Sarri Tidak Gembira Dengan Situasi Willian Yang Lambat Tiba Untuk Pra-Musim

Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri meluahkan rasa tidak gembira beliau terhadap Willian selepas peamin itu gagal melaporkan diri untuk latihan pada tarikh yang ditetapkan.

Willian merupakan sebahagian daripada skuad Brazil yang hanya mampu mara sehingga peringkat suku akhir sebelum disingkirkan oleh Belgium. Beliau diberi pelepasan untuk bercuti lebih lama tetapi gagal melaporkan diri pada masa yang ditetapkan pihak kelab.

Willian gagal melaporkan diri pada hari yang ditetapkan. Homesick agaknya sebab terlalu lama cuti

Tindakan itu menimbulkan rasa tidak puas pengurus Chelsea yang kecewa dengan kelakuan Willian walaupun Chelsea telah berlembut dengan Willian dengan memberikan beliau masa yang lebih untuk bercuti.

Menurut laporan dari beberapa akhbar Sepanyol, Chelsea telah menolak beberapa bidaan daripada Barcelon terhadap Willian pada jendela perpindahan kali ini. Keadaan menjadi tambah panas apabila Willian gagal melaporkan diri pada masa yang ditetapkan tetapi beberapa sumber mendakwa Willian sebenarnya menghadapi masalah passport.

Ketika bercakap kepada sidang media selepas Chelsea tewas dalam penentuan sepakan penalti di tangan Arsenal awal pagi semalam, Sarri mengakui beliau kecewa dengan situasi yang melanda Willian sekarang.

‘EPL’ baru. Tiada lagi Wenger dan Conte

“Saya mahu bercakap dengan Willian terlebih dahulu sebelum saya menjawab soalan dari kalian semua” Ujar Sarri apabila ditanya adakah Willian telah menjalani latihan bersama pasukan utama pada hari Rabu.

“Saya tidak tahu. Saya tidak gembira dengan situasi yang saya hadapi sekarang tetapi saya mahu berbincang dengan Willian terlebih dahulu.”

“Adakah keadaan ini agak janggal ? Saya rasa ya.”

Willian merupakan salah seorang pemain Chelsea yang dikaitkan dengan perpindahan ke Sepanyol. Eden Hazard turut dikaitkan dengan perpindahan rekod dunia ke Real Madrid, bersama penjaga gol Belgium, Thibout Courtois.

Tetapi Sarri berkata beliau akan berjuang untuk mengekalkan pemain-pemain ini dari meninggalkan Stamford Bridge.

“Buat masa sekarang saya tidak dapat memberi sebarang komen mengenai perkara ini. Saya akan berjumpa mereka buat kali pertama pada hari Sabtu ini, jadi sekarang memang saya tidak tahu apa-apa mengenai situasi mereka.”

“Kita sedang bercakap mengenai pemain yang hebat dan saya rasa setiap kelab mahu mengekalkan pemain terbaik mereka.”

Hazard digembar-gemburkan menjadi pilihan Real Madrid untuk mengisi tempat Ronaldo

Bekas pengendali Napoli itu juga mengesahkan pemain remaja Chelsea, Callum Hudson-Odoi bakal menjadi sebahagian dari rancangan beliau untuk musim hadapan selepas pemain tersebut mempamerkan persembahan yang hebat ketika beraksi menentang Arsenal.

“Beliau masih lagi muda. Kita perlu tunggu. Tetapi pada masa hadapan, beliau akan menjadi pemain yang sangat, sangat kuat.”

“Adakah beliau akan berada dalam pasukan utama ? Saya rasa ya. Beliau akan kekal bersama kami sepanjang musim.

BACA:  Batshuayi Terus Mengganas, 3 Gol Dari 2 Perlawanan Setakat Ini Bersama Dortmund