Klausa Rahsia Melibatkan PSG Dalam Kontrak Rodriguez Bersama Al-Rayyan

James Rodriguez dilaporkan mempunyai klausa rahsia yang melibatkan Paris Saint Germain dalam kontrak barunya bersama AL-Rayyan.

Pemain kebangsaan Colombia itu meninggalkan Everton dan menandatangani perjanjian bersama pasukan dari Qatar dengan yuran perpindahan yang tidak didedahkan.

Walau bagaimanapun, beliau sepertinya tidak akan kekal lama di Qatar dan sudah ada perancangan lain di masa hadapan nanti.

Hal itu kerana terdapat laporan yang menyatakan bahawa ada klausa spesifik dalam kontrak Rodriguez yang bakal membenarkan beliau untuk meninggalkan kelab.

AS melaporkan yang PSG berminat untuk menandatangani bekas bintang Real Madrid dan Bayern Munich itu dan turut mahu menawarkan kontrak padanya.

Walau bagaimanapun, James Rodriguez telah menandatangani perjanjian bersama AL-Rayyan namun begitu, terdapat klausa khas dalam kontraknya melibatkan PSG.

Klausa tersebut menyatakan yang Al-Rayyan wajib melepaskan James seandainya Paris Saint Germain membuat tawaran untuk mendapatkan khidmat bintang Colombia itu.

Seperti semua sedia maklum, PSG ketika ini mempunyai barisan pemain yang super mantap di bahagian jentera serangan dengan pemain seperti Lionel Messi, Kylian Mbappe, Neymar, Angel Di Maria dan Julian Draxler.

Gergasi Ligue 1 itu bakal terus memantau perkembangan karier James di negara Timur Tengah itu dan bakal membuat tawaran seandainya mereka berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Hubungan PSG dengan AL-Rayyan juga sebenarnya sangat kuat memandangkan pemilik kelab tersebut, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani ada hubungan baik dengan Nasser AL-khelaifi.

Rodriguez hanya bertahan selama 12 bulan sahaja beraksi bersama Everton dalam saingan Premier League, yang mana beliau ketika itu berminat untuk bekerjasama dengan Carlo Ancelloti.

Beliau berjaya menjaringkan enam gol dari 26 penampilan dalam semua pertandingan bersama The Toffee, dengan aksi terakhirnya adalah ketika bertemu Sheffield United pada 16 Mei lalu.

Pemain berusia 30 tahun itu tidak sempat beraksi dihadapan para penyokong Everton di Goodison Park, yang mana ia merupakan satu hal yang disesali oleh bekas bintang Madrid itu selepas beliau meninggalkan kelab.

“Saya mahu ucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan saya, yang melayan saya dengan baik, saya doakan yang terbaik untuk mereka, dan saya juga mahu ucapkan terima kasih kepada penyokong.”

Tulis James di laman instagram miliknya.

“Sangat menyedihkan untuk saya tidak dapat bermain di Goodison Park bersama kamu, ia sepatutnya boleh jadi detik yang indah.”

“Saya sentiasa berusaha untuk berikan yang terbaik dan saya sentiasa mahu menang, itulah mentaliti saya. Saya doakan yang terbaik untuk semua. JR10.”

Beliau kini merupakan pemain Al-Rayyan dan telah diumumkan secara rasmi di hadapan para penyokong pada malam semalam, dengan beliau bakal menyarung jersi nombor 10 di Qatar nanti.

Dengan adanya klausa tersebut, maka Paris Saint Germain kini sudah ada seorang pemain yang boleh mereka dapati bila-bila masa saja yang mereka mahukan nanti, tanpa risau bidaan mereka akan ditolak.

Sumber: SB

BACA:  'Tak Peduli Tentang Real Madrid Dan Everton' - Rodriguez Mahu Liverpool Julang UCL