Hilang Akal Neymar Lihat Guendouzi Berlakon Depan Pengadil

Macam pelik pulak bukan? Apabila Neymar yang sinonim dengan lakonan dan simulasi telah hilang akal dan mengamuk apabila melihat Matteo Elias Kenzo Guendouzi Olié berlakon dihadapan pengadil selepas membuat satu terjunan.

Neymar bengang kerana menurutnya Guendouzi melakukan sesuatu yang memalukan iaitu diving dalam aksi di Parc des Princes awal pagi tadi waktu Malaysia.

Neymar terpaksa ditahan dan ditenangkan oleh oleh pemain lain daripada meneyerang Guendouzi yang berlakon terbaring di atas padang.

Keadaan menjadi sangat tegang dengan Neymar mendakwa Guendouzi sebenarnya telah dibentes oleh hantu. Di mana Neymar menyatakan kepada pengadil bahawa Guendouzi menipu dan diving.

Neymar terkejut apabila pengadil membunyikan wisel dan melihat Guendouzi sudah terbaring dan mengerang kesakitan.

Playmaker antarabangsa Brazil, Neymar meminta pengadil memberikan Guendouzi kad kuning kerana diving. Malangnya dia pula yang mendapat kad kuning kerana pengadil merasakan bahawa Neymar telah membentes Guendouzi secara tak bersih.

Insiden itu menjadi antara drama panas dalam aksi Le Classique antara PSG dan Marseille. Ianya berlaku pada separuh masa kedua selepas PSG mendahului 2-1.

Pengadil benar benar yakin bahawa Neymar telah melakukan kekasaran. Ianya membuatkan pemain berusia 30 tahun itu sangat marah dan kecewa.

Neymar terus menengking pengadil perlawanan tanda bantahan ke atas keputusan pengadil yang turut memberikan sepakan percuma kepada Marseille.

Dia juga mahu menyerang Guendouzi yang terbaring di atas padang. Dmitri Payet bingkas menghalang Neymar daripada melakukan perkara lebih buruk yang memungkinkan pemain itu dilayangkan kad merah. Neymar benar benar tidak dapat mengawal kemarahannya.

Neymar sempat memaki hamun Guendouzi dengan kata kata kesat dan memintanya bangkit kerana dia sebenarnya tidak apa apa cuma berlakon kesakitan.

Kylian Mbappe turut pergi ke arah pengadil dan menjelaskan bahawa dia adalah saksi kejadian Matteo Guendouzi diving dan menipu melakukan simulasi.

Guendouzi yang bangun selepas itu berkofrontasi dengan Neymar mempertahankan dirinya menyatakan bahawa Neymar memang ada melakukan kekasaran ke atasnya.

Neymar dilihat menepis tangan Guendouzi. Seterusnya Marco Verratti meminta Neymar menerima sahaja keputusan pengadil dan kembali fokus kepada perlawanan di mana mereka sedang mendahului.

Penyokong di dalam stadium turut merasai ketegangan tersebut yang berlaku di atas padang.

Mereka sendiri tidak pasti adakah Guendouzi benar benar dikasari ataupun Neymar sebenarnya menjadi mangsa penganiayaan penipuan pemain muda Perancis itu.

Agak ironi kerana selama ini Neymar seringkali melakukan aksi diving yang membuatkan lawannya geleng kepala, malah ada yang turut marah dengannya.

Kali ini Neymar sendiri berada di tempat tersebut, melihat pemain lawan yang menjatuhkan badan dengan sengaja tanpa sebarang kontak.

Reputasi Neymar membuatkan dia kini seringkali menjadi mangsa pengadilan.

Perlawanan berakhir dengan kemenangan PSG untuk merapatkan lagi jurang mereka dengan piala. PSG menang 2-1 hasil jaringan Kylian Mbappe dan Neymar pada separuh masa pertama.

Duje Caleta Car sempat menyamakan kedudukan untuk Marseille pada minit ke-31. PSG kini berada di puncak liga dengan beza 15 mata di atas pasukan di tangga kedua Marseille.

Sleepas 32 perlawanan PSG mencatatkan 23 kemenangan, 5 seri dan 4 kalah. Menjadikan pungutan mata mereka adalah 74 mata.

Nampak gayanya, tiada apa yang boleh menghalang PSG daripada juara Ligue 1 sekali lagi selepas terlepas kejuaraan itu kepada Lille sebelum ini.

Ini juga tanda PSG meneruskan lagi dominasi mereka di arena bola sepak Perancis.

PSG yang sarat dengan bintang musim ini disingkirkan dari UCL oleh Real Madrid. UCL merupakan sasaran utama mereka. Jadi kejuaraan Ligue 1 boleh dijadikan pengubat luka kegagalan mereka.

Sumber: Axello.net

BACA:  Newcastle United Intai Peluang Mahu Dapatkan Neymar Pada Musim Panas Nanti