Man Utd Mahu Umum Penandatanganan Varane Dan Trippier Serentak Minggu Hadapan

Manchester United akan mengumumkan penandatanganan kedua-dua pemain pertahanan Raphael Varane dan Kieran Trippier pada minggu hadapan.

Terdapat laporan mengejutkan dari UK yang menyatakan bahawa setan merah sedang dalam usaha mereka untuk menandatangani kedua-dua pemain tersebut dan akan mengumumkan berita tentang penandatanganan itu pada minggu hadapan secara serentak.

Ole Gunnar Solskjaer kini sedang dalam usahanya untuk memperkuat skuad sedia adanya bagi menghadapi musim baharu nanti.

Selepas mengakhiri saingan liga di kedudukan kedua, dengan 12 mata di belakang Manchester City, setan merah bertekad untuk mencabar kejuaraan liga pada musim ini.

Antara pemain yang paling diingini ketika ini adalah pemain yang bakal memantapkan barisan pertahanan dan terdapat laporan yang menyatakan bahawa kedua-dua nama besar itu sedang dalam perjalanan ke Old Trafford.

United telah memburu Varane sejak beberapa tahun sebelum ini dan mereka dilaporkan sanggup membayar Real Madrid yuran perpindahan bernilai lebih £50 juta untuk menandatangani pemain Perancis itu.

Pemenang Piala Dunia bersama Perancis itu sedang memasuki tahun terakhir kontraknya bersama Los Blancos dan beliau dikatakan mahu mencari cabaran lain selepas menghabiskan satu dekad di Sepanyol.

Real Madrid telah melepaskan Sergio Ramos secara percuma dengan legenda kelab itu telah menandatangani perjanjian bersama Paris Saint Germain.

Mereka kini mahu mendapatkan dana tambahan dengan melepaskan Raphael Varane, dalam usaha kelab untuk menandatangani pemain baharu.

United sebelum ini sering menggandingkan ketua pasukan Harry Maguire bersama Victor Lindelof pada musim lalu.

Walau bagaimanapun, pimpinan kelab sedar yang mereka memerlukan pemain yang lebih berpengalaman untuk digandingkan dengan Harry Maguire.

Sementara Kieran Trippier sendiri pula, beliau sememangnya mahu kembali ke England selepas menghabiskan dua musim di Sepanyol bersama Atletico Madrid.

Beliau berjaya memenangi gelaran La Liga musim lalu dan menjadi pemain Inggeris pertama sejak 95 tahun lalu yang bermain bersama Atletico Madrid.

Beliau ditandatangani oleh Atletico Madrid dengan yuran perpindahan bernilai £18 juta dari Tottenham Hotspur pada tahun 2019 yang lalu.

Aaron Wan Bissaka ketika ini merupakan pemain utama di posisi right back, namun ramai yang meragui kemampuan beliau ketika membantu jentera serangan.

Sementara Trippier pula merupakan pemain pertahanan kanan yang sangat dikenali dengan kemampuan beliau ketika membantu jentera serangan.

United mungkin akan mengeluarkan dana bernilai £140 juta secara keseluruhannya selepas kejayaan mereka menandatangani Jadon Sancho pada awal bulan ini.

Solskjaer dilaporkan sangat mahu United bermain dengan lebih ke arah menyerang pada musim hadapan selepas mereka pada musim ini tidak mencatat keputusan yang begitu baik ketika bertemu pasukan big six.

Varane bersama skuad kebangsaan Perancis

Dalam kesemua perlawanan sebelum ini, United sering memainkan Scott McTominay dan Fred di posisi central midfield dan mereka akan terpaksa korbankan salah seorang pemain di posisi jentera serangan untuk itu.

Walau bagaimanapun, sepertinya pengurus setan merah mahu mengubah hal itu pada musim hadapan dan akan bermain dengan formasi 4-3-3 dengan tambahan dua pemain di posisi attacking midfielder dan seorang holding midfielder.

Menurut sumber laporan ESPN, Solskjaer telah memberitahu para pemain yang sudah kembali ke kem latihan tentang perancangan beliau pada musim baru ini.

Ketibaan Varane bermakna barisan pertahanan tidak perlu kawalan yang lebih banyak dari bahagian midfield, dan ia jelas akan memberi ruang kepada Paul Pogba dan Bruno Fernandes untuk beraksi bersama.

Pogba hanya bermain beberapa perlawanan sahaja pada musim lalu, dengan beliau banyak bermain di posisi sayap kiri, ia bermaksud Marcus Rashford terpaksa bermain di posisi yang beliau tidak begitu selesa iaitu di sebelah kanan.

Namun jika barisan pertahanan sudah mantap, dengan Sancho disebelah kanan, Bruno dan Pogba ditengah, Cavani di hadapan, United jelas akan jadi ancaman besar pasukan-pasukan big six premier league musim hadapan.

Andai taktikal Ole Gunnar Solskjaer berkesan, tidak keterlaluan untuk katakan yang United akan mengakhiri musim hadapan dengan setidak-tidaknya satu Piala.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Mourinho: Manchester United Tidak 'Selembik' Seperti Yang Didakwa Sesetengah Pihak