Mourinho Tidak Yakin De Gea Akan Tandantangan Kontrak Baru Bersama United

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho berkata beliau tidak yakin David De Gea akan melanjutkan kontraknya di Old Trafford tetapi menggesa United supaya berjuang untuk mengekalkan pemain tersebut buat jangka masa yang lebih lama.

Jika mengikut apa yang ditulis dalam kontrak De Gea, kontraknya akan tamat pada musim panas nanti tetapi Red Devils mempunyai pilihan untuk mengaktifkan satu tahun lanjutan dalam kontrak pemain tersebut.

Situasi kontrak De Gea bukan masalah utama Mourinho ketika ini.

Perbincangan di antara ejen De Gea dan pihak kelab telah berjalan buat sekian lama tetapi tiada sebarang persetujuan berjaya dicapai sehingga kini.

Seperti semua sedia maklum, Real Madrid merupakan peminat utama De Gea dan hampir mendapatkan penjaga gol Sepanyol pada tahun 2016 jika tidak kerana kelewatan mesik faks menghantar paperworks sebelum jendela perpindahan ditutup.

Dalam sidang media menjelang pertemuan Liga Perdana Inggeris menentang Everton malam esok, Mourinho mengakui beliau tidak pasti sama ada bekas penjaga gol Atletico Madrid itu berminat untuk terus kekal di Old Trafford. Namun begitu, Mourinho mendakwa isu kontrak De Gea bukan masalah utama beliau ketika ini dan tidak risau dengan situasi tersebut.

“Hanya pihak kelab dan De Gea yang boleh menjawab soalan anda [mengenai kontrak De Gea]. Apa yang saya boleh komen adalah semua pihak tahu betapa bagusnya De Gea dan betapa pentingnya beliau untuk Manchester United.”

Kemana hala tuju De Gea sekiranya ingin keluar dari United ? Real Madrid dah ada Courtois.. Barca ada Ter Stegen

“Sekiranya kelab ini mahu berada dalam kedudukan yang lebih baik daripada sekarang, perkara utama yang perlu mereka lakukan adalah mengekalkan De Gea.”

De Gea merupakan salah seorang dari 10 pemain utama United yang akan tamat kontrak pada penghujung musim depan. Berikutan keputusan Real Madrid mendapatkan khidmat Thibout Courtois dari Chelsea pada jendela perpindahan musim panas lalu, pihak atasan Manchester United yakin mereka mampu memujuk De Gea untuk melanjutkan kontraknya di Old Trafford untuk satu tempoh jangka panjang.

Selain De Gea, United juga berisiko untuk kehilangan Anthony Martial secara percuma memandangkan kontrak pemain tersebut juga akan tamat pada hujung musim depan. Martial dilaporkan telah menolak tawaran terbaru untuk melanjutkan kontraknya dari United tetapi kedua-dua belah pihak masih lagi berada dalam sesi rundingan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.

Martial dan Mourinho dikhabarkan mempunyai hubungan yang tidak berapa bagus

Selain De Gea dan Martial, antara pemain utama United yang berada di penghujung kontrak adalah Antonio Valencia, Juan Mata, Ander Herrera, Ashley Young, Chris Smalling, Phil Jones, Matteo Darmian, dan Andreas Pereira.

Manchester United akan melayan kunjungan Everton malam esok dalam aksi Liga Perdana Inggeris dan Mourinho sedar hanya kemenangan yang mampu melegakan sedikit tekanan yang dihadapinya ketika ini selepas United mengharungi permulaan musim paling buruk dalam sejarah kelab tersebut.

BACA:  Godin Nafi Guna Manchester United Untuk Mendapatkan Kontrak Lebih Lumayan Di Atletico Madrid