“Akhirnya Hala Madrid!” – Bellingham Pilih Jersi No.5 Di Real Madrid Kerana Zidane

“Akhirnya, Hala Madrid!” Demikianlah kata terakhir oleh Jude Bellingham dalam ucapannya selepas melengkapkan perpindahan ke Real Madrid dan ketika diperkenal sebagai rekrut terbaru kelab itu.

Pemain tengah England itu melengkapkan perpindahan £88.5 juta dari Borussia Dortmund ke Real Madrid pada Khamis dengan kontrak berdurasi 6 tahun.

Dalam ucapan ketika diperkenalkan sebagai pemain baharu kelab itu, Bellingham menyifatkan ia adalah haru yang paling membanggakan sepanjang kariernya.

Dia kemudian menjelaskan mengapa dia memujuk Jesus Vallejo untuk memberikan jersi No.5 kepadanya di kelab baharunya itu.

Ini kerana Bellingham melihat Zinedine Zidane yang memenangi 16 trofi utama ketika beraksi bersama Los Blancos sebagai idolanya.

“Saya sangat menggemari Zidane dan legasi dengan jersi No.5 yang ditinggalkannya,” jelas Bellingham.

“Ia adalah nombor yang memberikan saya inspirasi. Saya sudah lama memakai No.22 sebelum ini dan pada mulanya saya menjangkakan akan kekal dengan 22. Sekarang saya gembira kerana akan menyarung jersi No.5”

Bellingham sebelum ini dinamakan sebagai pemain terbaik Budesliga pada musim lalu, walaupun gagal membantu Dortmund muncul juara pada hari terakhir saingan musim lalu.

Ketika berhijrah ke Dortmun sebelum ini, kelab yang disertainya sejak mula, Birmingham mengosongkan/bersara nombor 22 sebagai penghargaan untuk bakat pemain muda itu.

Bellingham kemudiannya melakukan 132 penampilan dan menjaringkan 25 gol di Jerman, dan membantu Dortmund muncul juara DFB Pokal pada 2021.

Kini Bellingham menganggap perpindahannya itu sebagau menyertai kelab terbaik di dunia dan berkata faktor kewangan bukan perkara terutama masalah setelah turut mendapat perhatian beberapa kelab di England.

“Real Madrid adalah kelab terhebat daripada segi sejarah dan tidak ramai pemain berpeluang beraksi untuk bermain di kelab hebat ini. Saya berterima kasih kepada mereka yang berusaha membawa saya ke sini,” tambahnya lagi.

“Saya tidak memikirkan hal kewangan apabila membuat keputusan ke sini. Itu bukan perkara penting.

“Ini adalah sukan yang saya suka dan saya merasa dihargai di Real Madrid dan itulah juga perasaan saya terhadap kelab ini.

“Di mata saya Real Madrid adalah kelab terhebat dan saya hanya mahu ia [perpindahan] diselesaikan segera. Ini tidak bermaksud kelab lain adalah teruk, tetapi Real Madrid adalah yang terhebat.”

“Terima kasih kepada semua yang bersama di hari yang paling besar dalam kehidupan saya. Hari di mana sayang menyertau kelab terhebat di dalam sejarah bola sepak.

Acara itu diikuti dengan penyerahan jersi No.5 Real kepada Bellingham, disampaikan oleh presiden kelab, Florentino Perez.

BACA:  Shiekh Mansour Sanggup Keluarkan Berapa Sahaja Untuk City Tandatangani Bintang PSG