Pemain tengah Aston Villa, Jack Grealish yang menjadi buruan kelab-kelab jerung telah mendedahkan kenapa beliau memakai stokin pendek dan shinpad yang kecil ketika beraksi yang menjadi satu kombinasi yang unik.
Jack Grealish dapat membendung lagi kehebatan beliau ketika menyarung jersi England ketika Three Lions menewaskan Austria 1-0 di Stadium Riverside Middlesbrough.
Dengan aksi meyakinkan itu jelas kelihatan Jack Grealish sudah bersedia memainkan peranan penting dalam Kejuaraan EURO 2020 yang akan datang.
An absolute honour to make the squad for the Euros this summer. I’ve always dreamt about playing in a major tournament for my country! Let’s make it a summer to remember 🏴🦁 #ThreeLions pic.twitter.com/rEgOBMdfpi
— Jack Grealish (@JackGrealish) June 1, 2021
Jika dipilih menjadi pemain kesebelasan utama England oleh Gareth Southgate maka berbilion penonton akan dapat melihat Grealish dengan stokin pendek dan shinpad yang comel.
Di Premier League sudah terbukti bahawa Grealish merupakan antara pemain bola sepak yang seronok untuk ditonton permainannya dan sudah pasti menjadi tumpuan bersama England.
Jack Grealish is dominating the Premier League this season:
⬢ Most successful final ⅓ passes
⬢ Most duels won
⬢ Most touches in the opp. box
⬢ Most fouls won
⬢ Most chances created
⬡ 6 assists
⬡ 5 goalsLow socks, high output. 🧦 pic.twitter.com/4lY19g4s8U
— Squawka Football (@Squawka) December 22, 2020
Jack Grealish telah mendedahkan sebab kenapa beliau memakai stokin pendek dan shinpad yang nipis kepada Birmingham Live.
“Sudah jelas yang tentunya stokin yang dipakai sepatutnya berada di atas betis kau.” Ujar Grealish.
“Tetapi setahun ketika aku berada di sini, stokin aku mengecut selepas dibasuh. Oleh itu, walaupun ditarik stokin itu naik lebih tinggi.”
“Musim itu, aku akhirnya bermain dengan sangat baik. Jadi ia menjadi perkara takhayul bagi aku. Aku telah fikir ‘Aku akan terus melakukan ini kerana kerana aku telah melakukannya dengan baik’.”
😆🏴🧦 England Players Jack Grealish & Conor Coady Wear Socks Remarkably Differently: https://t.co/wxgbmdpzPr
— Footy Headlines (@Footy_Headlines) June 3, 2021
Di sebalik kisah stokin pendek Grealish itu, ada yang membuat palatao dengan menyatakan bahawa Grealish memakai stokin pendek sebagai penghargaan kepada the one and only George Best, lagenda Manchester United dan Ireland Utara.
Namun, Grealish mengesahkan perkara itu tidak benar dan stokin pendeknya itu tiada kena mengena dengan pemain lagenda itu.
“Ramai orang mengatakan bahawa itu kerana George Best. Walaupun aku mencintainya dan sangat mengagumi apa yang dia lakukan, itu bukan alasannya.”
Mengenai shinpadnya yang kecil, jelas sangat kecil sehingga kelihatan seperti Grealish tidak mengenakan perlindungan langsung ketika perlawanan.
No wonder Jack Grealish wears his socks so low…
Some serious calves. 🐄 pic.twitter.com/E81CGSS6TE
— Squawka News (@SquawkaNews) July 25, 2018
Rupa-rupanya shinguardnya saiz diantara budak kecil yang besar dan orang dewasa yang kecil (Saiz XS la kot) dan saiznya membantu Grealish bergerak lebih bebas di padang.
Grealish mengakui bahawa itu antara perkara tahyul yang melekat dan dipercayainya serta akan terus dilakukan.
“Ini merupakan satu perkara tahyul yang aku lakukan sepanjang hidup aku dan aku akan terus pastikan perkara ini kekal.”
“Ada beberapa orang pengadil menegur aku tapi aku terus memakai stokin pendek dan shinpad kecik.”
You can buy some new boots now, @JackGrealish1 👟#EFLPlayOffs | #StepUp | @AVFCOfficial pic.twitter.com/vhqfn5I4av
— EFL (@EFL) May 27, 2019
Mungkin Grealish mengakui itu satu perkara tahyul yang beliau percayai dan amalkan namun pada 2019, ketika beliau menjadi ketua pasukan yang membawa Aston Villa kembali ke Premier League, Grealish memakai kasut yang rabak.
“Aku kembali dari kecederaan dan jelas, ini seperti ini,” katanya kepada Sky Sports.
“Aku berjaya jaringkan beberapa gol dan aku membuat beberapa assist dan menganggap ini adalah kasut bertuah aku, aku harus menyimpannya!”
Percaya benda bukan-bukan jugak Grealish ni.