Walaupun tanpa kehadiran para penyokong, temasya Olimpik Tokyo 2020 tetap menarik untuk ditonton dengan pelbagai aksi menakjubkan dari para atlet.
Para atlet terbaik dari seluruh pelusuk dunia berkumpul dan telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan untuk menghiburkan para peminat di waktu kesukaran seperti sekarang.
Bermula dari Adam Peaty yang mendominasi kolam renang sekali lagi, Karston Warholm berjaya menghasilkan larian 400m berpagar yang paling menakjubkan dalam sejarah dan pelbagai lagi rekod-rekod dunia yang berjaya dipecahkan di temasya Olimpik Tokyo ini.
#BREAKING: Canada has won the bronze in the men’s 4×100-metre relay at #Tokyo2020.https://t.co/J6jBIav0ML
— Globalnews.ca (@globalnews) August 6, 2021
Walau bagaimanapun, aksi dalam acara pecut lelaki agak sepi dan sedikit sendu pada kali ini, selepas atlet terhebat dunia, Usain Bolt bersara dari dunia sukan larian ini.
Para peminat acara pecut agak terkejut melihat pelari Itali, Marcell Jacobs berjaya memenangi pingat emas acara 100m dengan catatan masa 9.80 saat.
Dalam acara 200m, Andre De Grasse berjaya memenangi pingat emas selepas menewaskan duo handalan Amerika Syarikat dengan catatan masa 19.62 saat.
Walau bagaimanapun, acara yang paling memberi kejutan kepada para peminat adalah acara 4×100m dengan quartet Amerika Syarikat tersingkir awal.
Track And Field Legend Carl Lewis Rips U.S. Team For Performance In Men’s 4×100 Relay https://t.co/tOioIMZu0h pic.twitter.com/TeLyF6MXou
— The Daily Wire (@realDailyWire) August 6, 2021
Amerika Syarikat jelas merupakan pilihan utama untuk memenangi acara ini dengan quartet mereka sering layak ke peringkat akhir.
Melihat kepada pelari yang mereka miliki di temasya Olimpik kali ini, Amerika jelas merupakan pilihan utama untuk membawa pulang pingat emas.
Walau bagaimanapun, selepas quartet mereka tersingkir dan ditambah pula Jamaica tidak mempunyai pelari handalan, maka perlumbaan ini agak sedikit terbuka.
Perlumbaan akhir acara 4×100m kali ini bolehlah dianggap sangat menarik dan sengit dengan Itali berjaya memenangi pingat emas dengan catatan masa 37.50 saat.
Filippo Tortu fractured both his hands at the 2014 Youth Olympic Games and had to miss the 100m final
He just won an Olympic gold
Fairytales don't get any better ❤️ pic.twitter.com/jrLWtFfKUJ
— Aniket Mishra (@aniketmishra299) August 6, 2021
Selepas kesemua pelari mereka berlari dengan sangat baik, Itali berjaya memastikan emas menjadi milik mereka dengan menewaskan quartet Great Britain betul-betul berhampiran garisan penamat.
Mereka turut diikuti rapat oleh quartet dari Canada yang memenangi pingat gangsa dalam acara ini selepas menamatkan larian di belakang Great Britain.
Pada awalnya quartet Great Britain dijangka akan memenangi pingat emas selepas mereka sedikit mendahului quartet lain menjelang 70m terakhir.
Dengan berbaki satu ela sahaja sebelum menerjah garisan penamat, quarter GB masih mendahului perlumbaan menerusi Nethaneel Mitchell-Blake namun beliau dipotong saat akhir oleh Filippo Torfu.
Ia merupakan satu perlumbaan yang cukup sengit dengan Itali, Great Britain dan Canada masing-masing berkesempatan untuk menang, namun Torfu akhirnya sampai ke garisan penamat terlebih dahulu.
Minggu yang sempurna untuk kontijen Itali dengan mereka telah mengumumkan pada dunia yang mereka ketika ini kuasa besar dalam acara pecut.
Selepas tamat perlumbaan, Mitchell-Blake jelas kecewa dan seolah-olah menyalahkan dirinya sendiri sebagai punca quartet Great Britain tewas.
Mungkin kerana beliau yang dipotong pada saat-saat akhir, dan kerana itulah Mitchell-Blake merasakan yang dirinya yang patut dipersalahkan.
It’s #gold for #JAM in the women’s 4 x 100m relay!
Congrats to #JAM for a great win on their Independence Day! #StrongerTogether | #Tokyo2020 | @WorldAthletics | #Athletics pic.twitter.com/dP3AvAALml
— Olympics (@Olympics) August 6, 2021
Rakan sepasukannya yang lain berusaha memujuk dan menenangkan beliau yang akhirnya terima dengan keputusan tersebut.
Walau tiada rekod baru, namun aksi dan persembahan para atlet dengan mempamerkan perlumbaan sengit dan menakjubkan sangat menghiburkan para peminat.
Pecutan berapi 4×100 Akhir Lelaki milik ITALI !! cemas min tengok, kus semangat !!
.#olympictokyo2020 pic.twitter.com/ZyisnWjDsB— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 6, 2021
Quartet 4×100m kategori wanita pula pingat emas menjadi milik Jamaica, Amerika Syarikat memenangi pingat perak dan Great Britain memenangi pingat gangsa.
Quartet Jamaica menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 41.02 saat yang mana ia memecah rekod kebangsaan mereka, dan juga merupakan catatan kedua terpantas dalam sejarah.
Sumber: GMS