Ong Kim Swee Yakin Faisal Halim Akan Bantu Malaysia Benam Indonesia

Ong Kim Swee yakin dan percaya kehadiran semula Faisal Halim dan Akhyar Rashid bersama skuad Harimau Malaya akan mencerahkan lagi harapan untuk skuad negara menewaskan Indonesia malam ini.

Faisal Halim turut disenaraikan dalam kesebelasan utama Malaysia bertemu Indonesia malam ini, dengan para peminat sangat berharap beliau akan menghadirkan sesuatu untuk bantu negara mencatatkan kemenangan.

Malaysia turun dengan misi wajib menang dan seandainya mereka sekadar mencatatkan keputusan seri atau tewas, maka skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu bakal tersingkir dari kejohanan AFF Suzuki Cup tahun ini.

Ketika ditemu bual oleh Nadi Arena hari ini, Ong Kim Swee telah meluahkan rasa yakin dan percaya beliau dengan skuad Harimau Malaya hari ini.

Beliau optimis Malaysia bakal mencatatkan kemenangan dan melayakkan diri ke pusingan seterusnya selepas kehadiran dua pemain yang sebelum ini terpaksa diketepikan kerana disahkan positif C0V-19.

Beliau yakin Faisal Halim dan Akhyar Rashid akan memberi impak seperti yang diharapkan dan bakal membantu Harimau Malaya untuk mencatatkan kemenangan.

“Kita tahu pemain-pemain seperti Akhyar, Faisal, Safawi, Arif Aiman, Kita mempunyai pemain-pemain yang cukup kepakaran dan kelajuan di mana untuk mengucar-kacirkan barisan pertahanan Indonesia dan saya percaya kita mampu menjaringkan gol dengan adanya semula Akhyar dan Faisal Halim.”

Jelas Ong Kim Swee.

Bukan hanya Ong Kim Swee, bahkan para peminat di seluruh negara juga turut mengharapkan hal yang sama, dan tidak mahu peristiwa seperti bertemu Vietnam berulang lagi pada hari ini.

Tan Cheng Hoe hari ini menurunkan kesebelasan yang jauh berbeza berbanding kesebelasan dalam tiga perlawanan sebelum ini.

Kesebelasan utama Malaysia bertemu Indonesia

Junior Eldstal kembali dari kecederaan dan telah digandingan bersama Dion Cools di pertahanan tengah, Faisal Halim akhirnya membuat penampilan pertama di Piala AFF 2020.

Hanya Aidil Zafuan sahaja tidak disenaraikan dan Shahrul Saad ada di bangku simpanan, manakala Syafiq Ahmad mengepalai jentera serangan.

Penjaga Gol

Khairul Fahmi Che Mat – Melaka United FC (32 Tahun)

Pertahanan

Dion-johan Cools – FC Midtjylland (25 Tahun)
Junior Eldstal – Chonburi FC (30 Tahun)
Mohd Rizal Mohd Ghazali – Kedah Darul Aman FC (29 Tahun)
Muhammad Syahmi Safari – Selangor FC (23 Tahun)

Tengah

Baddrol Bakhtiar – Kedah Darul Aman FC (33 Tahun)
Muhammad Safawi Rasid – Johor Darul Ta’zim FC (24 Tahun)
Kogileswaran Raj A/l Mohana Raj – Petaling Jaya City FC (23 Tahun)
Arif Aiman Mohd Hanapi – Johor Darul Ta’zim FC (19Tahun)
Mohamad Faisal Abdul Halim – Terengganu FC (23 Tahun)

Penyerang

Muhammad Syafiq Ahmad – Johor Darul Ta’zim FC (26 Tahun)

Pemain Simpanan

Kalamullah Al-hafiz Md Rowi – Petaling Jaya City FC (26 Tahun)
Mohd Khairulazhan Mohd Khalid – Selangor FC (32 Tahun)
Shahrul Mohd Saad – Johor Darul Ta’zim FC (28 Tahun)
Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi – Selangor FC (20 Tahun)
Quentin Cheng Jiun-ho – Penang FC (22 Tahun)
Muhammad Ariff Farhan Md Isa – Kedah Darul Aman FC (25 Tahun)
Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar – Terengganu FC (25 Tahun)
Dominic Tan – Police Tero FC (24 Tahun)
Luqman Hakim Shamsudin – KV Kortrijk (19 Tahun)
Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi – Selangor FC (27 Tahun)
Guilherme De Paula Lucrecio – Johor Darul Ta’zim FC (35 Tahun)
Muhammad Akhyar Abdul Rashid – Johor Darul Ta’zim FC (22 Tahun)

Tidak disenaraikan

Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak – Johor Darul Ta’zim FC (34 Tahun)

Tidak dinafikan kesebelasan ini nampak lebih meyakinkan dan ia juga sepertinya bakal memberi harapan kepada para penyokong yang kita bakal mampu untuk tewaskan musuh tradisi negara itu.

Faisal Halim sendiri sebelum ini turut meluahkan keyakinan beliau untuk berikan yang terbaik dan tidak mahu menjadikan aksi pada malam ini sebagai perlawanan terakhir beliau.

Faisal Halim bertekad bantu Malaysia benam Indonesia

Faisal Halim bertekad mahu melakukan yang terbaik untuk membantu Malaysia mencatat kemenangan bertemu Indonesia nanti dalam usaha untuk melayakan diri ke peringkat separuh akhir.

Beliau telah dilanda nasib yang tidak begitu baik dengan Faisal Halim disahkan positif C0V-19 sebelum aksi perlawanan pertama bertemu Myanmar pada awal bulan lalu.

Beliau kemudiannya terpaksa menjalani sesi kuarantin wajib selama 10 hari seterusnya menyebabkan beliau turut terpaksa dari aksi bertemu Laos dan Vietnam.

Isnin lalu beliau kembali menyertai sesi latihan bersama skuad negara, dengan bintang utama Terengganu itu menyatakan yang beliau sudah 100 peratus bersedia untuk diturunkan beraksi dalam perlawanan bertemu Indonesia nanti.

“Ya saya tak nak anggap ini adalah satu perlawanan terakhir untuk saya ataupun untuk rakan-rakan yang lain, saya dah terlepas tiga perlawanan, sia-sia kalau saya datang selama sebulan tinggal keluarga, tinggal isteri, tinggal anak untuk datang untuk semata-mata bermain satu perlawanan dan pulang.”

“Itu adalah satu yang tidak berbaloi untuk diri saya, ataupun rakan-rakan lain. Apa yang boleh saya katakan, perlawanan Indonesia ini, satu perlawanan yang amat-amat penting untuk kita player dan rakyat Malaysia, yang kita perlu menang dengan apa jua cara sekalipun, kita perlu menang untuk melayakkan diri ke separuh akhir.”

Jelas Faisal Halim dalam satu temu bual bersama Astro Arena.

Beliau kemudiannya menyambung semula dengan menyatakan:

“Ya sudah tentu saya datang sini bukan untuk duduk dalam bilik selama 10 hari, 11 hari, 12 hari kan, saya datang ni untuk mengekalkan prestasi yang terbaik saya daripada tahun ini.”

“Tapi apa yang saya boleh buat, ini semua takdir dan saya terima dengan hati yang terbuka, apa yang perlu saya lakukan sekarang, saya perlu bangun, membuat yang sesuatu yang luar kemampuan dan luar jangkaan orang.”

“Apa yang boleh saya katakan, tiga game yang lepas tu memang saya sangat kecewa dan saya sedih dan saya tak sangka benda ni berlaku di saat-saat yang saya inginkan bermain, di waktu tournament kali ini.”

Melihat kepada persembahan mantap beliau bersama Terengganu FC, Faisal Halim dirasakan antara tonggak terbaik yang boleh digunakan oleh Tan Cheng Hoe untuk aksi bertemu Indonesia selepas ini.

Memandangkan De Paula serba tidak menjadi dan Luqman Hakim sepertinya tidak cukup berani bermain di posisi penyerang utama bersama skuad senior, maka TCH perlu lakukan perubahan.

Mungkin beliau boleh mendengar saranan dari Stanley Bernard yang mencadangkan agar memainkan Safawi Rasid di posisi penyerang utama, serta meletakkan Arif Aiman dan Faisal Halim di kiri dan kanan sayap.

Malaysia wajib menang bertemu Indonesia dengan skuad Garuda pula hanya perlu keputusan seri sahaja untuk membawa mereka ke aksi peringkat separuh akhir.

Indonesia sebelum ini bermain dengan corak permainan ultra defensive dan teknik tersebut ternyata berkesan selepas mereka berjaya mengikat Vietnam seri tanpa jaringan sebelum ini.

Memandangkan mereka hanya memerlukan keputusan seri sahaja bertemu Malaysia, maka tidak hairanlah andai Indonesia akan sekali lagi bermain corak permainan ultra defensive bertemu skuad Harimau Malaya selepas ini.

Selain Faisal Halim, Quentin Cheng dan Dion Cools juga mungkin bakal membuat penampilan pertama mereka ketika beraksi bertemu Indonesia nanti.

Jelas sekali kesemua pemain itu tidak mahu datang untuk sekadar bermain satu perlawanan sahaja, dan tentu sekali mereka akan berusaha sehabis daya untuk membawa Malaysia ke peringkat separuh akhir.

Sumber: Nadi Arena

BACA:  Kelayakan Piala Asia B-23: Malaysia 1-0 Laos