Kerana Padam ‘Tweet’, Bellingham Semakin Hangat Dikaitkan Dengan Liverpool

Jude Bellingham dengan segera memadam semula tweet beliau berkait berita yang mendakwa beliau akan menyertai Liverpool tidak lama lagi.

Beliau ketika itu membalas tweet dari Four-Four-Two yang mengatakan bahawa beliau sedang dalam perjalanan ke Anfield, dan tidak lama selepas itu beliau memadam semula tweet tersebut.

Craig Hitnett yang pernah beraksi bersama Middlesbrough, Blackburn dan Leicester City antara mereka yang yakin Jude Bellingham akan kembali ke England, dan Liverpool merupakan destinasi pilihannya.

“Saya rasa saya sudah mendengarnya dari pihak yang betul dan saya tak boleh dedah dari mana saya dengar, tapi sumber itu mengatakan yang dia (Bellingham) sudah terikat dengan Liverpool.”

Jelas legenda berusia 51 tahun itu kepada BBC Radio Merseyside.

“Sama ada pada Januari atau mungkin pada akhir musim ia masih belum dapat dipastikan lagi, tapi saya fikir, saya dengar semua ini dari sumber yang sangat dipercayai dan tepat.”

Bellingham kemudiannya mencuri perhatian peminat dengan membalas semula tweet dari Four-Four-Two yang mengatakan bahawa bintang Borussia Dortmund itu akan ke Liverpool.

Beliau membalas dengan meletakkan GIF dirinya sendiri sedang ketawa dan beliau kemudiannya memadam tweet tersebut.

Walaupun beliau segera memadam tweet tersebut, namun para peminat lebih pantas untuk tangkap layar dan rakam layar muat naik tersebut sebagai bukti.

Pemain berusia 18 tahun itu merupakan antara pemain midfield paling berbakat dalam dunia bola sepak di benua Eropah, dan turut menunjukkan impak yang sungguh menakjubkan sejak dari awal ditandatangani oleh Borussia Dortmund.

Gergasi Bundesliga itu berjaya untuk melengkapkan pembelian bintang England itu dari Birmingham City pada tahun lalu, dan menjadikannya sebagai antara bintang terhebat dunia hari ini.

Penjaring gol termuda dalam sejarah Borussia Dortmund, Bellingham telah diundi sebagai ‘Newcomer of the Season’ oleh para pemain di Jerman selepas melihat aksi hebat yang beliau persembahkan.

Beliau bahkan turut dipanggil untuk sertai skuad Euro England pada musim panas baru-baru ini selepas, Gareth Southgate teruja dan kagum dengan melihat aksi persembahannya di atas padang.

Sebastian Kehl yang juga merupakan sporting director Borussia Dortmund telah mendedahkan yang Liverpool merupakan antara salah satu dari begitu banyak pasukan lain yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain muda mereka.

“Dia merupakan pemain Borussia Dortmund dan akan kekal menjadi pemain Borussia Dortmund.”

Jelas Kehl kepada Sport1.

“Memang banyak kelab yang berminat untuk mendapatkan Jude Bellingham, bukan hanya Liverpool sahaja.”

“Tapi tak ada jalan untuk itu dan tak ada klausa perlepasan. Dia disayangi, dia menikmati karier di sini. Tiada tanda-tanda yang dia akan meninggalkan Dortmund dalam masa terdekat ini.”

Menurut laporan dari media Jerman, BILD, Dortmund berminat untuk mendapatkan adik kepada Jude Bellingham, Jobe dan berharap dengan kehadiran adiknya ia akan menambah keyakinan beliau untuk kekal.

Walau bagaimanapun, tiada yang mustahil untuk berlaku dalam dunia bola sepak hari ini, kenyataan dari director kelab bukan jaminan urusan perpindahan itu tidak akan berlaku.

Jurgen Klopp sendiri merupakan antara Individu yang sangat mengagumi Jude Bellingham dan benar-benar berminat untuk mendapatkan khidmat pemain muda itu.

Dengan usianya yang masih muda, dan ditambah dengan bakat serta kemampuan yang beliau miliki, tak mustahil Bellingham bakal menjadi pemain terpenting Liverpool seandainya beliau ditandatangani.

Memandangkan Liverpool tidak begitu berbelanja pada jendela perpindahan sebelum ini, maka tidak akan mengejutkan andai melihat mereka mengeluarkan belanja besar untuk dapatkan Bellingham.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Real Madrid Sedia Tawar Camavinga + Bayaran Tunai Untuk Bellingham