Faisal Halim Bertekad Mahu Bantu Malaysia Benam Indonesia Untuk Ke Peringkat Separuh Akhir

Faisal Halim bertekad mahu melakukan yang terbaik untuk membantu Malaysia mencatat kemenangan bertemu Indonesia nanti dalam usaha untuk melayakan diri ke peringkat separuh akhir.

Beliau telah dilanda nasib yang tidak begitu baik dengan Faisal Halim disahkan positif C0V-19 sebelum aksi perlawanan pertama bertemu Myanmar pada awal bulan lalu.

Beliau kemudiannya terpaksa menjalani sesi kuarantin wajib selama 10 hari seterusnya menyebabkan beliau turut terpaksa dari aksi bertemu Laos dan Vietnam.

Isnin lalu beliau kembali menyertai sesi latihan bersama skuad negara, dengan bintang utama Terengganu itu menyatakan yang beliau sudah 100 peratus bersedia untuk diturunkan beraksi dalam perlawanan bertemu Indonesia nanti.

“Ya saya tak nak anggap ini adalah satu perlawanan terakhir untuk saya ataupun untuk rakan-rakan yang lain, saya dah terlepas tiga perlawanan, sia-sia kalau saya datang selama sebulan tinggal keluarga, tinggal isteri, tinggal anak untuk datang untuk semata-mata bermain satu perlawanan dan pulang.”

“Itu adalah satu yang tidak berbaloi untuk diri saya, ataupun rakan-rakan lain. Apa yang boleh saya katakan, perlawanan Indonesia ini, satu perlawanan yang amat-amat penting untuk kita player dan rakyat Malaysia, yang kita perlu menang dengan apa jua cara sekalipun, kita perlu menang untuk melayakkan diri ke separuh akhir.”

Jelas Faisal Halim dalam satu temu bual bersama Astro Arena.

Beliau kemudiannya menyambung semula dengan menyatakan:

“Ya sudah tentu saya datang sini bukan untuk duduk dalam bilik selama 10 hari, 11 hari, 12 hari kan, saya datang ni untuk mengekalkan prestasi yang terbaik saya daripada tahun ini.”

“Tapi apa yang saya boleh buat, ini semua takdir dan saya terima dengan hati yang terbuka, apa yang perlu saya lakukan sekarang, saya perlu bangun, membuat yang sesuatu yang luar kemampuan dan luar jangkaan orang.”

“Apa yang boleh saya katakan, tiga game yang lepas tu memang saya sangat kecewa dan saya sedih dan saya tak sangka benda ni berlaku di saat-saat yang saya inginkan bermain, di waktu tournament kali ini.”

Melihat kepada persembahan mantap beliau bersama Terengganu FC, Faisal Halim dirasakan antara tonggak terbaik yang boleh digunakan oleh Tan Cheng Hoe untuk aksi bertemu Indonesia selepas ini.

Memandangkan De Paula serba tidak menjadi dan Luqman Hakim sepertinya tidak cukup berani bermain di posisi penyerang utama bersama skuad senior, maka TCH perlu lakukan perubahan.

Mungkin beliau boleh mendengar saranan dari Stanley Bernard yang mencadangkan agar memainkan Safawi Rasid di posisi penyerang utama, serta meletakkan Arif Aiman dan Faisal Halim di kiri dan kanan sayap.

Malaysia wajib menang bertemu Indonesia dengan skuad Garuda pula hanya perlu keputusan seri sahaja untuk membawa mereka ke aksi peringkat separuh akhir.

Indonesia sebelum ini bermain dengan corak permainan ultra defensive dan teknik tersebut ternyata berkesan selepas mereka berjaya mengikat Vietnam seri tanpa jaringan sebelum ini.

Memandangkan mereka hanya memerlukan keputusan seri sahaja bertemu Malaysia, maka tidak hairanlah andai Indonesia akan sekali lagi bermain corak permainan ultra defensive bertemu skuad Harimau Malaya selepas ini.

Selain Faisal Halim, Quentin Cheng dan Dion Cools juga mungkin bakal membuat penampilan pertama mereka ketika beraksi bertemu Indonesia nanti.

Jelas sekali kesemua pemain itu tidak mahu datang untuk sekadar bermain satu perlawanan sahaja, dan tentu sekali mereka akan berusaha sehabis daya untuk membawa Malaysia ke peringkat separuh akhir.

Sumber: Astro Arena

BACA:  Prestasi Syihan Hazmi Hampakan Siam Pukau Peminat Negara