Lionel Messi jelas sekali gagal untuk memulakan kariernya dengan baik di Parc des Princes dan sudah tentu ia satu hal yang sangat mengecewakan.
Legenda Barcelona itu hanya mampu menjaringkan satu gol sahaja dalam saingan Ligue 1 pada musim 2021/22 dan kebanyakan persembahan beliau di bawah paras terbaiknya.
Ramai yang menjangkakan Messi bakal merobek-robek gawang gol pasukan-pasukan dalam saingan Ligue 1 ketika kariernya bersama gergasi Ligue 1 itu.
Lionel Messi 'called Jamie Carragher a donkey' in furious private messagehttps://t.co/RR5wZXTvFU pic.twitter.com/ZIjLJS0M2A
— Mirror Football (@MirrorFootball) January 22, 2022
Walau bagaimanapun, hal itu sepertinya langsung tidak berlaku pada ketika ini, dan beliau nampaknya bergelut untuk menemui sentuhan terbaiknya.
Ada segelintir pendapat yang tidak yakin dengan keputusan PSG menandatangani Lionel Messi dengan Jamie Carragher merupakan salah seorang dari mereka.
Dalam satu episode di Sky Sports Monday Night Football, legenda Liverpool itu mendakwa yang keputusan PSG menandatangani Lionel Messi sebenarnya bukanlah langkah yang baik.
Beliau turut menyamakan situasi perpindahan Messi menyertai PSG sama saja seperti perpindahan Cristiano Ronaldo ke Manchester United di mata beliau.
Dan menurut Carragher sendiri, Messi terkesan dengan kata-kata beliau dan telah mengirimkan persanan peribadi kepadanya di laman instagram miliknya.
Lionel Messi DM'd Jamie Carragher to call him 'a donkey' 😱 pic.twitter.com/riXLAkfRxo
— GOAL (@goal) January 22, 2022
Penyampai Sky Sports itu mendedahkan hal tersebut kepada rakan penyampai beliau, Gary Neville ketika mereka sedang membincangkan kesebelasan terbaik FIFA 22 pilihan mereka.
Carragher menyatakan yang beliau tidak boleh menunjukkan apa yang Messi katakan kepadanya, tetapi apa yang boleh beliau simpulkan, Messi memanggil beliau kaldai.
Honoured to be called a donkey by the Legend Lionel Messi! @EASPORTSFIFA
— Jamie Carragher (@Carra23) January 21, 2022
Tidak pasti sama ada Carragher bergurau atau beliau benar-benar dianggap kaldai oleh Messi.
Agak mengejutkan juga untuk melihat pemain seperti Messi yang kebiasaannya tak pernah peduli dengan kritikan dari media boleh terkesan dengan kata-kata dari penyampai Inggeris.
Seandainya beliau benar-benar sering mengikuti Sky Sports, beliau tentu sedar yang Carragher merupakan individu yang sering memuji dan mempertahankan beliau.
Tapi seandainya beliau memang betul-betul bermaksud untuk memanggil Carragher kaldai hanya kerana kenyataan berkait perpindahannya ke PSG, ia memang kelakar.
Dan Carragher boleh berbangga dipanggil kaldai oleh Messi kerana ia membuktikan pemenang tujuh kali gelaran Ballon D’or itu mengikuti perkembangan beliau.
According to Jamie Carragher, after he called Messi a poor signing on MNF, the man himself sent him a DM on Instagram calling him a donkey 🤣🤣 pic.twitter.com/6jrkfdawVL
— The Anfield Talk (@TheAnfieldTalk) January 21, 2022
Kesebelasan Terbaik FIFA 22 Pilihan Jamie Carragher
Carragher bahkan turut mengetepikan Messi dari senarai kesebelasan terbaik FIFA 22 pilihan beliau dek kerana beliau lebih memilih Mohamed Salah.
Walaupun Messi berjaya membantu skuad kebangsaan Argentina memenangi gelaran Copa America pada musim panas baru-baru ini, dan turut memenangi anugerah Ballon D’or ketujuh peribadinya, namun Carragher tidak pedulikan semua itu.
Agak mengejutkan juga untuk melihat beliau turut memilih pemain left back AS Roma, Leonardo Spinazzola untuk berada dalam kesebelasan terbaik pilihannya.

Menariknya lagi, dua rakan sepasukan Spinazzola, Marco Verratti dan Giorgio Chiellini turut dipilih oleh Carragher untuk berada dalam senarai ini.
Trent Alexander Arnold dipilih berada dalam senarai ini berbanding Achraf Hakimi dan Joao Cancelo dan secara keseluruhannya pilihan yang beliau lakukan juga sebenarnya agak menarik.
Walau Messi sebelum ini memaki Carragher dengan memanggilnya Kaldai, sepertinya kini beliau sendiri tentu bersetuju yang keputusan beliau untuk sertai PSG bukanlah satu keputusan yang baik dan hal itu juga turut sudah terbukti.
Namun begitu, tiada siapa tahu apa akan berlaku di masa hadapan, dan mungkin Messi akan berjaya menemui rentak persembahan terbaiknya dan siapa tahu beliau bakal kembali menikmati kariernya yang menakjubkan.
Sumber: GMS