Cristiano Ronaldo Cabang Malaysia, Mohamad Faisal Abdul Halim telah menjaringkan gol yang jahat untuk gol pembukaan Harimau Malaya dengan menutmeg penjaga gol Thailand, Kittipong Phoothawchuek.
Gajah Perang ternyata garang dan mahukan gol awal secepat mungkin apabila terus menekan dan melancarkan serangan sejak awal dan menghadirkan beberapa percubaan bahaya untuk tempoh 5 minit pertama.
Thailand mempamerkan permainan yang compact menyukarkan Harimau Malaya melakukan gerakan, namun hantaran merentasi padang dari Sharul Nazeem Zulpakar mencari
Ruventhiran A/l Vengadesan membelah pertahanan Thailand.
Through the keeper's legs, signed by @faisalhalim_7 ๐ฒ๐พ#AFFMitsubishiElectricCup2022 | #BeTheGameChanger | #MASvTHA pic.twitter.com/7SzhkZNBB9
โ AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) January 7, 2023
Ruventhiran A/l Vengadesan terus melakukan tandukan ke tengah kotak dan Mohamad Faisal Abdul Halim pantas menyambar dengan satu libasan penyudah jahat menutmeg penjaga gol Thailand, Kittipong Phoothawchuek.
Mohamad Faisal Abdul Halim meraikan jaringan pembukaan pada minit ke-11 dengan keraian โSiuโ sebanyak tiga kali dan laungan โSiuโ ekor Harimau Malaya menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil.
Menurut Asmawi Bakiri, jaringan yang dihasilkan oleh Faisal Halim ini adalah hasil daripada latihan yang diterapkan oleh Kim Pan Gol dan diterjemah sebagai jaringan dalam perlawanan sebenar.
AFF Mitsubishi Electric Cup | Semi Final 1 | 1st leg
Keputusan semasa:
Malaysia ๐ฒ๐พ 1 โ 0 ๐น๐ญ Thailand
Faisal Halim 11'
Saksikan semua perlawanan AFF Mitsubishi Electric Cup secara langsung hanya di Astro!#HariHariMauMenang#JomTunjukBelang pic.twitter.com/krtFQxnCFv
โ ASTRO ARENA (@ASTROARENA) January 7, 2023
Thailand terus menguasai perlawanan dengn permainan kemas mereka namun kecuali jaringan gol, Safawi Rasid mencuba dari kawasan sendiri selepas melihat Kittipong Phoothawchuek keluar dari posisi namun percubaannnya sedikit tersasar.
Minit ke-28 Malaysia hampir menggandakan kedudukan, apabila lorongan cantik Faisal Halim gagal disudahkan oleh Quentin Cheng yang melakukan percubaan melepasi palang ketika hanya berdepan Kittipong Phoothawchuek sahaja.
Sejak tahun 2014, skuad Gajah Perang yang sentiasa konsistensi dan lebih kuat dari Harimau Malaya tidak pernah mencatatkan kemenangan di Stadium Nasional Bukit Jalil, mampukah mereka menghapuskan badi itu?
Malaysia dan Thailand sebelum ini pernah bertemu sebanyak 112 kali di mana Harimau Malaya telah mencatatkan 41 kemenangan, 37 kekalahan dan 34 kali seri.
Kemenangan terakhir Thailand ke atas Malaysia daripada permainan terbuka adalah pada Kejohanan AFF 2014 (2-0). Pada September 2022, Gajah Perang berjaya mengatasi Harimau Malaya menerusi penentuan sepakan penalti berikutan keputusan seri 1-1.
Ini merupakan penampilan pertama Malaysia di separuh akhir Kejohanan AFF sejak 2018, manakala bagi Thailand, ia adalah yang keenam berturut-turut.
Thailand menjaringkan gol terbanyak (13) dalam peringkat kumpulan. Gajah Perang telah mengekalkan tiga rekod bersih dalam enam perlawanan terakhir mereka, manakala Malaysia mempunyai empat dalam tempoh yang sama.
๐ #MASvTHA ๐ฆ๐ง๐๐ฅ๐ง๐๐ก๐ ๐ซ๐๐
๐ฒ๐พ Malaysia ๐ Thailand ๐น๐ญ
Our second semi-final tie is set to get underway soonโฆ
How will this one go? ๐#AFFMitsubishiElectricCup2022 | #BeTheGameChanger pic.twitter.com/e85YiCrQyB
โ AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) January 7, 2023
Kesebelasan utama Malaysia:
Ahmad Syihan Hazmi, Quentin Cheng Jiun-ho, Dominic Tan, Sharul Nazeem Zulpakar, Ruventhiran A/l Vengadesan, Stuart John Wilkin, Brendan Gan, Lee Andrew Tuck, Muhammad Safawi Rasid, Mohamad Faisal Abdul Halim, Darren Lok.
Pemain Simpanan:
Kalamullah Al-hafiz Mat Rowi, Muhammad Rahadiazli Rahalim, Nur Shamie Iszuan Amin, Muhammad Fazly Mazlan, David William Rowley, Mohd Nor Hakim Hassan, Sergio Fabian Ezequiel Aguero, Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, Muhammad Haqimi Azim Rosli.
Kesebelasan utama Thailand :
20. Kittipong Phoothawchuek, 2. Sasalak Haiprakhon, 4. Pansa Hemviboon, 12. Kritsada Kaman, 15. Suphanan Bureerat, 6. Sarach Yooyen, 11. Bordin Phala, 17. Ekanit Panya, 3. Theerathon Bunmathan, 8. Peeradon Chamrasamee, 10. Teerasil Dangda.