Faisal , Brendan, Safawi Beri Ceramah Kepada Ultras Malaya Sebagai Tanda Penghargaan

Ketua pasukan Harimau Malaya, Faisal Halim, Brendan Gan dan Safawi Rasid telah menyampaikan ceramah kepada Ultras Malaya sebagai tanda penghargaan kepada sokongan selepas tamat perlawanan.

Dilaporkan lebih 500 Ekor Harimau Malaya turun ke Stadium Thammasat yang terletak di bandar Rangsit, Pathum Thani, Thailand untuk perlawanan separuh akhir kedua.

Faisal Halim yang dilantik menjadi ketua pasukan dalam perlawanan ini mewakili pemain Harimau Malaya, memberikan ucapan di hadapan Ultras Malaya yang telah memuji semangat juang rakan sepasukannya.

Pemain Selangor itu juga menyatakan bahawa mereka semua berada di kejohanan Piala AFF 2022 demi negara, demi lencana di dada walaupun terpaksa mengorbankan cuti dan terpaksa berjauhan dengan keluarga hampir dua bulan.

Faisal berkata:

“Kami mengorbankan masa kami untuk negara. Kami semua berada di sini, tinggalkan keluarga, tinggalkan isteri, tinggalkan anak. Kami datang ke sini untuk kejayaan.”

“Perjuangan kami ikhlas bukan kerana wang ringgit, bukan kerana populariti, tetapi demi negara!”

Faisal Halim kemudian meminta Ultras Malaya memberikan penghargaan dan tepukan kepada pemain Harimau Malaya yang lain yang telah berjuang berhabis-habisan.

Kemudian dia menjelaskan betapa besarnya pengorbanan Safawi Rasid yang meninggalkan isteri sejurus selepas majlis perkahwinan berlangsung.

“Safawi baru sahaja bernikah, namun dia sanggup datang ke sini untuk negara.”

Faisal Halim kemudian memberikan penghormatan tertinggi kepada Brendan Gan yang menurutnya merupakan ‘ketua pasukan’ bagi mereka semua. Walaupun lilitan kapten ada pada Faisal, tetapi Brendan adalah pemimpin sejati tanpa memerlukan sebarang lilitan dilengan.

“Walaupun malam ini saya diamanahkan menjadi kapten, namun Brendan [Gan], saya hormati dia sebagai ketua pasukan kita.”

“Dia baru sahaja menimang cahaya mata, dan dia tetap bersama dengan kita berjuang untuk negara.”

Kemudian Faisal Halim menyerahkan pembesar suara mudah alih itu kepada Brendan Gan bagai menyampai ucapan sepatah dua kata.

“Saya mahu ucapkan terima kasih banyak kerana hadir, maaf kerana gagal membawa pasukan ke final, Harap anda hormati pemain kerana mereka telah mencuba sehabis daya. Terima kasih.” Begitulah lebih kurang ucapan Brendan Gan yang diserikan dengan jeritan.

Kemudian Safawi Rasid dijemput untuk memberi ceramah bagi slot yang seterusnya lalu video berakhir disitu dan sudah pasti Safawi juga mahu mengucapkan terima kasih.

Di Piala AFF 2022, Faisal Halim dan Safawi Rasid merupakan tonggak utama dalam penghasilan gol dan juga bantuan gol di mana Brendan Gan memberi kestabilan di bahagian belakang dengan rakan sepasukan yang lain.

Kim Pan Gon – Salahkan Saya bukannya Pemain

Ketua jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, Kim Pan Gon mengambil tanggungjawab penuh kekalahan Harimau Malaya kepada Thailand dan meminta semua pihak menyalahkan dirinya bukan pemain Harimau Malaya.

Seperti mana kecewanya peminat Harimau Malaya dengan kekalahan ini, Kim Pan Gon ternyata lebih kecewa dan dari raut wajahnya ketika sidang media selepas perlawanan membuktikan segalanya.

Pengendali dari Korea Selatan itu telah mengucapkan tahniah kepada Thailand dan berterima kasih kepada ekor Harimau Malaya yang hadir serta memohon maaf atas kegagalan ini.

“Tahniah kepada Thailand, terima kasih banyak kepada peminat Malaysia yang datang menyokong 90 minit.”

“Saya minta maaf kepada Malaysia kerana gagal membuatkan anda bangga, minta maaf.” Ujar Kim Pan Gon penuh Sugul dan kecewa.”

Jika mahu diikutkan perasaan Kim Pan Gon pasti tidak mahu menghadiri sidang media itu, Kim Pan Gon terharu dengan segala pengorbanan yang telah dilakukan pemain Harimau Malaya.

Ketika ramai pemain yang kononnya terhandal di bumi Malaysia menolak untuk menyarung jersi Harimau Malaya atas alasan diluar kalendar FIFA dan pemain bukan robot, 23 pemain pilihan Kim Pan Gon ini mengorbankan segala rasa letih dan cuti demi lencana di dada.

“Malam ini kami tewas jadi… saya tidak boleh cakap banyak mengenai prestasi pemain Harimau Malaya, saya hargai mereka segala pengorbanan mereka, korbankan cuti dan berjauhan dari keluarga untuk tempoh 50 hari.”

“Satu pengembaraan yang indah bersama mereka, hari ini kami gagal ke final hari ini dan pastinya kami kecewa dan kami akan pulang ke rumah, menebus diri dan akan belajar dari kesilapan.”

Kim Pan Gon nyata terharu dengan para pemainnya yang diibaratkan seperti anjing yang berlari tanpa henti dan terus berjuang hingga ke wisel penamat.

“Anda bahawa para pemain ini beraksi di kejohanan luar kalendar FIFA namun tetap mahu beraksi demi negara. Saya akan berdiri di depan para pemain dan mengambil segala tanggungjawab. Saya akan hadap segala serangan.”

“Semuanya tentang pemain harimau. Saya tiada rungutan untuk pemain, tiada kekesalan. Malam ini mereka lari macam anjing, ikut arahan saya dan lawan sehingga tamat.”

“Semuanya mengenai taktikal, semuanya menyengai line up, starategi dan perubahan pemain jika itu ada masalah itu masalah saya bukan pemain saya.”

“Jika anda mahu saya bercakap mengenai persembahan malam ini itulah jawapannya”

BACA:  Faisal Halim Bertekad Mahu Bantu Malaysia Benam Indonesia Untuk Ke Peringkat Separuh Akhir