Imbas Kembali Detik Sentuhan Pertama Ozil Diamkan Anfield

Mesut Ozil merupakan salah seorang pemain yang semula jadinya memiliki kemahiran teknikal yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Beliau juga tidak dinafikan lagi boleh dianggap sebagai antara pemain midfield terbaik yang pernah beraksi dalam kancah saingan Premier League.

Walau beliau tidak dihargai dan seolah-olah dibuang oleh Arsenal di penghujung kariernya, namun tidak ada yang boleh menafikan kemampuan Ozil dalam mengindahkan corak permainan skuad Gunners.

Tidak kira pasukan top four atau pasukan dari dasar liga, kesemua pasukan lawan yang berdepan dengan Ozil tentu sedar ancaman yang bakal mereka hadapi jika bintang Jerman itu berada di atas padang.

Sepanjang 90 minit beraksi, Ozil akan menggunakan kebijaksanaan dan ketajaman vision beliau untuk mengkucar-kacirkan barisan pertahanan lawan.

Legasi Ozil dalam saingan Premier League

Mungkin agak kejam untuk peminat sekadar mengenang Ozil atas kelantangan beliau bersuara membela umat Islam Uighur, hingga menyebabkan beliau diketepikan dari skuad Arsenal.

Beliau mungkin mengakhiri kariernya dalam saingan Premier League dengan cara yang tidak diingini dan mungkin juga tidak dianggap hebat kerana tidak memiliki piala kejuaraan yang banyak.

Namun statistik dan aksi persembahan yang beliau persembahkan sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan beliau selayaknya dikenang sebagai pemain midfield terhebat pernah beraksi dalam saingan Premier League.

Antara aksi terhebat yang pernah beliau pamerkan adalah ketika beliau beraksi bertemu Liverpool di Anfield pada musim 2015/16 yang lalu.

Ozil dalam perlawanan tersebut tidak dinafikan telah memberikan impak yang sungguh luar biasa mengagumkan dan aksi beliau dalam perlawanan tersebut akan terus dikenang sebagai yang terbaik sepanjang kariernya.

Liverpool 3-3 Arsenal

The Gunners dalam perlawanan tersebut telah mempamerkan aksi persembahan yang sangat dasyat dengan Olivier Giroud dan Roberto Firmino masing-masing menjaringkan dua gol.

Aaron Ramsey dan Joe Allen juga turut menjaringkan satu gol untuk menamatkan perlawanan yang sangat menghiburkan itu dengan keputusan 3-3.

Seperti semua sedia maklum, Anfield merupakan neraka untuk pasukan lawan terutama sekali ketika melibatkan perlawanan besar, dengan aura dan sorakan penyokong yang terlalu padu.

Namun ketika perlawanan menuju ke 10 minit terakhir dalam aksi pertemuan Liverpool dan Arsenal ketika itu, suasana di Anfield berubah dengan para penyokong The Reds terpukau dengan sentuhan magis Ozil.

Legenda Arsenal itu berjaya melakukan sentuhan pertama yang sungguh indah dan luar biasa dasyat hingga menyebabkan para penyokong Liverpool terpukau.

Sentuhan pertama Ozil yang mendiamkan Anfield

Pernah berlaku ketika korang bising-bising lepas tu suasana jadi diam sekejap seolah-olah ada malaikat baru lalu? Macam itulah suasana Anfield ketika Ozil menunjukkan sentuhan pertamanya yang sungguh dasyat.

Ia merupakan satu hal yang sungguh luar biasa aneh untuk melihat penyokong bola sepak paling hebat dalam dunia boleh terdiam hanya kerana satu sentuhan sahaja.

Nampak macam mana cantik dan hebatnya Ozil menahan bola tersebut, dan melakukan hantaran yang sungguh sedap hingga menjilat ibu jari kaki.

Walau tidak disudahi dengan gol, tapi hak Ozil untuk dipuji atas sentuhan itu tidak boleh dinafikan dan reaksi para penyokong bukti bahawa ia aksi yang luar biasa menakjubkan.

Kemahiran teknikal Ozil yang tidak boleh diragukan

Memang aneh memikirkan bagaimana Ozil boleh berjaya untuk menahan dan mengawal bola tersebut dengan beliau ketika itu sudah berada sedikit ke depan berbanding arah tuju bola tersebut.

Beliau berjaya melakukan turn, menahan bola, bahkan terus mengawal untuk melancarkan serangan ke kubu Liverpool dengan melakukan hantaran silang yang sungguh berkualiti tinggi.

Vision beliau dalam melihat rakan sepasukannya bakal masuk ke dalam kotak penalti sungguh hebat dan mujur saja Simon Mignolet cepat keluar lalu menumbuk bola tersebut.

Jika Mignolet hanya menanti, sudah tentu bola hantaran dari Ozil itu akan berakhir di dalam jaring gawang gol Liverpool dan keputusan perlawanan juga tidak akan berkesudahan dengan seri.

Satu hal yang menarik, sehingga hari ini, hanya aksi tersebut sahaja yang mampu mendiamkan penyokong Liverpool di Anfield dan ia merupakan pencapaian yang boleh dibanggakan.

Sumber: GMS

BACA:ย  Hoeness: Ozil Guna Isu Perkauman Untuk Tutup Prestasi Buruk Beliau Di Piala Dunia