Gol Jude Bellingham Dibatalkan Walaupun Tiada Kekasaran dan Dilayangkan Kad Kuning

Gol pemain berusia 17 tahun Borussia Dortmund, Jude Bellingham telah dibatalakan oleh pengadil walaupun tidak melakukan sebarang kekasaran ke atas penjaga gol Manchester City, Ederson Moraes.

Lebih malang apabila kad kuning juga telah dilayangkan kepada Jude Bellingham.

Kevin De Bryune meletakkan Manchester City dihadapan pada minit ke-19 perlawanan dengan satu gerakan menarik yang beliau mulakan dan beliau juga sudahkan.

Pada minit ke-37 gol penyamaan yang dicari-cari Broussia Dortmund akhirnya kunjung tiba selepas kesilapan Ederson Moraes telah dihukum Jude Bellingham.

Pemain Borussia Dortmund membuat satu hantaran yang agak laju untuk dikejar Jude Bellingham dan Edison Moraes keluar dari kawasan gol untuk mendapatkan bola.

Namun sentuhan pertama Ederson Moraes sangat berat dan kelaut dalam memberikan masa yang cukup untuk Jude Bellingham datang menerpa.

Ketika Ederson Moraes sudah panik dan kelam kabut mahu melakukan clearance, Jude Bellingham tiba dan sempat menolak bola dengan ibu jari kakinya.

Sudah terlambat untuk Ederson melakukan clearance dan kaki Jude Bellingham yang disepak, mudah untuk Jude Bellingham menolak masuk ke gawang yang kosong.

Pengadil segera meniupkan wisel dan membatalkan jaringan Jude Bellingham yang melompat sambil berputar lalu memegang kepala tanda tidak percaya.

Ederson Moraes pula memegang kaki kesakitan dan seolah-olah beliau menjadi mangsa kekasaran Jude Bellingham yang langsung tidak menyentuh Ederson.

Kerana tidak berpuas hati Jude Bellingham melakukan protes dan telah dilayangkan kad kuning oleh pengadil.

Di mata pengadil ketika itu menyaksikan Jude Bellingham telah melakukan kekasaran ke atas Ederson dan gol dibatalkan.

Ulang tayang jelas menunjukkan tiada sebarang sentuhan dilakukan oleh Jude Bellingham ke atas Ederson melainkan sentuhan terus kepada bola.

Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.

Jadon Sancho terus berciap di Twitter kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil dan perlu dirujuk kepada VAR.

Sebelum kejadian ini pengadil telah memberikan sepakan penalti kepada Manchester City selepas Emre Can dilihat menyepak lutut Rodri yang menggelupur jatuh ke atas.

Perlakuan Rodri itu seolah-olah beliau telah dirembat ke muka oleh Emre Can dan pemain Turki itu terus dilayangkan kad kuning.

Ragu-ragu dengan keputusan sendiri, pengadil telah pergi ke tepi padang untuk membuat semakan dengan bantuan video assistang referee (VAR).

Agak lama juga semakan dan penelitian yang dilakukan oleh pengadil sebelum membuat keputusan dengan membatalkan penalti tersebut.

Tidak dapat dipastikan samada tiada sentuhan daripada Emre Can atau bola terkena tangan Rodri terlebih dahulu namun penalti dibatalkan.

Emre Can terus membantah mungkin mahu penjelasan kenapa kad kuning kepada beliau tidak ditarik balik kerana tiada penalti.

Jude Bellingham yang lahir pada tahun 2003 nyata tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewanya dan meluahkan selepas perlawanan berakhir.

“Aku fikir aku telah menang bola itu secara adil. Ia sangat mengecewakan pada masa di mana terdapat banyak kamera dan ramai yang menonton di tv.”

BACA:  Dua Pemain Alternatif Untuk Liverpool Sebagai Pengganti Jude Bellingham