Koyak Teruk James Rodriguez Dengan Keputusan Tidak Masuk Akal Pengadil

James Rodriguez nyata mengalami kekoyakan yang sangat teruk apabila tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil yang sangat tidak masuk akal sehingga dilayangkan kad merah.

Pemain berusia 30 tahun yang pernah beraksi bersama Everton dan Real Madrid ini telah membuat penampilan ketiga bersama Al-Rayyan yang beraksi di Qatar Stars League.

Kekoyakan yang dialami oleh James Rodriguez ini membuktikan pemain bola sepak profesional hanyalah manusia biasa dan menjadi tidak profesional apabila berdepan dengan pengadil yang tidak masuk akal.

Pemain Colombia itu dilayangkan kad kuning walaupun tidak melakukan sebarang kesalahan malahan James Rodriguez menjadi mangsa kekasaran pihak lawan dengan satu perlanggaran yang agak keras.

Pemain lawan telah melayangkan badannya ke arah James Rodriguez yang cuba membawa bola masuk ke kotak penalti, perlanggaran itu menyebabkan James Rodriguez menggeliat kesakitan di tanah.

Ketika Rodriguez melangkah untuk mengambil sepakan percuma, dia dilayangkan kad kuning walaupun tidak melakukan sebarang kekasaran malahan beliau menjadi mangsa.

Terkejut dengan tindakan tidak masuk akal pengadil itu, James Rodriguez membantah dan cuba menyerang pengadil namun telah dihalang oleh rakan sepasukan sebelum sesuatu yang lebih buruk terjadi.

Pengadil yang tidak menyedari atau tidak tahu peraturan itu acah-acah bertegas dan tidak melayan bantahan Rodriguez malah telah melayangkan kad kuning kedua.

Selepas menerima kad merah, James Rodriguez tampak lebih tenang dan tidak agresif lagi untuk melakukan tindakan bodoh seperti pengadil perlawanan.

James Rodriguez sempat menganjing dengan menepuk tangan dihadapan muka pengadil sebelum membuka baju dan meninggalkan padang.

Pemenang dua kali Liga Juara-Juara itu berpindah ke Timur Tengah pada September lalu selepas dibekukan daripada pasukan Everton berikutan ketibaan Rafael Benitez sebagai pengurus.

Rekod kecederaan yang buruk dan berpanjangan Rodriguez menjadi salah satu sebab utama pemergiannya ke Timur Tengah dan tiada dalam perancangan Rafael Benitez.

James telah menjaringkan 1 gol dalam 3 penampilan liga untuk Al-Rayyan setakat ini dan gol tunggal itu hadir dalam kemenangan 4-2 ke atas Al-Sailiya.

Tetapi perlawanan semalam menjadi titik hitam dalam karier Rodriguez, dalam debut Al-Rayyan menentang Al-Duhail, Rodriguez mengalami kekalahan 3-0.

Bintang Colombia itu ditandatangani oleh Everton pada musim lalu dari Real Madrid dengan beliau dikatakan bersetuju untuk ke Goodison Park atas pengaruh dari Carlo Ancelloti.

James Rodriguez sebelum ini pernah tiga kali bekerjasama dengan Carlo Ancelloti dan kerana itulah beliau memilih untuk kembali bekerjasama dengan bekas pengurusnya itu.

Carlo Ancelloti sememangnya memainkan peranan penting dalam membawa James Rodriguez ke Goodison Park, sebelum beliau meninggalkan kelab untuk kembali ke Real Madrid.

Kariernya di Merseyside berakhir dengan rungutan, selepas permulaan nampak meyakinkan dalam Liga Perdana. Dia membuat 26 penampilan dan menjaringkan 6 gol dalam masa lebih setahun bersama The Toffees.

Pemergian Carlo Ancelotti ke Real Madrid yang menjadi sebab James Rodriguez ke Everton telah membuatkan pemain Colombia itu digantung tidak bertali dan tidak diperlukan Benitez.

Pemain kebangsaan Colombia itu meninggalkan Everton dan menandatangani perjanjian bersama pasukan dari Qatar dengan yuran perpindahan yang tidak didedahkan.

Walau bagaimanapun, beliau sepertinya tidak akan kekal lama di Qatar dan sudah ada perancangan lain di masa hadapan nanti.

Hal itu kerana terdapat laporan yang menyatakan bahawa ada klausa spesifik dalam kontrak Rodriguez yang bakal membenarkan beliau untuk meninggalkan kelab.

AS melaporkan yang PSG berminat untuk menandatangani bekas bintang Real Madrid dan Bayern Munich itu dan turut mahu menawarkan kontrak padanya.

Walau bagaimanapun, James Rodriguez telah menandatangani perjanjian bersama AL-Rayyan namun begitu, terdapat klausa khas dalam kontraknya melibatkan PSG.

Klausa tersebut menyatakan yang Al-Rayyan wajib melepaskan James seandainya Paris Saint Germain membuat tawaran untuk mendapatkan khidmat bintang Colombia itu.

BACA:  James Rodriguez Dikecam Teruk Oleh Peminat Everton Kerana Mengeluarkan Kenyataan Bodoh