Inilah Punca Penceraian Antonio Conte dan Inter Milan

Antonio Conte dan Inter Milah sah bercerai selepas mencapai persetujuan bersama dan punca penceraian ini adalah disebabkan oleh masalah kewangan kerana kekurangan wang.

Kerana wang telah menjadikan hala tuju Antonio Conte tidak lagi sehaluan dan seiring sejalan lalu menuju ke ara yang bertentang. Sebab itu kena simpan emas.

Antonio Conte mahukan kelab mengeluarkan dana bagi membeli pemain baru untuk memperkuatkan lagi pasukan untuk mengekalkan kejuaraan domestik dan mencabar kejuaraan Eropah.

Manakala pihak kelab mahu menjual beberapa orang pemain dan mengumpul dana sebanyak €80 juta dan perkara ini tidak dipersetujui oleh Conte.

Inter Milan perlukan dana segera €80 juta bagi melangsaikan hutang jangka pendek mereka yang telah tiba masanya untuk dibayar yang dilaporkan berjumlah €100 juta.

Secara logiknya jika kelab menjual pemain untuk membayar hutang maka tidak akan ada dana untuk Conte mendapatkan pemain baru yang pasti sudah ada senarainya.

Romelu Lukaku pemain yang kembali mendapat rentak menjadi mesin pencetak gol nyata sedih dengan berita ini dan berita ini.

“Terima kasih Antonio. Kau telah mengubah aku sebagai seorang pemain dan menjadikan aku lebih kuat.. dan kita menang sama sama.”

“Kemenangan adalah segala-galnya bagi kau dan aku gembira kerana pernah ada kamu sebagai jurulatih. Aku akan pegang prinsip kau untuk seluruh karier aku. Aku terhutang budi dengan kau.”

Selepas perbincangan pada hari Rabu, bekas pengurus Chelsea dan Inter bersetuju untuk berpisah, dengan pengurus berusia 51 tahun itu menerima pembayaran sebanyak €7 juta (£6 juta) serta masih mempunyai satu tahun kontrak dengan gaji € 13 juta setahun.

“MILAN – FC Internazionale Milano dapat mengesahkan bahawa perjanjian telah dicapai dengan Antonio Conte untuk penamatan kontraknya dengan persetujuan bersama.

Kelab ingin mengucapkan terima kasih kepada Antonio atas kerja luar biasa yang telah dilakukannya, yang kemuncaknya meraih gelaran ke-19 buat Inter.

Antonio Conte akan kekal menjadi sebahagian daripada sejarah Kelab kami.”

Antonio Conte telah membawa Inter Milah menggondol kejuaraan Serie A bagi musim 2020/21 sekaligus menamatkan penguasaan Juventus yang telah menjuarai Scudetto selama 9 musim secara berturut-turut.

Skuad bimbingan Antonio Conte ini secara rasmi bergelar juara dengan 4 perlawanan berbaki selepas Atalanta seri 1-1 menentang Sassuolo.

Kejuaraan sembilan kali Juventus secara berturutan dimulakan oleh Antonio Conte sendiri pada tahun 2012 sebelum disambung Max Allegri dan Maurizio Sarri.

Kali terakhir Inter Milan bergelar juara pada tahun 2010 di mana Jose Mourinho bersama Samuel Eto’o, Wesley Sneijder dan Patrick Vieira mencatatkan kejuaraan treble.

Pada musim treble Inter Milan telah menjulang trofi Serie A, Champions League dan Coppa Italia dan selepas itu terus sendu.

Namun semua itu akan kekal dalam lipatan sejarah Inter Milan yang telah mengumumkan secara rasmi bahawa Antonio Conte pergi meninggalkan mereka.

Persepakatan telah dipersetujui oleh Antonio Conte dan Inter Milan untuk menamatkan kontrak dengan persetujuan bersama.

Setelah kejayaan agak luar biasa bersama diraih mereka memilih untuk berpisah dan semuanya kerana wang.

—-

MILAN – FC Internazionale Milano can confirm that an agreement has been reached with Antonio Conte for the termination of his contract by mutual consent. The Club would like to thank Antonio for the extraordinary work that he has done, culminating in Inter’s 19th top-flight title. Antonio Conte will forever remain a part of our Club’s history.

—-

MILANO – FC Internazionale Milano comunica di aver trovato l’accordo per la risoluzione consensuale del contratto con l’allenatore Antonio Conte. Tutto il Club desidera ringraziare Antonio per lo straordinario lavoro svolto, culminato con la conquista del diciannovesimo Scudetto. Antonio Conte rimarrà per sempre nella storia del nostro Club.

MILÁN – El FC Internazionale Milano comunica que ha llegado a un acuerdo para la rescisión consensuada del contrato con el técnico Antonio Conte. Todo el club quiere agradecerle a Antonio el extraordinario trabajo que ha realizado, culminando con la conquista del 19° Scudetto. Antonio Conte quedará para siempre en la historia de nuestro club.

—-

米兰 – 国际米兰足球俱乐部宣布,已经和教练安东尼奥-孔蒂就自愿终止合同达成协议。

俱乐部感谢安东尼奥-孔蒂做出的卓越贡献,他率领球队赢得了队史第19座意甲联赛冠军。他的名字将永远留在俱乐部历史之中。

MILANO – FC Internazionale Milano dapat mengonfirmasi bahwa kesepakatan telah dicapai dengan Antonio Conte perihal pemutusan kontraknya atas kesepakatan bersama. Klub ingin berterima kasih kepada Antonio atas pekerjaan luar biasa yang telah dilakukannya, yang berpuncak pada gelar liga ke-19 di kasta tertinggi liga. Antonio Conte akan selamanya menjadi bagian dari sejarah Klub kami.

—-

 ミラノ発 – FCインテルナツィオナーレ・ミラノはアントニオ・コンテ監督との契約の合意解除に達したことを発表する。クラブは史上19度目のスクデット獲得に至った同監督の並々ならぬ尽力に感謝の意を表する。アントニオ・コンテはインテルの歴史にその名を永遠に残すだろう。

BACA:  Masa Depan Conte Jadi Tanda Tanya Selepas Kritik Polisi Perpindahan Chelsea