Hanya Empat Perkataan Dari McGregor Ketika Ditanya Tentang Jake Paul

Conor McGregor akhirnya menunjukkan reaksi beliau atas kemenangan Jake Paul menewaskan Tyron Woodley minggu lalu.

Ketika beliau berbual dengan paparazzi selepas menjalani sesi ‘physical therapy’, petarung dari Ireland itu telah ditanya tentang pandangan beliau berkait perlawanan tersebut.

Reaksi Conor McGregor berkait soalan tersebut tersangatlah ringkas namun ia cukup menghiburkan para peminat yang berasa terhibur mendengar jawapan beliau.

Individu di sebalik kamera tersebut, bertanya kepada McGregor:

“Apa fikiran kamu tentang Jake Paul? Ahli tinju itu.”

Namun sebelum beliau sempat menghabiskan soalannya, McGregor dengan segera mencelah:

Sambil menggoyangkan kepalanya dan memberi pandangan sinis, bintang UFC itu menjawab:

“Saya tak begitu peduli”.

Ia jelas sekali mematahkan terus soalan dari individu di sebalik kamera tersebut dengan McGregor kemudiannya terus menukar soalan dan topik perbualan.

“Adakah itu kereta Arnold? Ya kan?! Wow.”

Tanya beliau dengan penuh keterujaan.

Dari wajah muram dan bosan ketika bercakap tentang Jake Paul, wajah McGregor kembali mengukir senyuman ketika beliau membelek-belek kereta milik Arnold Schwarzenegger.

Dengan bertongkat, McGregor kemudiannya terus bergerak menuju kearah kereta Arnold, sambil memuji-muji kecantikkan kereta tersebut.

Isteri kepada bintang besar hollywood, Schwarzenegger, Heather merupakan pakar yang menguruskan sesi therapy McGregor.

Beliau juga individu yang banyak membantu McGregor dalam melalui fasa penyembuhan, selepas mengalami kecederaan agak mengerikan ketika aksi perlawanannya bertemu Dustin Poirier sebelum ini.

McGregor yang masih belum pulih sepenuhnya dilihat sangat positif tentang perkembangan tahap pemulihan beliau pada ketika ini.

“Hari ini merupakan hari yang baik untuk saya.”

Tambah McGregor lagi.

“Saya timbang berat buat pertama kalinya hari ini sejak saya menjalani pembedahan. Saya berjalan di treadmill, angkat beban yang beratnya separuh dari berat saya, jadi saya sangat gembira tentang itu.”

Youtuber kontroversi, Jake Paul sekali lagi secara terbukanya telah mencabar McGregor untuk bertarung dengannya di dalam gelanggang atau dalam sangkar.

Walau bagaimanapun, bekas Juara dunia UFC itu sama sekali tidak berminat dan menganggap Jake Paul hanyalah ‘Disney kid’ di matanya.

Beberapa minit selepas kemenangan Jake Paul menewaskan Tyron Woodley, Conor McGregor telah memuat naik status dengan menulis ‘meliurkan’ dan ia dikatakan ditujukan kepada Youtuber tersebut.

Walau bagaimanapun, ia sebenarnya sama sekali tidak ditujukan kepada Paul, dengan beliau sebenarnya bercakap tentang pasta yang beliau makan pada ketika itu.

Kerana memikirkan ia tentang beliau, Jake Paul yang dalam kebingungan telah menyebut nama McGregor dalam temu bualnya selepas tamat perlawanan.

“Kita berada di jalan yang sama untuk pertarungan terbesar, saya juga terliur kerana saya baru saja panaskan badan.”

Jelasnya kepada wartawan.

“Conor McGregor masih perlu beri tumpuan kepada banyak perkara selain saya sekarang.”

“Saya sudah mencatatkan lima kemenangan berturut-turut, dan dia 1-3 sejak empat tahun terakhir ini, jadi dia perlu kurangkan minum vodka, atau apa jadah sekali pun jenama dia minum, dan mula bersiap sedia masuk ke gym semula.”

Walau Jake Paul begitu bersemangat untuk mencabar McGregor, namun petarung dari Ireland itu pada ketika ini lebih menumpukan untuk menjalani fasa penyembuhan beliau, dan turut lebih mementingkan perlawanan tinju kerusi roda berbanding bertarung dengan Youtuber itu.

Sumber: SB

BACA:  UFC 264: McGregor Terkulai Ketika Rambut Poirier Masih Segak