Pirlo Dilantik Pengurus Baharu Juventus Beberapa Jam Selepas Sarri Dipecat

Belum habis berita mengejutkan mengenai pemecatan Maurizio Sarri, Juventus telah umumkan perlantikan Andrea Pirlo sebagai pengurus baharu dan pengganti Sarri hanya selepas beberapa jam sahaja.

Situasi ini menyebabkan ramai peminat bola sepak yang masih lagi terkejut terus terkentut. Pantas betul buat kerja.

Pemecatan Maurizio Sarri ini terjadi selepas tersingkirnya The Old Lady dari saingan Champions League di peringkat kalah mati di kaki pasukan Perancis, Lyon.

β€œJuventus mengumukan Maurizio Sarri kini telah dilepaskan daripada jawatannya sebagai jurulatih skuad utama,” ujar kenyataan rasmi daripada kelab tersebut.”

β€œPihak kelab ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau setelah membantu menulis sejarah baharu untuk Juventus dengan kejuaraan ke-9 liga.”

Dengan kekalahan melalui peraturan gol tempat lawan itu satu mesyuarat tergempar diadakan bagi membincangkan masa depan Sarri kurang 24 jam selepas tersinggkir.

Dapatan daripada mesyuarat itu dapat dilihat bahawa Sarri tidak seiring dengan visi dan misi Juventus untuk menggapai kegemilangan.

Pembelian mega Cristiano Ronaldo oleh Juventus dengan satu sasaran yang jelas iaitu mahu membawa pulang trofi Champions League ke Turin.

Andrea Pirlo Pengganti Sarri

Pemecatan Maurizio Sarri telah diumumkan pada 8 Ogos 2020, jam 8:44 malam dan pada 9 Ogos 2020, jam 2:02 Juventus secara rasmi mengumumkan Andrea Pirlo sebagai pengurus baharu.

Pirlo telah diikat kontrak selama dua tahun menyaksikan pemain lagenda Italy itu akan kekal di Turin sehingga 30 Jun 2022 jika tidak dipecat seperti Sarri.

β€œAndrea Pirlo akan menjadi jurulatih baharu Juventus. Berusia 41 tahun lahir di Flero di daerah Brescia. Andrea Pirlo mempunyai karier yang sangat lejen sebagai pemain bola sepak yang membolehkan menjuarai Champions League hinggalah Piala Dunia pada 2006.

β€œSelama 4 tahun mengemudi jentera tengah Juventus, Pirlo telah memenangi banyak gelaran liga, Piala Itali dan dua Super Cups.”

β€œHari ini bermula episode baru dalam karier beliau dalam dunia bola sepak. Mulai hari ini, Pirlo akan menjadi THE Coach untuk Juventus di mana kelab telah menaruh kepercayaan untuk memberikan kepimpinan teknikal untuk menguruskan pasukan utama.”

Beberapa hari yang lalu atau lebih tepatnya pada 1 Ogos 2020 Juventus telah mengumumkan bahawa Andrea Pirlo telah dilantik sebagai jurulatih pasukan Juventus bawah 23 tahun.

Bermula musim 2020/21 Pirli akan memperkasakan skuad kedua Juventus itu dan projek Juventus bawah 23 tahun ini merupakan hasrat dan cita-cita Presiden kelab.

Lapan hari kemudian Pirlo telah dinaikkan pangkat kepada jurulatih pasukan utama, satu pencapaian menakjubkan dari Pirlo. Cepat nau naik pangkat.

Malang buat Sarri yang dipecat buat kali kedua secara berturut-turut selepas membawa pulang piala dan digantikan pula dengan bekas pemain kelab.

Bersama Chelsea, Sarri telah dipecat selepas menjuarai Europa League dan mendapat slot ke Champions League lalu digantikan dengan Frank Lampard.

Selepas setahun skrip sama berulang. Selepas meraih Sucdetto ke-9 secara berturut-turut, Sarri telah dipecat dengan penuh bergaya.

BACA:Β  Sarri Tidak Gembira Dengan Situasi Willian Yang Lambat Tiba Untuk Pra-Musim