Jawapan Trippier Ketika Ditanya Mengapa Tinggalkan UCL, Demi Newcastle Yang Berada Di Zon Penyingkiran

Kieran Trippier telah ditanya soalan paling mencabar oleh seorang wartawan ketika temu bual pertamanya sebagai pemain Newcastle.

Beliau telah ditanya tentang mengapa memilih untuk menyertai Newcastle berbanding kekal bersama Juara bertahan saingan La Liga itu.

Pemain berusia 31 tahun itu secara rasminya telah menjadi penandatanganan pertama Newcastle United di bawah pemilikan Syarikat konsortium Arab Saudi.

Beliau telah menandatangani perjanjian selama dua tahun setengah, dan sudah tentu beliau diharapkan akan dapat membantu kelab untuk mengelak dari tersingkir.

Trippier merupakan pemain terpenting Atletico Madrid ketika kariernya dalam saingan La Liga dan beliau berjaya membantu kelab untuk mara ke pusingan kalah mati dalam saingan Champions League musim ini.

Atletico Madrid selepas ini akan turun beraksi bertemu Manchester United dalam aksi pusingan 16 terbaik dalam saingan Premier League.

Trippier sudah tentu tidak akan bermain dalam perlawanan tersebut, dengan beliau akan memberi sepenuh perhatian untuk bantu Newcastle mengelak dari tersingkir ke saingan Championship musim hadapan.

Newcastle United pada ketika ini berada di kedudukan ke-19 liga, dengan mereka kini hanya dipisahkan dengan tiga mata sahaja untuk mengelak dari berada di zon bahaya.

Trippier sementara itu menegaskan yang cabaran itulah yang beliau sangat suka dan menjadi sebab mengapa beliau memilih untuk menyertai Newcastle United.

“Mengapa bertukar dari pusingan 16 terbaik Champions League kepada pasukan yang bergelut di zon penyingkiran?”

Soal wartawan kepada Kieran Trippier.

“Saya sudah jelaskan hal ini beberapa bulan lalu, yang seandainya saya ada kesempatan untuk pulang ke Premier League saya sangat suka untuk terima. Ia juga penting untuk keluarga saya.”

“Ia peluang yang hebat. Saya seorang pemain yang sukakan cabaran. Saya melalui cabaran ketika memilih untuk pergi ke Atletico, bertukar negara, liga berbeza, sekarang saya bersama Newcastle.”

“Saya tahu kedudukan mereka pada ketika ini, saya di sini untuk bantu semampu saya baik dalam mahupun di luar padang.”

Trippier pernah bekerjasama dengan pengurus Newcastle, Eddie Howe sebelum ini ketika Howe menandatangani beliau dari Manchester City untuk beraksi bersama Burnley pada tahun 2012 yang lalu.

“Saya ada hubungan yang sangat baik dengan pengurus, semua orang tahu.”

Sambung Trippier lagi.

“Saya pernah bekerjasama dengan dia sebelum ini.”

“Saya merupakan seorang pemain yang suka cabaran dan ini jelas sekali satu cabaran untuk saya dan ia menjadi sebab mengapa saya sangat teruja.”

Pemain kebangsaan England itu sebelum ini melengkapkan perpindahan dari Tottenham Hotspur ke Atletico Madrid pada 2019 selepas empat tahun beliau di London.

Sepanjang kariernya di Sepanyol, beliau berjaya membantu skuad kendalian Diego Simeone itu untuk memenangi gelaran La Liga pertama mereka sejak tujuh tahun lalu pada musim lalu.

Trippier turut dituduh memilih Newcastle kerana duit semata-mata dan Howe dengan segera tampil untuk membidas kenyataan tersebut.

“Itu petanda yang kelab ini memiliki daya tarikan mereka yang tersendiri, dan saya tidak bercakap tentang kewangan.”

“Kieran bukan datang kerana duit semata-mata, dia datang untuk kelab ini dan dia mahukan cabaran dan demi visi jangka masa panjang.”

“Semoga saja dengan penandatanganan ini, pemain lain seluruh dunia akan terinspirasi dengan impian dan visi dia.”

Trippier berkemungkinan akan melakukan debutnya bersama Newcastle esok, ketika mereka bertemu Cambridge United dalam aksi saingan Piala FA.

Seandainya beliau tidak bermain dalam perlawanan tersebut, Trippier berkemungkinan akan mula diturunkan ketika aksi bertemu Watford dalam saingan Premier League.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Trippier Dedah Apa Yang Southgate Katakan Ketika 'Team Talk' Sebelum Aksi Tambahan Masa