Pengurus bola sepak sensasi, Jose Mourinho telah memberikan respon dan reaksi yang pertama melalui laman Instagramnya selepas dipecat secara rasmi dan sah oleh Tottenham Hotspur.
Ini bukanlah kali pertama Jose Mourinho dipecat dalam kariernya selaku pengurus bola sepak terutamanya dengan kelab yang terletak dari London.
Jose Mourinho sudah dua kali dipecat oleh Chelsea kemudian dipecat oleh Machester United dan kini Tottenham Hotspur.
José Mourinho on Instagram after being sacked by Tottenham today. ⚪️👇🏻 #thfc pic.twitter.com/NZeESIic10
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) April 19, 2021
Pemecatan Jose Mourinho bukan sesuatu yang mengejutkan kerana ada beberapa tanda jelas sebelum perpisahan terjadi.
Walaupun sudah dipecat, Jose Mourinho masih mampu bergurau senda dan seakan menerima suratan takdir dan nasib yang menimpa beliau kini. Belajar dari pengalaman.
Jose Mourinho telah mengambil video dan menceritakan pemandangan yang sedang terjadi di depan beliau ketika itu yang dikerumuni oleh wartawan dan jurugambar.
“Mereka tidak berikan aku privasi, Walaupun kawan aku Gary Cotterill, dia mengganggu aku. Itulah hidup aku.”
Pengurus berusia 58 tahun ini kadang kala bermuka tebal dan selamba bercakap sesuatu ikut sedap kepala dia je serta boleh bertukar menjadi genius.
Jika Jose Mourinho kembali menjadi pengulas di studio seperti sebelum ini pasti sangat menarik untuk ditonton dan untuk isu Super League Mourinho masih tidak memberi sebarang komen.
Jose has no shame whatsoever 🤣 Impossible to hate. https://t.co/lvaFEYgKZP
— Dan Kane (@dankane34) April 19, 2021
Reaksi pertama daripada Mourinho selepas dipecat jelas disukai ramai kecuali penyokong Tottenham Hotspur yang merasa perit ketika ini.
Pampasan yang agak sedap yang dilaporkan sebanyak $34 juta menanti Jose Mourinho ketika ini dan jika ditunggu sehingga habis musim mungkin akan menjadi separuh.
Ini kerana jika Spurs tidak layak ke Champions League ada terma pampasan akan dipotong selepas dipecat. Kini liga belum tamat dan nasib Spurs belum diketahui lagi.
Tottentham Hotspur Pecat Jose Mourinho
Walaupun tanpa makluman rasmi daripada kelab, Tottenham Hotspur dilaporkan oleh media telah memecat Jose Mourinho dengan penuh bergaya dan kenyataan rasmi akan menyusul tidak lama lagi.
Chris Powell dan Ryan Mason akan mengambil alih tugas Jose Mourinho buat sementara sehingga bulan Jun, siapa calon pengganti belum dapat dipastikan lagi.
Ahli lembaga pengarah Spurs mula sibuk dengan perancangan musim hadapan dengan disandarkan kepada pengurus baharu. Siapakah dia?
José Mourinho has been sacked and Tottenham will confirm soon with an official statement. Chris Powell and Ryan Mason will be in charge until June as Spurs managers, then #THFC board have already started to plan with a new manager for the next season. ⚪️ #Spurs #Mourinho
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) April 19, 2021
Itulah yang dilaporkan oleh Fabrizio Romano yang dikatakan sumber bola sepak yang boleh dipercayai dan tidak lama berselang keluarlah kenyataan rasmi dari Tottenham Hotspur.
“Kelab hari ini mengumumkan bahawa Jose Mourinho dan staf kejurulatihan beliau, Joao Sacramento, Nuno Santos, Carlos Lalin dan Giovanni Cerra telah dilucutkan dari tugasan mereka.”
Pengerusi Tottenham Hotspur, Daniel Levy berkata:
“Jose dan staf kejurulatihan beliau telah bersama kami melalui saat yang getir dan mencabar sebagai sebuah kelab. Jose adalah seorang profesional sejati yang menunjukkan ketahanan yang luar biasa selama wabak ini.”
“Secara peribadi saya sangat senang bekerja dengan dia dan menyesal bahawa semuanya tidak berjalan lancar seperti yang kita berdua bayangkan. Dia akan sentiasa diterima di sini dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada dia dan staf pelatihnya atas sumbangan mereka. “
“Ryan Mason akan mengabil alih latihan pasukan utama hari ini dan kemas kini akan menyusul.
The Club can today announce that Jose Mourinho and his coaching staff Joao Sacramento, Nuno Santos, Carlos Lalin and Giovanni Cerra have been relieved of their duties.#THFC ⚪️ #COYS
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) April 19, 2021
Ura-ura menyatakan bahawa Tottenham Hotspur memecat Jose Mourinho kerana enggan memberi latihan kepada pemain pada sesi pagi selepas mendengar Spurs menyertai European Super League.
Semalam Tottenham Hotspur melalui laman sesawangnya telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah bersetuju menyertai European Super League bersama 11 kelab yang lain.
Dalam kenyataan itu Spurs telah melampirkan kenyataan rasmi daripada Leading European football clubs yang menerangkan hala tuju European Super League.
https://twitter.com/UtdFaithfuls/status/1384080730318270466
Sebelum ini Pengerusi Tottenham Hotspur, Daniel Levy dilaporkan telah membuat keputusan mengenai masa depan Jose Mourinho bersama kelab London itu selepas mempamerkan aksi tidak memberangsangkan.
Daniel Levy merupakan insan bertanggungjawab membawa Jose Mourinho ke Tottenham Hotspur bagi menggantikan Mauricio Pochettino pada tahun 2019.
Pengerusi Spurs itu dilaporkan telah lama mengagumi pengendali dari Portugal itu dan mendambakan sentuhannya namun tahun 2021 menyaksikan Spurs terciduk di sana sini.
🗞[@AlasdairGold] | There’s a growing belief within Tottenham Hotspur that Jose Mourinho won’t be at Spurs next season.
🇵🇹While Mourinho isn’t believed to have ‘lost the dressing room’, it’s clear he’s not getting the best out of what he has.#THFC #COYSpic.twitter.com/PIvjMSBSBn
— Last Word On Spurs🎙 (@LastWordOnSpurs) April 17, 2021
Sasaran yang diletakkan kepada Jose Mourinho sangat mudah dan jelas dengan membawa Spurs kembali ke kejohanan Champions League bagi musim 2021/22.
Menjadi juara piala domestik dan jika muncul juara Premier League itu dianggap sebagai bonus sahaja, satu sasaran yang mudah untuk Mourinho.
Namun sebaliknya terjadi dan jika Spurs berjaya menewaskan Manchester City di perlawanan akhir Carabao Cup sekalipun masa depan Mourinho masih samar.
(☀️) There is a growing belief within Tottenham Hotspur that Jose Mourinho 🇵🇹 will not be at the club next season. [@AlasdairGold] #THFC #COYS pic.twitter.com/cwU22rWFzO
— RouteOneFootball (@Route1futbol) April 17, 2021
Ketika aura #MourinhoOut semakin kuat menyelubungi pasukan Spurs dan Jose Mourinho dilaporkan tidak akan bersama Spurs lagi untuk musim hadapan.
Spurs kini ditangga ketujuh Premier dan berada 5 mata dibelakang kedudukan empat teratas, peluang masih ada untuk ke Champions League walaupun sukar.
Seri 2-2 menentang Everton menyaksikan Spurs kehilangan mata penting untuk mendapatkan tempat dan laungan #MourinhoOut semakin kuat berkumandang dan trending di Twitter.
Bergweijn, Alli, Bale, Lamela, Lucas, Vinicius.
None selected in a game we must win
Measure of the man#JoseOut
— Jason (@ryantegan) April 16, 2021
Dalam perlawanan itu, Harry Kane yang menjadi mesin gol dan mesin mata telah mengalami kecederaan buku lalu dan memberi kegelapan kepada peluang Spurs.
Spurs telah banyak kehilangan mata mudah untuk menjadi empat pasukan teratas dan pada awal musim mereka pernah gayat takhta liga walaupun seketika.
Kemudian Spurs ditunjukkan jalan keluar dari Europa League oleh pasukan penuh bermasalah dan tanpa pengurus ketika itu, Dynamo Zagreb walaupun menang pada perlawanan pertama 2-0.
Possibly the worst Tottenham manager of my lifetime. Please leave our club ASAP! Shocking. A must win game and he’s left an adundance of attacking talent out. #JoseOut
— Patrick (@paddyj2) April 16, 2021
Gareth Bale yang dipinjam dari Real Madrid dan telah menjaringkan beberapa gol dan tampak di prestasi terbaik pula jarangan diberikan peluang untuk beraksi oleh Mourinho.
Tanda paling besar dan jelas Mourinho akan dipecat apabila beliau mengkritik pemain sendiri di depan media. Tunggu bergaduh dengan pemain je.
Dele Alli yang cemerlang ketika dibawah Mauricio Pochettino dan ketika awal kehadiran Jose Mourinho kini sepi dan mungkin mengalami nasib seperti Paul Pogba dan Luke Shaw suatu ketika dahulu.