James Rodriguez Dikecam Teruk Oleh Peminat Everton Kerana Mengeluarkan Kenyataan Bodoh

James Rodriguez dikecam teruk oleh para penyokong Everton kerana beliau telah mengeluarkan satu kenyataan yang boleh dianggap dungu dan keterlaluan.

Beliau yang ketika ini sedang hangat dikaitkan bakal meninggalkan kelab telah benar-benar mencetuskan kontroversi yang membuatkan dirinya makin dibenci oleh peminat.

James dengan santai dan bersahaja telah mengakui yang beliau sebenarnya langsung tak tahu tentang jadual perlawanan Everton dalam saingan liga pada minggu ini.

Bintang Colombia itu ditandatangani oleh Everton pada musim lalu dari Real Madrid dengan beliau dikatakan bersetuju untuk ke Goodison Park atas pengaruh dari Carlo Ancelloti.

James Rodriguez sebelum ini pernah tiga kali bekerjasama dengan Carlo Ancelloti dan kerana itulah beliau memilih untuk kembali bekerjasama dengan bekas pengurusnya itu.

Carlo Ancelloti sememangnya memainkan peranan penting dalam membawa James Rodriguez ke Goodison Park, sebelum beliau meninggalkan kelab untuk kembali ke Real Madrid.

Dek kerana beliau memutuskan untuk meninggalkan kelab, maka Rodriguez juga dilihat tidak begitu gembira untuk terus kekal bersama The Toffees.

Everton kini dikendalikan oleh pengurus berpengalaman dalam saingan Premier League, Rafa Benitez dan mereka telah memulakan kempen saingan liga musim ini dengan mencatatkan kemenangan selesa 3-1 menewaskan Southampton.

Rodriguez baru-baru ini membuat siaran langsung di platform Twitch dan ketika sedang bersiaran langsung, beliau telah mengeluarkan kenyataan yang telah mencetuskan kontroversi.

James dengan terbuka menyatakan yang beliau langsung tak tahu Everton ada perlawanan minggu ini, siapa lawan mereka, di mana perlawanan dilangsungkan dan kenyataan beliau itu telah mengundang kemarahan para peminat.

Beliau sememangnya tidak diturunkan ketika aksi kemenangan 3-1 bertemu Southampton sebelum ini kerana masih menjalani sesi kuarantin wajib, selepas disahkan positif C0V-19.

Ketika bersiaran langsung, James Rodriguez telah menyatakan bahawa:

“Saya rasa saya akan mula menjalani sesi latihan pada hari Isnin nanti.”

“Hujung minggu ini saya tidak akan bermain, saya bahkan tak tahu siapa akan lawan dengan Everton, boleh kamu semua beritahu saya?”

“Saya rasa ia perlawanan di tempat lawan kerana perlawanan sebelum ini di sini.”

Jelas beliau sebelum peminat memberitahunya jawapan.

“Ah, mereka akan beraksi bertemu Leeds, main di halaman lawan, lawan Bielsa, perlawanan yang sukar, mari lihat apa yang akan berlaku, semoga mereka menang.”

Jelas James lagi.

Everton dilaporkan sudah meletakkan nama James sebagai antara pemain yang mereka mahu jual, namun setakat ini masih belum ada kelab yang menyatakan minat mereka untuk mendapatkan khidmatnya.

Dengan jendela perpindahan sudah hampir ditutup, sepertinya sukar untuk melihat James Rodriguez ditandatangani oleh kelab lain pada musim panas ini.

Ketika ditanya tentang masa depan James, pengurus Everton, Benitez menjelaskan bahawa:

“Terlalu banyak spekulasi. Kita akan terus bekerjasama dengan semua pemain yang ada di sini.”

“Sehingga 31 Ogos, ya, dia masih ada dalam rancangan saya.”

“Semoga saja dia akan berada dalam keadaan baik-baik sahaja pada minggu hadapan dan dia boleh meneruskan sesi latihan bersama kami, dan kita akan lihat apa yang akan berlaku sehingga jendela perpindahan ditutup.”

Para peminat jelas sekali tidak gembira dengan komen dari Rodriguez dan merasakan beliau sebenarnya sudah tidak ada hati untuk kekal bersama Everton.

Mungkin jika ada pasukan yang berminat, James tentunya bakal pergi meninggalkan Goodison Park dan memulakan karier di tempat lain.

Adakah James Rodriguez akan kekal di Goodison Park? Atau beliau akan pergi pada musim panas ini? Bincangkan di ruangan komen.

Sumber: talkSPORT

BACA:  Koyak Teruk James Rodriguez Dengan Keputusan Tidak Masuk Akal Pengadil