Sarri: Saya Akan Dipecat Jika Gagal Raih Sebarang Trofi Dalam Masa Empat Tahun

Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri berkata beliau akan kehilangan kerjanya di Stamford Bridge sekiranya gagal memenangi sebarang trofi dalam masa empat tahun.

Pemilik Chelsea, Roman Abramovic terkenal sebagai pemilik yang tidak berfikir dua kali mengenai kejayaan kelab yang dimilikinya itu. Mana-mana pengurus yang gagal menepati KPI yang telah ditetapkannya akan dipecat serta merta.

Saya tak da masa yang lama seperti Poket Tino untuk memenangi trofi. Abramovic bukannya jenis penyabor

Antonio Conte merupakan contoh yang terbaik. Walaupun berjaya memenangi Liga Perdana Inggeris dalam musim pertamanya di England, beliau gagal mengekalkan kejuaraan yang dimenanginya musim lepas dan Chelsea sekadar menamatkan musim di kedudukan ke-5 sekaligus gagal beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropahh musim ini.

Piala FA yang dimenangi mereka hujung musim lalu gagal menyelamatkan karier Conte dengan Abramovic memilih untuk membawa masuk Sarri bagi memberi nafas baru kepada The Blues.

Namun begitu, lain pula yang berlaku di Tottenham Hotspurs. Pengurus Spurs, Mauricio Pochettino masih lagi gagal membawa pasukannya memenangi sebarang trofi sejak mengambil alih pasukan empat tahun lalu.

Empat tahun tanpa piala tapi masih steady. Sama macam pasukan Next Year Is Our Year. 3 tahun tanpa trofi tapi Klopp pandai peluk player

Pochettino dan Sarri akan berentap buat kali pertama musim ini dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi nanti dan Sarri percaya beliau tidak akan diberikan masa yang lama untuk memenangi trofi seperti yang diperolehi Pochettino bersama Spurs.

Apabila ditanya adakah beliau boleh mengemudi Chelsea selama empat tahun tanpa memenangi sebarang trofi, ini jawapan Sarri.

“Saya tidak rasa saya boleh berbuat demikian. Saya tidak tahu.”

“Ia bergantung kepada kelab. Mana yang lebih penting sama ada untuk memenangi trofi atau meningkatkan prestasi pemain.”

“Untuk mengelakkan soalan macam ni, saya mahu memenangi trofi bersama Chelsea. Kadang-kadang ada syarat tertentu untuk memenangi trofi. Kadang-kadang tiada.”

“Memang jelas Pochettino adalah pengurus yang sangat penting, sama ada beliau mempunyai trofi atau pon tidak.”

Sarri juga ditanya siapakah pemain Spurs yang ingin ditandatanganinya sekiranya mempunyai peluang. Tanpa segan silu, Sarri meluahkan perasaan kagumnya terhadap pemain antarabangsa Denmark, Christian Eriksen.

Eriksen masih belum menandatangani kontrak jangka panjang bersama Spurs. Ada chance Sarri nak beli

Wartawan kemudian memberitahu Sarri yang beliau mempunyai peluang untuk mendapatkan Eriksen kerana pemain itu masih belum melanjutkan kontraknya bersama Spurs.

“Tidak, tidak, tidak. Saya sangat suka dengan Eriksen tetapi saya tidak mahu bercakap mengenai pemain Tottenham dalam pasaran perpindahan.”

“Saya hanya cuma menjawab soalan anda.”

Dalam aksi Liga Perdana Inggeris, Spurs pastinya bersemangat untuk menamatkan rekod tanpa kalah Chelsea musim ini bagi memastikan mereka tidak ketinggalan terlalu jauh dengan pendahulu, Manchester City dalam perebutan kejuaraan liga.

BACA:  Premier League 2022/23: Chelsea 0-1 Arsenal