolehkan Liverpool menamatkan saingan di tempat kedua.

Kalaulah Steven Gerrard tak tergelincir….

Musim 2014 Iago Aspas kembali ke La Liga apabila dipinjamkan ke Sevilla dan pada 2015 beliau kembali bersama Celta Vigo dan masih kekal hingga artikel ini ditulis.

Iago Aspas telah bersama Celta Vigo selama 11 musim dan telah melakukan 346 penampilan dalam perlawanan rasmi serta menjaringkan 152 gol.

BACA:  Lima Jurulatih Dipecat Dek Alasan Yang Unik dan Pelik