Jack Grealish sebelum ini hangat dikaitkan dengan bakal menyertai Manchester United, namun ketika ini beliau lebih memilih untuk menandatangani perjanjian bersama Man City.
Pada musim panas lalu, Grealish sepertinya sudah terlalu hampir untuk sertai United, bahkan ketika Aston Villa meletakkan tanda harga yang tinggi ke atasnya pun, setan merah masih tetap menunjukkan minat.
Manchester United sama sekali tidak kisah tentang nilai bintang Aston Villa itu dek kerana minatnya mereka untuk mendapatkan khidmatnya.
Man City target record Grealish deal 💷
Pochettino back to Tottenham🔙
New Solskjaer contract ✍️All the latest football news here 👇https://t.co/msBpjrWy10
— talkSPORT (@talkSPORT) May 28, 2021
Walau bagaimanapun, perpindahan itu tidak pernah berlaku dengan skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer beralih untuk menandatangani Donny Van De Beek.
Sayangnya usaha setan merah menandatangani bintang Belanda itu sepertinya tidak memberi sebarang keuntungan kepada kedua-dua belah pihak.
Musim panas ini, Grealish sebenarnya merupakan pemain sasaran utama untuk ditandatangani oleh Juara saingan premier league itu.
Beliau bersama Harry Kane merupakan pemain yang paling dikehendaki oleh Pep Guardiola dengan Grealish sendiri mahu perpindahan ini terjadi.
Menurut sumber laporan The Athletic, pemain berusia 25 tahun itu ketika ini lebih memilih untuk menyertai Manchester City berbanding skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer.
Jack Grealish was considering joining Man United last summer, but now prefers a move to Man City
United players want Grealish to sign, but Solskjaer has his eyes on Jadon Sancho – Grealish is valued at around £75m pic.twitter.com/J6ygUCt2Vq
— Mundo Sporto (@MundoSporto) May 31, 2021
Pemain penyerang itu telah dikaitkan dengan bakal berhijrah ke Etihad dengan yuran perpindahan mega dan terdapat juga laporan yang mendakwa beliau bakal memecah rekod sebagai pemain termahal dalam sejarah Premier League.
Grealish dilaporkan akan menyertai Manchester City dengan yuran perpindahan bernilai £100 juta, yang mana ia akan memecahkan rekod £89 juta yang United bayar ketika mendapatkan Paul Pogba pada tahun 2016 yang lalu.
Perpindahan itu juga bakal memecahkan rekod perpindahan tertinggi Manchester City ketika menandatangani Ruben Dias musim panas lalu.
The Citizens telah menandatangani Ruben Dias dari Benfica dengan yuran perpindahan bernilai £64 juta pada musim panas lalu sebagai pemain paling mahal yang pernah ditandatangani dalam sejarah kelab.
Naib juara saingan Champions League itu juga meletakkan Harry Kane sebagai pemain sasaran utama mereka pada jendela perpindahan musim panas ini.
Jack Grealish 'would prefer' Man City move over United #mufc #mcfc https://t.co/OFsm1fIGbc pic.twitter.com/8PPZzDFTVv
— Man United News (@ManUtdMEN) May 31, 2021
Sebarang cubaan untuk menandatangani pemenang kasut emas saingan Premier League itu tentunya bakal melibatkan yuran perpindahan lebih dari £100 juta.
Pemilik Tottenham Hotspur, Daniel Levy dilaporkan mahu meletakkan tanda harga bernilai £200 juta untuk melepaskan ketua pasukan England itu.
Walau bagaimanapun, beliau sebelum ini pernah menyatakan yang pihak kelab akan terima tawaran bernilai £150 juta dari mana-mana kelab yang berminat untuk menandatangani penyerang handalan mereka itu.
City walau bagaimanapun bakal melakukan rundingan dengan menawarkan Sterling dan Jesus kepada Spurs sebagai pengganti kepada Harry Kane.
Keputusan City itu bakal membantu mereka untuk mengurangkan beban membayar nilai yang tinggi untuk menandatangani Harry Kane dari Spurs.
Latest #ManCity transfer news featuring Jack Grealish, Harry Kane https://t.co/SaUHv4VYUe
— R.Sport (@republic_sports) May 31, 2021
Jika Man City berjaya menandatangani kedua-dua pemain tersebut, maka mereka secara rasminya telah mencatas dua pemain sasaran utama United.
Ia juga bakal memberi tamparan yang hebat kepada setan merah yang musim ini menamatkan saingan liga di kedudukan kedua, 12 mata di belakang Manchester City.
Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer ketika ini masih meletakkan Jadon Sancho sebagai pemain sasaran utama mereka berbanding pemain lain.
Jack Grealish was considering Manchester United last summer but prefers a move to Manchester City now. [The Athletic] pic.twitter.com/RQBrxKmGed
— PF | Transfer News (@PurelyFootball) May 31, 2021