Prestasi Syihan Hazmi Hampakan Siam Pukau Peminat Negara

Syihan Hazmi sedang menikmati hari terbaik dalam kariernya ketika aksi pertama Piala Raja Thailand. Syihan Hazmi menjadi masalah utama buat pasukan tuan rumah yang terpaksa meratapi kegagalan mara ke perlawanan akhir.

Di media sosial, para peminat Malaysia teruja dengan kehebatan penjaga gol muda yang bermain untuk Negeri Sembilan itu.

Malaysia dan Thailand terikat 1-1 untuk aksi 90 minit. Namun dalam penentuan penalti, Syihan menafikan 1 penalti Supachok dan membolehkan Malaysia menang 5-3 dalam penentuan penalti.

Malaysia secara keseluruhannya menunjukkan aksi terpuji di hadapan puluhan ribu peminat pasukan tuan rumah.

Ternyata Thailand tidak beraksi di tahap terbaik mereka. Mungkin kesan daripada kelulusan ganja baru baru ini di negara itu.

Khuzaimi Piee yang berkawal di bek tengah nampak sangat kental. Malaysia di hadapan menerusi jaringan separuh masa pertama oleh Corbin Ong. Dia menampan masuk hantaran silang Safawi Rasid.

Ketika Malaysia sedang berkira kira untuk menang dalam 90 minit. Azam Azih melakukan bentesan di luar kotak penalti pada lewat masa kecederaan. Azam Azih turut dibuang padang kerana kad kuning kedua.

Thailand menggunakan kesempatan terakhir untuk menyamakan kedudukan.

Perlawanan memasuki penentuan penalti. Dan Malaysia berjaya memenanginya dengan skor 5-3.

Namun perhatian kemudian terarah kepada Syihan Hazmi.

Laman sukan terkemuka Astro Arena turut membuat kompilasi ringkas beberapa aksi menyelamat Syihan Hazmi. Beberapa penyelamatan daripada Syihan ternyata berkelas dunia.

Terpaku Paradorn Srichapan di hadapan tv melihat ketangkasan pemain muda Malaysia itu berkawal di hadapan gawang Malaysia.

Akibat terlalu hebat, Hello Jr berkata: “Kita selalu je bergantung kepada Farizal Marlias hampir dalam setiap perlawanan. Namun sekarang ni dah ada pengganti yang sesuai… Syihan Hazmi. Membuat 3 saves dan menyelamatkan 1 penalti juga, Malaysia menang, [tiup, nangis, parti].”

Dengan 3 saves penting dan 1 save menafikan penalti Thailand, Syihan Hazmi dianggap selayaknya menjadi Pemain Terbaik Perlawanan.

Aiman Roshizam berkata: “Tembok besar Syihan, gawang Malaysia ditutup hari Khamis.”

Banyak lagi komen komen yang penuh dengan kata kata rangsangan kepada Syihan Hazmi.

Pakar berita bola sepak Malaysia, T. Avineshwaran menyatakan pujian buat pemain itu yang menurutnya kini merupakan aset berharga Negeri Sembilan.

Anda boleh saksikan rangkuman aksi Malaysia di sini:

BACA:  AFF Bawah-23: Malaysia 1-2 Laos