Daniel James memperkenalkan dirinya kepada dunia bola sepak dalam cara yang terbaik apabila menjaringkan gol solo ketika Swansea mencatatkan kemenangan ke atas Brentford dalam saingan Piala FA semalam.
Pemain berusia 21 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan ke Leeds United pada jendela perpindahan Januari lalu tetapi mengambil keputusan untuk terus kekal di Swansea buat masa sekarang.
Daniels mencuri perhatian umum apabila menjaringkan gol ke-2 Swansea pada minit ke-53 dengan melakukan larian solo dari bawah. Larian Daniels sangat laju sehingga tiada pemain Brentford mampu mengejarnya.
Anda nilaikan sendiri gol Daniels. Laju kan ? Lagi laju dari Kylian Mbappe ? Tercungap-cungap pemain Brentford nak mengejar beliau.
Pengulas sukan di BT Sports membandingkan kelajuan Daniels sama dengan Mbappe dan ramai peminat yang bersetuju dengan pendapat tersebut.
https://twitter.com/LeedsMeTV/status/1097194336746393600
https://twitter.com/Vcr37263882/status/1097186315140022274
Pengurus Swansea, Graham Potter berkata Daniel hanya patut meninggalkan Swansea jika menerima tawaran daripada kelab Liga Perdana Inggeris sahaja selepas melihat persembahan cemerlang pemain tersebut semalam.
“Daniel bukannya beraksi menentang pemain yang tidak bagus. Pemain pertahanan mereka sebenarnya agak baik dari segi fizikal tetapi Daniel meninggalkan mereka dengan jauh sekali.”
“Beliau mempunyai kebolehan untuk melakukan larian pantas berulang kali. Larian Daniel berada pada tahap yang tinggi seperti kita semua pernah lihat.”
“Daniel masih mempunyai banyak perkara untuk dilakukan tetapi hari ini beliau mempunyai gol dan saya rasa permainan yang dipamerkannya juga cukup sensasi.”
James hampir menyertai Leeds United secara pinjaman pada Januari lalu dengan pilihan untuk perpindahan tetap. Walau bagaimanapun, Swansea menarik balik perjanjian tersebut pada saat akhir atas sebab-sebab tertentu.
Daniel masih mempunyai kontrak sehingga hujung musim hadapan dan Swansea berharap beliau akan menandatangani kontrak baru dalam masa terdekat ini.
Potter turut memberi gambaran jumlah yang ingin dibayar Leeds terhadap Daniel sebenarnya agak rendah jika dilihat pada persembahan Daniel ketika menentang Brentford semalam.