Manchester United Sangat Memerlukan Pemain Seperti Jude Bellingham

Manchester United lebih memerlukan pemain seperti Jude Bellingham berbanding seteru utama mereka Manchester City dan Liverpool.

Steve McManaman percaya yang Manchester United sebenarnya merupakan pasukan yang lebih memerlukan khidmat Jude Bellingham berbanding pasukan lain dalam saingan Premier League pada ketika ini.

Bellingham yang kini baru berusia 18 tahun terus menerus mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan bersama Borussia Dortmund.

Bekas pemain Birmingham City itu hangat dikaitkan dengan bakal kembali ke saingan Premier League selepas mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan dalam saingan Bundesliga.

United pernah menghantar bidaan bernilai £30 juta untuk mendapatkan khidmat Jude Bellingham pada tahun 2020 lalu, sebelum beliau memutuskan untuk menyertai Borussia Dortmund.

Kini, McManaman percaya yang Manchester United sepatutnya sekali lagi menghantar bidaan rasmi untuk mendapatkan pemain muda England itu.

“Dia ada kesemua ciri-ciri yang membolehkan dia menjadi bintang besar.”

Jelas McManaman kepada Horseracing.net.

“Ketika kamu lihat kepada sebuah pasukan, dan siapa yang sepatutnya membeli dia, Manchester United dilihat lebih memerlukan seorang pemain central midfielder.”

“Manchester City ada Rodri, IIkay Gundogan, Bernardo Silva, tak begitu ramai.”

“Liverpool mereka ada Jordan Henderson, Thiago, Fabinho. Sudah tentu ia akan jadi penandatanganan yang hebat, dia seorang pemain yang hebat, tapi sama ada Liverpool memerlukan dia sekarang atau tak itu merupakan satu hal yang lain.”

“Henderson sedang dalam perjalanan untuk mengakhiri karier dia. James Milner juga. Jadi Liverpool sudah tentu akan mencari seorang lagi pemain di posisi centre-midfielder, cuma ia agak sesak di sana sekarang.”

“Georginio Wijnaldum meninggalkan kelab pada musim panas dan orang kata mereka memerlukan calon pengganti dia tapi mereka tak cari. Tapi sama ada orang akan lupakan atau Jurgen akan tetap membawa Jude itu sudah satu hal yang berbeza.”

“City boleh mendapatkan dia tapi mereka sudah ada ramai pemain yang hebat di sana dan dia mungkin tak akan bermain.”

“Saya rasa United memerlukan seorang centre midfielder seperti dia. Nemanja Matic dan Juan Mata kini sedang menghampiri penghujung karier mereka dan Paul Pogba mungkin akan pergi.”

“Jadi jika ada pasukan yang benar-benar memerlukan pemain seperti Jude Bellingham, ia adalah Manchester United.”

Beberapa orang pemain setan merah kini sedang dikaitkan dengan bakal meninggalkan kelab pada jendela perpindahan Januari nanti.

Anthony Martial, Marcus Rashford, Edinson Cavani, Jesse Lingard, Donny Van de Beek dan Mason Greenwood hangat dikaitkan dengan bakal meninggalkan Old Trafford.

Menurut sumber laporan dari Football Insider, Real Madrid juga sedang memantau perkembangan di Old Trafford pada ketika ini, dengan mereka sangat berminat untuk mendapatkan semula khidmat Cristiano Ronaldo.

McManaman percaya yang ada kemungkinan besar untuk melihat Ronaldo kembali ke Santiago Bernabeu pada masa hadapan, namun beliau yakin bintang Portugal itu akan kekal di Old Trafford untuk tempoh setahun lagi.

“Ia tidak mustahil. Tidak ada yang mustahil ketika kamu bercakap tentang Real Madrid.”

Jelas bekas bintang Liverpool itu lagi.

“Mereka tak banyak berbelanja sejak kebelakangan ini jadi mereka ada duit untuk dibelanjakan. Mereka baru siap naik taraf stadium dan kemudian sudah tentu wabak pandemik melanda, jadi Real dilihat sedang mempersiapkan diri untuk berdepan situasi seperti ini.”

“Barcelona mungkin berdepan kesukaran, tapi Real Madrid sedikit beruntung. Mereka ada duit dan ada kwsempa yang baik untuk Kylian Mbappe ke sana, begitu juga dengan Antonio Rudiger yang akan ke sana secara percuma.”

“Mereka juga berbunyi seolah-olah mereka sangat berminat untuk mendapatkan Erling Haaland yang mana mereka juga boleh dapatkan jika mereka mahu.”

“Pembinaan semula Santiago Bernabeu merupakan satu simbol yang menunjukkan permulaan yang baru Real Madrid. Banyak peluang untuk pemain-pemain pergi sertai Real Madrid.”

“Mereka ada dana untuk bersaing dengan pasukan lain dan jika Mbappe ke sana, ia bakal jadi penarik untuk pemain lain juga ke sana. Cristiano Ronaldo mungkin akan kembali, tapi saya rasa dia akan kekal bersama Manchester United untuk tempoh setahun lagi.”

BACA:  Real Madrid Sedia Tawar Camavinga + Bayaran Tunai Untuk Bellingham