Secara Rasminya Andrea Pirlo Dipecat

Chuck Noris Itali yang juga pengurus Juventus kini secara rasminya dan dengan sahnya telah dipecat oleh Juventus selepas prestasi musim 2020/21 yang sangat mengecewakan.

Andrea Pirlo sepanjang musim bersama Juventus telah menghadirkan dua piala iaitu Supercup Itali dan Coppa Italia namun gagal di Serie A dan Champions League.

Musim ini menyaksikan Juventus gagal mengekalan gelaran juara Serie A buat kali ke-10 berturut-turut dan hampir saja gagal ke Champions League.

“Terima kasih, Andrea.

Inilah perkataan pertama yang harus kami semua ucapkan di penghujung pengalaman istimewa kita bersama.
.
Beberapa bulan yang lalu, Andrea Pirlo, ikon bola sepak dunia telah memulakan pengembaraan baru apabila buat pertama kalinya menjadi jurulatih.
.
Untuk melakukan semua ini, yang paling utama, ia memerlukan keberanian, dan juga kesedaran akan cara sendiri, terutama dalam masa yang didilanda dengan ribuan kesulitan, dengan dunia yang dilanda wabak untuk mencipta kembali peraturannya sendiri dari hari ke hari.
.
Pirlo telah memulakan langkahan pertama di mana tiada keraguan untuk menempah karier yang gemilang sebagai jurulatih. Proses perubahan, mencari, dan sering mengurus, untuk membawa idea dan pengalamannya sebagai juara di lapangan dari “sisi lain”.
.
Dan kerana dalam bola sepak, apa yang penting adalah kemenangan, mari kita ingat kembali: dalam beberapa bulan yang singkat Pirlo’-Juve telah mengumpulkan dua piala: Supercup Itali dan Coppa Italia. Dan dia, sebagai jurulatih, membawa pulang kemenangan cemerlang di bidang yang paling berprestij, dari San Siro hingga Camp Nou.
.
Untuk semua ini, atas keberanian, dedikasi, semangat yang ditunjukkannya setiap hari, terima kasih kami ucapkan kepada Maestro, jurulatih dan Andrea, yang benar-benar datang dari hati. Semoga maju jaya untuk masa depan yang pasti akan menjadi indah.”

Pirlo telah dilantik sebagai pengurus Juventus musim ini selepas Maurizio Sarri dipecat kerana tersingkir the old lady di pusingan 16 terbaik Champions League.

Pirlo yang sepatutnya pada musim 2020/21 menjadi pengurus pasukan bawah 21 tahun Juventus telah dilantik menggantikan Sarri Ball yang merupakan seorang perokok tegar.

Sungguh bertuah Pirlo kerana belum sempat mengendalikan walau satu minit perlawanan pasukan bawah 21 tahun terus naik pangkat ke pasukan utama.

juventus bermula tidak berapa cantik musim ini namun perlahan-lahan mula mendapat keputusan yang baik dan mudah melepasi peringkat kumpulan Champions League.

BACA:  Gennaro Gattuso Mangsa Gurauan Gila Andrea Pirlo