Real Madrid Sedia Tawar Camavinga + Bayaran Tunai Untuk Bellingham

Real Madrid bersedia bertempur dengan mana-mana pasukan kini dan merancang untuk menawarkan pemain muda sensasi Eropah, Eduardo Camavinga berserta bayaran tunai untuk mendapatkan Jude Bellingham.

Liverpool merupakan pasukan paling kuat dikaitkan dengan Jude Bellingham dan kini pasti akan berdepan kesukaran untuk menyamai tawaran Real Madrid jika itu benar-benar terjadi dan bukan sekadar khabar angin.

Jude Bellingham lahir dari sistem belia di Birmingham City sebelum menjadi pemain senior terpaling muda di kelab itu, pada usia 17 tahun Jude Bellingham memilih Borussia Dortmund sebagai tempat mengembangkan bakat dan potensinya pada musim panas 2020.

Ternyata percaturannya menjadi dan membuahkan hasil untuk membawa kariernya ke tahap yang lebih tinggi dan Borussia Dortmund sememangnya terkenal dalam mengembangkan bakat muda berpotensi.

Baru berusia 19 tahun kini Jude Bellingham telah menjadi tonggak pasukan kebangsaan England pada EURO 2020 dan juga Piala Dunia 2022 yang lalu di usia yang teramat mentah namun dia menggalasnya dengan baik.

Disebalik permainan sendu England dalam apa jua perlawanan, Jude Bellingham pasti menjadi pemain paling menyinar dalam prestasi buruk rakan sepasukannya yang lain.

Bersama Borussia Dortmund tidak perlu diceritakan lagi akan kehebatan pemain ini yang belum mencapai potensi sepenuhnya lagi kerana itulah di menjadi rebutan kelab gergasi Eropah.

Minggu lalu dilaporkan Jude Bellingham telah menolak tawaran lanjutan baru dari Dortmund yang membolehkannya kekal lebih lama atau mendapat harga yang jauh lebih tinggi jika dijual.

Borussia Dortmund sedar mereka tidak dapat menghalang Jude Bellingham dari disambar pasukan gergasi yang lain seperti mana Erling Haaland lalu mereka meletakkan tanda harga setinggi £130 juta.

Kontrak semasanya di Signal Iduna Park hanya akan tamat pada tahun 2025 yang bermaksud gergasi Jerman itu tidak mempunyai keperluan segera untuk melepaskan pemain itu dan tidak perlu bimbang akan kejatuhan harganya serta masih boleh bermain harga dengan bermain tarik tali.

Menurut laporan Sky Jerman, Real Madrid cuba mengambil inisiatif dalam mengejar untuk mendapatkan tandatangan pemain tengah berbakat itu dengan satu pakej tawaran yang agak gila.

Real Madrid merancang pelan pembelian dengan tawaran ‘player plus cash’ untuk Jude Bellingham dan wartawan Sky Jerman, Marc Behrenbeck mendakwa Dortmund memerlukan ‘idea kreatif’ untuk melepaskan Bellingham pada musim panas ini.

Dan ternyata Real Madrid telah menawarkan penyelesaian yang ideal dengan Eduardo Camavinga sedia ditawarkan berserta bidaan tunai yang berjumlah €100 juta yang boleh dikatakan tawaran yang sangat gila.

Eduardo Camavinga hadir ke Santiago Bernabeu pada musim panas lalu dari kelab Ligue 1, Rennes hanya dengan harga £27.9 juta sahaja dan agak murah dengan bakat yang dimilikinya.

Presiden Real Madrid, Florentino Perez menyatakan Camvinga sedia untuk dijual dengan harga £50 juta di mana Presiden itu mahu meraih keuntungan dari pemain tersebut.

Seperti Bellingham, Camavinga adalah salah seorang pemain tengah muda yang mendapat penilaian tinggi di Eropah, walaupun pemain berusia 20 tahun itu hanya membuat lima permulaan dalam La Liga musim ini.

Standard Sport mendakwa pada hari Jumaat bahawa Arsenal berminat untuk membawanya ke Stadium Emirates secara pinjaman untuk baki musim ini, tetapi khabar angin itu telah ditutup oleh ejen pemain itu.

Dia memberitahu Fabrizio Romano: “Tidak ada kebenaran dalam [pautan Arsenal]. Sudah tentu setiap kelab di dunia menginginkannya, tetapi dia sangat gembira di Real Madrid dan Real Madrid sangat gembira dengannya.”

Bos sebenar, Carlo Ancelotti kemudian menyifatkan Camavinga sebagai ‘tidak boleh disentuh’ seperti Toni Kroos dan Luka Modric dan Sky Germany juga berkata tidak jelas sama ada pemain tengah Perancis itu mahu meninggalkan Bernabeu.

Chelsea juga tidak terkecuali apabila turut berminat untuk Camavinga dan mana-mana pemain yang ada dipasaran ketika ini. Sentiasa siap sedia untuk menyailang pada saat akhir.

BACA:  Jude Bellingham Secara Terbuka Dedah Tentang Pengadil Yang Mengatur Perlawanan