Indonesia Tidak Puas Hati Dengan Singapura Yang Hanya Sediakan Nasi Bungkus

Kejohanan Piala AFF 2020 belum pun bermula namun kontroversi sudah tercetus apabila melahirkan rasa tidak puas hati dengan penganjur, Persatuan Bola Sepak Singapura yang hanya menyajikan nasi bungkus.

Piala AFF 2020 akan membuka tirai pada 5 Disember 2021 dan mengikut jadual perlawanan, pertembungan antara pasukan Timor Leste dan Thailand akan menjadi perlawanan pembukaan.

Jika Indonesia mengkritik makanan nasi bungkus yang diterima mereka, Vietnam pula mengadu tidak berpuas hati dengan kuantiti makanan yang disediakan terlalu sedikit di masak pula dengan cara masakan Singapura.

Kem Indonesia mengomel dan mengkritik pengurusan Piala AFF Suzuki 2020 Singapura yang menyediakan makanan tapau kepada mereka.

Pasukan Indonesia baru sahaja tiba di Singapura pada 2 Disember lalu dan menginap di Hotel Orchard, Singapura. – yang merupakan sebahagian daripada kawasan gelembung sukan (Sport Bubble) kejohanan tersebut.

Namun hanya selepas sehari tinggal di sana, pembantu Jurulatih Indonesia, Dzenan Radoncic, mengeluh soal makanan yang disediakan tuan rumah.

Di mana Dzenan membuat hantaran di Instagram berkongsi kekecewaannya itu. Dzenan secara menyindir:

“Beginilah cara mereka melayan orang-orang di penginapan ‘gelembung’ di Singapura!.. Bukan manusia! Semoga berjaya di Piala AFF !” Getus beliau lagi.

Dzenan berkata, biasanya pasukan mereka disediakan buffet di hotel ketika menginap, untuk mana mana kejohanan sebelum ini.

Malang sekali kali ini, para pemain dan staf terpaksa makan makanan yang sudah diletakkan dalam bekas / container ataupun secara bungkus.

Ini kerana, jika disediakan secara buffet, ia akan melibatkan banyak sentuhan ketika mereka memegang sudu atau senduk makanan.

Selain itu, PSSI juga mendengar luahan para pemain yang kecewa kerana mereka tidak boleh ‘tambah nasi’ – istilah kita untuk tambah lagi nasi dan lauk.

Di mana penganjur hanya menghantar terus makanan berdasarkan kuantiti yang mereka sediakan dan pemain hanya dibenarkan makan di bilik masing-masing dan bukannya diruangan bilik makan seperti kebiasaan.

Bukan itu sahaja, selain kem Indonesia, kem Vietnam turut memprotes layanan yang diberikan kepada mereka. Pasukan Thailand juga dikatakan turut merungut.

Menu yang disediakan oleh penganjur adalah makanan yang sihat. Namun para pemain Vietnam meminta agar mereka diberikan ruang untuk memilih sendiri makanan mereka.

Walaupun dikritik oleh kem Indonesia dan Vietnam, pihak penyelia makanan menyatakan bahawa, penyediaan makanan secara catering dan bukannya buffet, dibuat untuk meminimumkan risiko jangkitan wabak.

Mereka merasakan bahawa layanan daripada FAS ini sebagai salah satu perang saraf untuk menganggu persiapan pasukan mereka.

Para pemain Vietnam berkampung di Hotel Mercure Roxy. Semua pemain harus menjalani ujian saringan wabak setiap 2 hari sekali.

Pemain Vietnam tak puas hati makanan sedikit

Kem Vietnam ketika ini tidak berpuas hati kerana mereka hanya diberikan nas dengan 3 potong ikan yang dimasak dan dicampur sos gaya Singapura, kemudian ayam masak kukus, 1 mangkuk kecil kentang putar, 1 mangkuk kecil sup, salah dan juga 2 biji pisang.

Di mana ramai pemain Vietnam yang kecewa kerana tidak dapat menambah menu tambahan seperti ayam, daging rebus, ikan rebus dan sebagainya.

Ramai pemain meluahkan bahawa mereka tak cukup kenyang. Dan berharap agar menu seterusnya akan lebih banyak dan lebih sedap.

Laporan The Tao dari Vietnam dengan sinis menyindir:

“Adakah Vietnam sebenarnya sudah memasuki medan perang?”

Namun pada hari kedua, para pemain mengadu sekali lagi kerana menurut mereka nasi diberikan terlalu sedikit. Kemudian hari tersebut mereka diberikan telur dengan kicap, 2 keping roti dengan mentega, salad, pisang, epal, minuman yoghurt, air mineral, kopi — untuk sarapan pagi.

Kemudian pada sesi makan tengahari mereka meluah sekali lagi kepada pengurusan bahawa makanan terlalu sedikit. Di mana lagi teruk mereka tidak ada nasi kerana digantikan dengan spaghetti.

Pengurusan Vietnam sudah menyatakan bahawa menu tersebut mungkin akan membuatkan para pemain mereka sukar berlatih. Namun doktor pasukan Doktor Choi yang ditugaskan mengawal pemakanan di kem Vietnam menyatakan bahawa, mereka sudah menyediakan makanan yang sihat.

Choi menegaskan bahawa, paling penting adalah makanan secukupnya dengan nutrisi yang tepat berbanding dengan makanan yang berlebihan dan tak sesuai dengan diet.

Seorang peminat Vietnam sendiri menyatakan bahawa makanan yang disediakan oleh Singapura jauh lebih sihat daripada apa yang digemari para pemain Vietnam seperti mee segera dan beberapa makanan lain. Dan meminta pasukan Vietnam jangan mengada ngada nak beralasan terlebih dahulu sebelum turun bertarung.

Setiausaha Agung PSSI, Yunus Nusi menyatakan bahawa mereka sudah membuat aduan kepada penganjur bahawa mereka tidak berpuas hati dengan makanan yang disediakan.

Namun Yunus Nusi menyatakan bahawa, mereka harus menghormati keputusan penganjur kerana SOP yang ketat ketika ini.

Yunus berkatal “Itu keputusan FAS [FA Singapura]. Federasi juga sudah mengeluh, tapi mereka harus mematuhi dan bisa [boleh] meminta tambahan makanan ketika makanan diagihkan,” ujar Yunus kepada Sportsstars.id.

Di Piala AFF 2020, tim Indonesia berada di kumpulan B bersama Vietnam, Malaysia, Laos, dan Kemboja.

BACA:  Piala AFF 2022: Vietnam 3-0 Malaysia