Javier Adelmar Zanetti telah mendedahkan rahsia mengapa beliau mampu untuk bermain sehingga usia 41 tahun dengan penuh bertenaga, satu usia yang sukar untuk pemain bola sepak untuk terus beraksi di peringkat tertinggi.
Masih kah anda ingat Javier ‘El Tractor’ Zanetti? Pemian yang mencipta nama bersama Inter Milan, Zanetti terkenal di kalangan peminat bola sepak kerana memiliki tahap profesional yang sangat tinggi sehingga masih mampu bermain pada usia 41 tahun !
Zanetti menyertai Inter Milan pada tahun 1995 dan bermain untuk kelab tersebut di bahahagian pertahanan dan pertahanan tengah sehingga bersara pada tahun 2014. Zanetti dilantik sebagai kapten pada tahun 2001.
Sepanjanag kariernya bersama Inter Milan Zanetti telah melakukan 858 penampilan untuk dan menjadi kapten bagi pasukan tersebut untuk satu tempoh yang agak lama.
Bersama Argentina Zanetti telah bermain 143 perlawanan dan pernah memegang rekod sebagai pemain kedua membuat penampilan terbanyak bersama La Albiceleste.
Antara pencapaian terbaik Zanetti adalah memenangi kejuaraan Serie A sebanyak 5 kali disamping menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 2010 ketika di bawah naungan Jose Mourinho.
Inter Milan berjaya menewaskan Bayern Munich 2-0 dalam perlawanan akhir untuk menjulang trofi terunggul dalam kancah Eropah sekaligus menjadi kapten pertama dalam sejarah bola sepak Itali berjaya memenangi treble dalam satu musim.
Dalam satu temu ramah bersama Fox Sports Italia, Zanetti mendedahkan rahsia bagaimana beliau mampu mengekalkan keadaan fizikal yang baik sepanjang kariernya.
Pada zaman kegemilangannya, Zanetti mendakwa beliau mampu melakukan ‘leg press’ (satu senamam kaki) sehingga mencecah 500 kilogram. Dengan menggunakan satu kaki pula, beliau mampu membuat 310 kilogram ! Memang betul-betul kuat kaki Zanetti ni.
“‘Strength’ sentiasa merupakan aspek paling penting sepanjang karier permainan saya.”
“Ketika saya tiba di Itali pada tahun 1995, saya mula melakukan banyak senaman yang berkait dengan ‘strength’. Sama ada dengan pasukan atau pon secara sendirian. Pemain yang memiliki otot yang kuat mampu mengelak dari mengalami kecederaan dan beraksi dengan lebih baik.”
“Saya selalu bermain dua perlawanan setiap minggu. Kadang-kadang pada hari Ahad dan Selasa. Namun begitu, saya tidak akan terlepas dari menjalani latihan ‘strengh’ pada hri Isnin.”
17 year-old Javier Zanetti. Look at the legs/thighs… pic.twitter.com/MqTamQGXqi
— FedeNerazzurra (@_FedeNerazzurra) March 1, 2013
Zanetti mengakui aktiviti ‘leg press’ yang dilakukannya itu menyebabkan beliau letih tetapi aktiviti ini akan membuatkan beliau berasa lebih bertenaga dalam perlawanan.
“Biasanya selepas 48 jam menjalani latihan ‘strengh’, saya akan rasa sedikit letih. Tetapi ia akan membuatka saya berasa lebih bertenaga dalam perlawanan seterusnya.”
“Saya biasanya akan melakukan ‘bench press’ dan mempunyai jadual beban yang perlu diangkat bergantung pada peringkat musim. Saya pernah melakukan ‘leg press’ sehingga 500 kilogram manakala dengan menggunakan satu kaki, saya mampu mengangkat 310 kilogram.”
Dengan latihan yang gila ini tidak hairanlah kenapa Zanetti digelar El Tractor kerana mempunyai kekuatan yang tiada had serta stamina yang luar biasa untuk membajak di padang tanpa rasa melekit.
Dalam 90 minit permainan Zanetti yang terkenal dengan tahap kecergasan yang tinggi tidak berdepan masalah untuk naik membantu serangan dan turun bertahan setiap masa.
Pada lewat usia 30-an Zanetti masih mampu untuk bermain sebanyak 30 perlawanan dan bermula daripada kesebelasan utama menjadikan beliau pemain yang dihormati oleh pasukan sendiri dan lawa.
Kini Zanetti telah menjadi Naib Presiden kelab Inter Milan sejak dilantik pada Jun 2014 oleh Erick Thohir dan jawatan itu terus disandang Zanetti hingga kini.