Insiden Pelanggaran Ngeri Antara Maurizio Sarri Dengan Bintang Udinese

Maurizio Sarri menyatakan yang beliau kini berada dalam keadaan baik-baik sahaja selepas terlibat dalam satu insiden pelanggaran yang agak mengerikan dengan pemain Udinese, Ignacio Pussetto.

Insiden tersebut berlaku ketika aksi kemenangan Lazio menewaskan Udinese dalam saingan Coppa Italia awal pagi tadi.

Ketika insiden tersebut berlaku, pengurus berusia 63 tahun yang baru sahaja dilantik menjadi pengurus Lazio pada Jun tahun lalu itu dilihat berdiri di tepi padang (kawasan teknikal).

Pussetto pula pada ketika itu sedang terlibat dengan aksi perebutan bola dengan pemain midfield Lazio, Manuel Lazzari.

Pemain midfield Lazio itu kemudiannya menolak Pussetto menggunakan bahunya dan menyebabkan bintang Udinese itu terpelanting terus merempuh Sarri yang sedang berada di tepi padang.

Sarri terpelanting dengan cermin mata beliau turut tercampak sebaik dirembuh oleh Pussetto dan beliau dilihat berada dalam keadaan yang agak menyakitkan.

Pegawai teknikal dan barisan pemain simpanan Lazio juga sempat panik melihat Sarri terpelanting akibat dirempuh oleh Pussetto.

Tidak lama selepas itu, kedua-dua mereka kembali berdiri dengan Pussetto dilihat meminta maaf kepada bekas pengurus Chelsea itu.

Sarri kemudiannya mengambil semula cermin mata beliau, dan beliau segera menunjukkan isyarat yang dirinya berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Selepas wisel penamat dibunyikan, Sarri mengesahkan yang beliau masih dalam keadaan baik-baik dan insiden pelanggaran itu tidak meninggalkan kesan buruk kepadanya.

β€œIa merupakan ujian yang bagus untuk saya dalam keadaan saya pada ketika ini.”

Jelas Sarri sambil ketawa.

β€œSaya mahu menjelaskan yang saya adalah orang pertama yang bangun terlebih dahulu.”

Lazio berjaya mencatatkan kemenangan dalam perlawanan tersebut selepas menewaskan Udinese dengan keputusan 1-0.

Ciro Immobile muncul sebagai wira kelab apabila beliau meledak gol pada minit ke-106 untuk membantu Lazio untuk mara ke aksi suku akhir saingan Copa Italia.

Skuad kendalian Maurizio Sarri itu selepas ini akan turun beraksi bertemu AC Milan di peringkat suku akhir pada 9 Februari nanti.

Sarri dalam kenyataannya ada menyatakan bahawa:

β€œSkuad pada ketika ini sedang berkembang baik, dan ada peningkatan dari segi semangat serta kualiti, dengan aksi malam ini semua orang terlibat dari segi semangat dan pengorbanan, termasuk pemain muda dan semua yang berada di bangku simpanan.”

β€œPihak kelab sangat berhati-hati dan tidak akan mengubah sepenuhnya kelab pada satu jendela perpindahan sahaja. Saya tahu hal itu sebelum saya sampai lagi.”

β€œPerkara terpenting adalah kelab sudah bersedia dari segi mental untuk menemani kami dalam perjalanan kami mahu terus berkembang.”

Lazio pada ketika ini berada di kedudukan keenam dalam carta saingan Serie A dengan mereka sudah mengumpul 35 mata dari 22 perlawanan.

Harapan mereka untuk berada di kelompok empat teratas masih cerah dengan mereka kini hanya tujuh mata sahaja dibelakang Atalanta yang sedang menduduki tempat tersebut.

Udinese sementara itu sedang berada di kedudukan ke-14 dalam carta saingan Serie A dengan mengumpul 23 mata dari 21 perlawanan.

Coppa Italia merupakan antara Piala kejuaraan yang menjadi sasaran Lazio pada ketika ini, dengan mereka juga sepertinya sudah berjaya mendapatkan tahap persembahan terbaik skuad.

Dengan skuad sedia ada yang sudah sememangnya mantap, tidak akan mengejutkan andai Sarri mampu untuk lakukan sesuatu dan membantu kelab memenangi Piala.

Agak membimbangkan juga untuk memikirkan keadaan Sarri ketika awal melihat insiden tersebut, namun memandangkan beliau sendiri sudah mengesahkan yang dirinya dalam keadaan baik-baik sahaja, maka sepertinya tiada apa yang perlu dirisaukan.

Sumber: SPORTbible

BACA:Β  Sarri Tuduh Pemain Chelsea Tiada Motivasi Untuk Menang