Lima Punca Membawa Kepada Pemecatan Pirlo

Ketika Andrea Pirlo diletakkan sebagai pengganti Maurizio Sarri, ramai sudah menjangkakan hayat dan jodoh Pirlo bersama Juventus tidak lama dan akhirnya itulah yang terjadi.

Agak kental juga bagi Andrea Pirlo apabila mampu bertahan sehingga tamat musim 2020/21 sebelum dipecat dengan penuh sentimental oleh Juventus.

Juventus mengalami musim suram dibawah apabila gagal mengekalkan kejuraan Serie A dan menamatkan penguasaan selama 9 musim berturut-turut.

Bahkan Juventus hampir saja bermain di saingan Europa League namun berjaya mendapatkan slot Championship League di hari terakhir.

Pemecatan Maurizio Sarri telah diumumkan pada 8 Ogos 2020, jam 8:44 malam dan pada 9 Ogos 2020, jam 2:02 Juventus secara rasmi mengumumkan Andrea Pirlo sebagai pengurus baharu.

Pirlo telah diikat kontrak selama dua tahun menyaksikan pemain lagenda Italy itu akan kekal di Turin sehingga 30 Jun 2022 jika tidak dipecat seperti Sarri.

Sebelum itu, pada 1 Ogos 2020 Juventus telah mengumumkan bahawa Andrea Pirlo telah dilantik sebagai jurulatih pasukan Juventus bawah 23 tahun.

Bermula musim 2020/21 Pirlo akan memperkasakan skuad kedua Juventus itu dan projek Juventus bawah 23 tahun ini merupakan hasrat dan cita-cita Presiden kelab.

Lapan hari kemudian Pirlo telah dinaikkan pangkat kepada jurulatih pasukan utama walaupun belum sempat bertugas, satu pencapaian menakjubkan dari Pirlo. Cepat nau naik pangkat

Disaingan Champions League bagi musim 2020/21 cerita sama berulang lagi seperti musim lalu apabila sekali lagi tersingkir dipusingan 16 terbaik dengan peraturan gol tempat lawan.

Jalan cerita sama cuma watak dan tempat berbeza, musim lalu pasukan Ligue 1 dari Perancis, Lyon menendang Juventus keluar dan musim ini giliran pasukan Portugal, FC Porto pula.

Juventus tewas 1-2 digelanggang lawan pada perlawanan pertama dan bangkit mengikat agregat dalam perlawanan kedua dengan keputusan 2-1 selepas 90 minit permainan.

Terikat agregat memaksa perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan dan perlawanan berakhir dengan kemenangan 3-2 berpihak kepada Juventus dengan agregat 4-4.

FC Porto layak dengan kelebihan gol tempat lawan. Musim lalu Maurizio Sarri dipecat selepas tewas di pusingan yang sama walaupun bergelar juara Serie A.

Apakah Pirlo bakal menerima nasib yang sama kerana peluang untuk Juventus mengekalkan kejuaraan Serie A tampak samar walaupun peluang itu masih ada.

Apakah punca yang membawa kepada kemerosotan Juventus di bawah bimbingan Andrea Pirlo? Musim terburuk mereka dalam tempoh 10 tahun tahun.

1. Kurang pengalaman pengurusan di tahap tertinggi

Melantik Andrea Pirlo sebagai pengurus sentiasa merupakan satu perjudian bagi pengurusan tertinggi Juventus kerani Pirlo hanya mempunyai reputasi sebagai seorang pemain legenda sahaja.

Mereka mungkin terpengaruh bagaimana Barcelona mengangkat Pep Guardiola ke dalam sistem satu masa dahulu, ataupun seperti Zinedine Zidane dengan Real Madrid.

Kelab tersebut berharap bekas pemain tersebut yang memiliki tempoh gemilang sebagai pemain turut mampu melakukannya di kawasan teknikal padang.

Namun apa yang dilakukan Juventus juga mungkin merupakan satu kesilapan mengambil kira Pirlo setakat ini kelihatan bergelut dalams setiap aspek pengurusan.

Pengalaman adalah salah satu perkara penting dalam bola sepak dan inilah yang tiada pada Pirlo yang membawa kepada aksi tidak konsisten Juventus.

Tatkala jurulatih seperti Zidane dan Guardiola mengasah bakat masing-masing bersama skuad remaja selama beberapa musim, Pirlo sebaliknya tidak sempat berbuat demikian dek keputusan gelojoh Juventus sendiri.

2. Gagal terapkan corak permainan dikehendaki

Andrea Pirlo mengambil alih jawatan pengurus Juventus dari Maurizio Sarri dengan janji untuk memperbaharui jenama kelab dengan corak permainan menyerang berteraskan pressing.

Selepas perlawanan komptitif pertama yang dikendalikannya, Pirlo berkata:

“Melihat Champions League pada musim lalu, pasukan yang mara jauh adalah pasukan yang cepat mendapatkan bola selepas kehilangan bola. Pada saya itulah karakter permainan yang harus kami ada.”

Masalahnya apabila Juventus beraksi menentang pasukan kerdil seperti Sampdoria sekali pun, skuad kendalian Pirlo bergelut untuk mempraktikkan corak permainan yang beliau kehendaki.

Apatah lagi menentang pasukan yang lebih gah di Serie A dan Barcelona di Champions League.

“Buat masa ini terdapat banyak kekurangan kreativiti untuk mendapatkan bola [dengan pantas]. Kami mahu bermain corak menyerang; ia normal apabila lawan mendapat lebih banyak peluang.

“Di midfield kita memerlukan lebih banyak persefahaman di kalangan pemain. Ia mengambil masa untuk memahami gerakan antara satu sama lain. Kami sedang berusaha keras pada fasa bermain agresif. Ia harus dipercepatkan.”

Kedengaran seperti Pirlo bergelut untuk pemain-pemainnya memahami corak permainan yang beliau kehendaki. Ini berpunca dari tiada pengalaman.

3. Terlampau bergantung kepada Cristiano Ronaldo

Walaupun terlepas beberapa perlawanan akibat jangkitan wabak, Ronaldo yang kini berusia 35 tahun masih dianggap melakukan permulaan yang baik untuk musim 2020/21.

Mungkin Pirlo berharap Ronaldo dapat memacu dan memberi inspirasi kepada Juventus sebagaimana ketika Ronaldo bersama Zidane di Real Madrid dan berjaya menjulang kejuaraan hatrik Champions League?

Walaupun masih hebat Ronaldo kini sudah bergelar pemain veteran. Walaupun menjadi penjaring terbanyak di Serie A namun gagal memacu kecermerlangan Juventus.

Di Champions League peringkat kumpulan, Juventus turut memenangi kedua-dua perlawanan apabila Ronaldo diturunkan beraksi.

Tahun lalu dalam lima perlawanan tanpa Ronaldo, skuad Pirlo diikat pasukan kerdil Crotone, Hellas Verona dan Benevento selain tewas kepada Barcelona.

Jelas sekali Pirlo terlampau bergantung kepada kebolehan individu Ronaldo sehingga Juventus lupa bagaimana untuk menang sekiranya pemain itu tidak beraksi.

Kebergantungan kepada Ronaldo juga akan menyebabkan 9 lagi pemain lain dipadang gagal mengeluarkan potensi diri ke tahap lebih tinggi.

Pada hari terakhir perlawanan, Cristiano Ronaldo hanya memanaskan bangkus simpanan dan langsung tidak diturunkan, Juventus mudah menewaskan Bologna 4-1.

Maranya Juventus ke Champions League dibantu elemen nasib apabila Napoli sekadar seri 1-1 dengan Verona.

4. Gagal cari kesebelasan utama

Walaupun Cristiano Ronaldo masih pemain utama Juventus, Andrea Pirlo bagaimana pun bergelut untuk mencari kesebelasan utama terbaiknya.

Tempoh pra musim yang pendek mungkin salah satu punca untuk menguji gandingan yang diperlukan. Tetapi pemain baru yang dibawa masuk juga tidak membantu.

Sebagai contoh Arthur Melo yang dibawa masuk dari Barcelona sukar untuk mendapatkan minit perlawanan di bawah kendalian Pirlo.

Contoh lain adalah Matthijs de Ligt yang tiba dari Ajax pada musim lalu dengan reputasi agak besar.

Prestasi tidak menentu Paulo Dybala juga tidak membantu, terutama apabila beliau diharap mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Ronaldo ketika pemain Portugal itu cedera.

Tanpa Ronaldo dan Morata, Juventus juga tumpul di jentera serangan pada musim ini.

Masalah ini menjadi punca utama mengapa Juventus gagal menewaskan pasukan kerdil seperti Verona, Crotone dan Benevento.

Kegagalan ini telah menghantui mereka pada hujung musim ini.

5.Gagal selesaikan masalah pertahanan

Juventus dianggap melalui musim Serie A terburuk mereka pada musim lalu walaupun menjuarai kejuaraan liga buat kali kesembilan berturut-turut.

Taktikal Sarriball yang menekankan corak bertahan secara zonal antara perkara yang dipersalahkan.

Sepanjang musim Juventus bergelut dengan corak bertahan yang mereka tidak biasa lakukan, sehingga dibolosi 43 gol – terbanyak dalam tempoh sedekad Juventus dibolosi.

Setelah diumumkan selaku pengganti Maurizio Sarri, Pirlo menggariskan antara perkara terpenting beliau akan lakukan ialah untuk menggantikan sistem bertahan secara zonal kepada man-to-man marking, dan percaya ia sistem yang lebih sesuai.

Namun selepas 13 perlawanan dilalui pada musim ini, skuad kendalian Andrea Pirlo telah dibolosi sebanyak 11 kali, dan merekodkan clean sheet sebanyak empat kali.

Barisan pertahanan Pirlo kelihatan semakin baik selepas 23 hanya bolos 20 kali dan bermakna hanya bolos 9 kali dalam 10 perlawanan terakhir.

Sarri dengan taktik bertahan beliau telah dilabel sebagai musim terburuk Juventus lalui walaupun bergelar juara.

BACA:  Secara Rasminya Andrea Pirlo Dipecat